Taekwondo Malaysia (TM) masih tidak memberikan sebarang jawapan mengenai tindakan yang akan diambil terhadap ahli badan gabungannya, Taekwondo Negeri Selangor (TNS) yang menjatuhkan imej badan Taekwondo negara itu dengan pelbagai tuduhan terhadapnya.
Pemangku Setiausaha Agung TM, R. Dhanaraj berkata, pihaknya akan memanggil satu mesyuarat lembaga eksekutifnya tidak lama lagi, membincangkan perkara itu dan mengenal pasti pelanggaran perlembagaan yang dilakukan TNS.
"Jika lembaga TM bersetuju untuk mengambil tindakan, kami akan membawanya ke Jawatankuasa Displin, yang merupakan satu badan bebas dianggotai wakil daripada Polis Diraja Malaysia, Kementerian Pendidikan dan juga peguam.
"Kami ada klausa dalam perlembagaan kami, jika anda mempertikaikan TM, kami boleh mengambil tindakan terhadap individu ataupun organisasi tersebut.
"Mereka telah menjatuhkan imej taekwondo di negara ini apabila mendedahkan perkara tersebut kepada media," katanya kepada pemberita di Kejohanan Taekwondo Kebangsaan ke-10 di Wisma OCM di sini, pada Sabtu.
Pada Disember lepas, TNS mendakwa TM telah menghalang badan negeri itu daripada menghadiri mesyuarat agung tahunan (AGM) TM yang turut diadakan pemilihan dan sekaligus menyebabkan TNS hilang hak untuk mengundi.
Khamis lepas, Presiden TNS, Dr T. Arasu pula mendakwa TM telah menghalang 52 wakil Selangor menyertai Kejohanan Kebangsaan itu yang bermula semalam, dan menganggap tindakan tersebut sebagai satu halangan terhadap pembangunan sukan dan merupakan satu kesalahan besar mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997.
Dhanaraj yang juga pengerusi Jawatankuasa Teknikal TM berkata atlet daripada negeri tersebut tidak dibenarkan untuk mewakili Selangor, kerana pihaknya telah menerima permohonan daripada dua pihak untuk menyertai kejohanan itu menggunakan surat rasmi TNS.
Pemohonan pertama datangnya daripada ahli jawatankuasa yang baharu di bawah Arasu yang terdiri daripada 52 atlet, manakala yang kedua diterima daripada ahli jawatankuasa yang lama di bawah bekas Presiden C.K. Karan.
"Masalah utama di sini adalah masalah dalaman mereka. Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) telah menasihatkan mereka mengadakan AGM semula, tetapi kedua-dua pihak tidak mahu melakukannya.
"Jadi kami telah meminta atlet berkenaan bertanding di bawah kelab-kelab premier dan kami telah berikan kepada mereka senarai kelab yang bersetuju menerima atlet berkenaan.
"Tetapi TNS telah tidak mendaftarkan mereka, jadi kami secara automatik mendaftarkan mereka di bawah kelab premier dan terpulang pada atlet berkenaan sama ada mereka mahu menyertainya atau tidak.
"Ada yang telah hadir untuk sertai acara 'poomsae' (seni). Jumlah sebenar atlet dari Selangor yang menyertainya akan diketahui esok, apabila 'kyorugi' (tempur) bermula esok.
"Jawatankuasa Displin juga akan menemuramah beberapa atlet dari Selangor bagi mengetahui sama ada TNS ada mengugut mereka untuk tidak menyertainya," katanya.
Tahun lepas PJS telah meminta TNS untuk mengadakan semula AGMnya kerana mesyuarat itu tidak dijalankan dengan betul.
Semasa AGM tersebut yang diadakan pada bulan Mei, Timbalan Presiden pada ketika itu Arasu, telah menewaskan Presiden TNS Karan untuk mengambil alih TNS.
Sementara Karan, yang memegang jawatan itu hampir 30 tahun berkata, dia akan mengadakan satu AGM TNS pada 20 Mac dan telahpun menghantar notis 45 hari kepada semua pemegang taruh.
"Apabila saya ke PJS, mereka mengatakan sayalah Presiden TNS apabila perkara ini berlaku, jadi sayalah yang bertanggungjawab untuk mengadakan AGM semula. Saya telah keluarkan semua jemputan yang mana saya tandatangani sebagai Presiden penggal '2016-2018'.
"Jadi nanti kita lihat berapa ramai (ahli gabungan) yang datang. Jika majoriti kata mereka mahu bersama mereka (kem Arasu), jadi oklah atau sebaliknya.
"Apa yang penting ialah kita buat AGM mengikut peraturan dan teruskan pembangunan sukan ini di negeri ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 23 2019

Dhanaraj berkata TNS menjatuhkan imej taekwondo di negara ini apabila mendedahkan kepada media mengenai tuduhan bahawa TM telah menghalang badan negeri itu daripada menghadiri AGM. - Gambar hiasan
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Bursa Malaysia catat sejarah laksana AGM secara maya sepenuhnya
Bursa Malaysia Bhd mencatat sejarah dalam dunia korporat Malaysia apabila menjadi syarikat pertama di negara ini yang mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) secara maya sepenuhnya.

Isu pengagihan royalti jadi topik utama perbincangan AGM Karyawan ke-19
Presidennya, Datuk Freddie Fernandez berkata, isu ini perlu diselesaikan segera memandangkan ramai artis tertanya-tanya mengenai royalti yang sepatutnya mereka dapat.

Perpecahan DAP Kedah berpunca daripada anggota dalaman - Guan Eng
Lim Guan Eng berkata perpecahan parti itu di Kedah berlaku disebabkan ada anggotanya yang cuba mengelirukan anggota lain serta melakukan tindakan yang menggugat keutuhan parti.