KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara Chen Tang Jie-Peck Yen Wei terlepas peluang terbaik untuk meraih kejuaraan di kejohanan utama pertama mereka selepas dikejutkan pasangan di ranking ke-182 dunia Terry Hee Yong Kai-Tan Wei Han dari Singapura pada final Terbuka India, hari ini.
Juara Antarabangsa Malaysia 2018 yang menduduki ranking ke-40 dunia bermula agak goyang apabila tewas di set pertama 15-21 pada perlawanan berlangsung di KD Jadhav Indoor Hall, New Delhi.
Harapan untuk bangkit di set kedua bagaimanapun tidak kesampaian apabila tewas 19-21, sekali gus memberi gelaran juara kepada Terry Hee-Wee Han untuk membawa pulang hadiah wang tunai AS$31,600 (kira-kira RM132,000) manakala naib juara AS$15,200 (kira-kira RM64,000).
Tang Jie-Yen Wei mara ke peringkat akhir Jelajah Dunia Super 500 Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas mengenepikan senior mereka sendiri Tan Kian Meng-Lai Pei Jing 21-19, 12-23, 21-14 dalam perlawanan separuh akhir yang sengit berlangsung selama 71 minit, semalam.
Sementara pasangan Singapura yang meraih gelaran Terbuka Czech 2021 pada Oktober lepas, mendapat laluan mudah apabila lawan mereka dari Rusia Rodion Alimov-Alina Davletova terpaksa menarik diri selepas Alimov disahkan positif COVID-19 sebelum aksi separuh akhir.
Sebelum itu, Terry Hee-Wei Han turut diberikan kemenangan percuma selepas pasangan tuan rumah Akshan Shetty-Simran Singhi terpaksa menarik diri pada pusingan kedua atas sebab sama.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 16 2022
Beregu campuran negara Chen Tang Jie-Peck Yen Wei terlepas peluang terbaik untuk meraih kejuaraan di kejohanan utama pertama mereka. - Foto BAM
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
Badminton Masters Malaysia 2024: Sorakan penyokong bakar semangat Tang Jie-Ee Wei
Sorakan penyokong menyemarakkan semangat beregu campuran negara Cheng Tang Jie-Toh Ee Wei yang turun dalam aksi pusingan pertama kejohanan badminton Masters Malaysia 2024 hari ini.
Tang Jie-Ee Wei mara ke final Masters Thailand
Beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei meneruskan rentak kecemerlangan mereka apabila berjaya menempah tempat di final Masters Thailand di Bangkok, hari ini.
Badminton Terbuka China: Pasangan pilihan kelima sekat hajat Kian Meng-Pei Jing ke final
Hasrat Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, untuk mara ke final Kejohanan Badminton Terbuka China BWF tidak kesampaian selepas tewas secara set langsung kepada pasangan pilihan kelima dari Korea Selatan.
Badminton Terbuka Taiwan: Tiga pasangan beregu Malaysia layak ke separuh akhir
Tiga pasangan badminton Malaysia termasuk dua pasangan lelaki, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun, layak ke separuh akhir Terbuka Taiwan 2023, hari ini.
Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland
Gandingan negara itu tunduk kepada pasangan Jiang Zhen Bang dan Wei Ya Xin dari China malam ini.
Tang Jie-Ee Wei lakar kejutan ke suku akhir Terbuka Malaysia
Gandingan baharu beregu campuran negara itu mencapai kemenangan straight set 21-19, 21-16 dalam masa 46 minit.
Pang Ron harap tahun penuh warna-warni bersama gandingan baharu Mei Xing
Pang Ron selepas terpaksa menukar gandingan dua kali pada 2022, selain perlu menyesuaikan diri dengan rejim latihan baharu.
Peng Soon-Ee Wei mara ke pusingan kedua
Peng Soon-Ee Wei menewaskan rakan senegara Soong Joo Ven-Goh Jin Wei 21-11, 22-20, dalam pertarungan selama 31 minit.
Tang Jie-Yen Wei terlepas gelaran juara Terbuka India
Ia selepas dikejutkan pasangan di ranking ke-182 dunia Terry Hee Yong Kai-Tan Wei Han dari Singapura pada final Terbuka India, hari ini.
Goh Liu Ying turun berlatih walaupun belum pulih sepenuhnya
Pemain beregu campuran itu gigih menjalani sesi pemulihan dan latihan secara serentak.