Bagi Sathianathan, dia menggalakkan persatuan-persatuan negeri mahupun Persatuan Bola Sepak Malaysi (FAM) mendapatkan khidmat dari luar tetapi awang import yang dibawa ke Malaysia harus berpengalaman bukan sekadar 'mencari makan' di negara kami.
"Influx (kemasukkan) jurulatih import semakin tinggi hari ini. Masalahnya, ada juga jurulatih yang tidak ternama dan tidak dikenali juga sudah mula mencari makan di sini jadi ia sedikit mengganggu.
"Orang selalu kata bahawa pemain import mengganggu permainan pasukan kelab tetapi bagi saya, jurulatih import juga boleh mengganggu pembangunan bolasepak kita juga.
"Jika anda bawa masuk seorang jurulatih yang berkalibe, bermutu tinggi seperti Mario Gomez tak apa. Tetapi apa yang kami lihat, jurulatih yang ada di Malaysia sebelum ini sekadar jurulatih pasukan ketiga dan tidak pernah memegang jawatan besar di negara masing-masing," kata Sathianathan ketika dihubungi rancangan Formasi.
Sathianathan menggunakan contoh pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Mario Gomez sebagai satu contoh yang baik. Begitu juga dengan bekas pengendali Selangor, Mehmet Durakovic yang memulakan cintanya terhadap The Red Giants sebagai pemain sebelum menjuarai Piala Malaysia sebagai pemain dan jurulatih.