SEPANG: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan aspek keselamatan pada tahap tertinggi bagi memastikan kelancaran saingan perlumbaan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2022 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang bermula esok.
Ketua Polis Daerah KLIA ACP Imran Abd Rahman berkata sebanyak 650 anggota ditugaskan bagi memantau keselamatan pengunjung yang hadir menyaksikan perlumbaan berprestij itu dengan 120 daripadanya dikhaskan bagi mengawal lalu lintas.
"Kita bagi penugasan penuh. (GP Malaysia) tidak bertindih dengan apa-apa acara lain jadi kita beri tumpuan sepenuhnya...kita dapat bantuan daripada unit udara iaitu helikopter untuk kelancaran trafik selain bantuan daripada FRU (Pasukan Simpanan Persekutuan).
"Jalan akan jadi sesak ada lebih kurang 60,000 (pengunjung) dan kita jangka dalam masa dua hingga tiga hari jumlah tiket terjual lebih banyak. Untuk kurangkan kesesakan jalan raya, kami nasihatkan boleh gunakan pengangkutan awam," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Pada masa sama, beliau menasihati pengunjung yang memandu sendiri ke Litar Sepang supaya meletakkan kenderaan di tempat disediakan dengan tiada sebarang bayaran dikenakan pihak SIC sepanjang tiga hari saingan.
Beliau berkata pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas ke atas pengunjung yang memarkir kenderaan di bahu jalan.
"Kami minta kerjasama untuk kelancaran lalu lintas... parkir kenderaan di tempat disediakan, parkir tahun ini percuma. Saya juga ingin maklumkan kepada pengembara yang mahu ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2, atur perjalanan lebih awal," katanya.
GP Malaysia yang kembali selepas dua tahun tidak dianjurkan susulan pandemik COVID-19 akan membuka tirai saingan dengan sesi ujian bebas esok, diikuti sesi kelayakan (Sabtu) dan hari perlumbaan pada Ahad.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 20 2022
![Tahap keselamatan tertinggi sepanjang GP Malaysia - PDRM Tahap keselamatan tertinggi sepanjang GP Malaysia - PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81666257310_LitarAntarabangsaS.jpg)
GP Malaysia yang kembali selepas dua tahun tidak dianjurkan susulan pandemik COVID-19 akan membuka tirai saingan dengan sesi ujian bebas esok, diikuti sesi kelayakan (Sabtu) dan hari perlumbaan pada Ahad. - Gambar fail/ Bernama
![Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720085306_FadillahYusof.jpg)
Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah
Fadillah berkata perkara itu sudah berlaku ketika zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.
![Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658407048_Cabul.jpg)
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
Warga Thailand seludup diesel dihadapkan mahkamah
Seorang pemandu lori warga Thailand dihadapkan ke mahkamah atas menyeleweng 322 liter minyak diesel minggu lalu.
ADUN Rembia sertai Pas: YB Kampar minta buka riben putih
Susulan pengumuman ADUN Rembia sertai Pas dalam sidang media, YB Kampar, Chong Zhemin kemuka Peraturan Mesyuarat dan menyifatkan satu penghinaan besar buat Parlimen.
#SisiTVParlimen
#AWANInews
#SisiTVParlimen
#AWANInews
![Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720590984_DatukSeriMohamadH.jpg)
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
Kim Pan Gon undur diri kesan kepada Harimau Malaya
Apa reaksi peminat Harimau Malaya dan penganalisis sukan mengenai peletakan jawatan Kim Pan-Gon?
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
![Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712121864_TBADLYZAHARIjp.jpg)
Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk
Perkara itu dimaklumkan pihak Aerotree Defence and Services Sdn Bhd iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter berkenaan.
Keghairahan final Euro 2024 dibawakan ke restoran mamak
Kemeriahan dan keghairahan perlawanan final UEFA EURO 2024 antara Sepanyol dengan England di Berlin, Jerman dirasai di Malaysia, dibawakan oleh 'Astro BizOne Watch Party' di Restoran Hakim, Seksyen 7, Shah Alam.
![Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721115027_MuhammadAdiLagik.jpg)
Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas
Polis sedang berusaha mengesan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang oleh keluarganya di Kuala Pilah sejak enam hari lepas.
![Jualan tiket GP Malaysia capai lebih 50 peratus - SIC Jualan tiket GP Malaysia capai lebih 50 peratus - SIC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71665733389_AzhanShafriman.jpg)
Jualan tiket GP Malaysia capai lebih 50 peratus - SIC
Azhan Shafriman berkata, biarpun SIC berdepan cabaran tertentu, pihaknya berusaha keras untuk memastikan sasaran 170,000 penonton tercapai.
![Tekad untuk kembali semula ke MotoGP - Hafizh Syahrin Tekad untuk kembali semula ke MotoGP - Hafizh Syahrin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/51570571634_TBHafizhSyahrin.jpg)
Tekad untuk kembali semula ke MotoGP - Hafizh Syahrin
Pada penampilan terakhir kelas MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini, Hafizh menamatkan saingan GP Malaysia 2019 di tempat ke-16.