Kebiasaannya, acara lepas geram, mengamuk atau mungkin vandalisme bakal berlaku sekiranya pasukan yang diminati atau disokong kalah.
Lebih-lebih lagi dalam acara sukan berprestij dunia, Piala Dunia FIFA 2014.
Namun, tidak bagi peminat pasukan Jepun.
Walaupun pasukan Jepun kalah di tangan Ivory Coast pada perlawanan pertamanya di Piala Dunia FIFA 2014, peminat pasukan matahari terbit itu tetap bertindak membersihkan stadium.
Ya, mengutip sampah dan membersihkan kawasan tempat duduk mereka walaupun pasukan Jepun kalah 2-1 di stadium Arena Pernambuco, Recife Brazil.
Sifat terpuji ini hebat diperkatakan orang ramai di media sosial di tambah dengan gambar beberapa peminat Jepun sedang mengumpul sampah sarap mereka.
Dalam forum Reddit.com, beberapa pengguna media sosial memperkatakan memuji sikap disiplin peminat-peminat Jepun ini.
“Saya rasa mereka selalu mengamalkan sikap begini, saya masih ingat Piala Dunia di Perancis pada tahun 1998, mereka melakukan perkara yang sama” kata Gefmayhem.
“Mereka bersihkan stadium pada Piala Dunia 2006 di Jerman juga. Tetamu yang baik” kata Yet_another_username.
“Orang Jepun memang mempunyai sifat yang terpuji. Pernah sekali saya memberi tunjuk ajar kepada satu kumpulan pelancong Jepun dan mereka bukan sahaja mengucapkan terima kasih tapi memberi hadiah pula” kata Stanfan114.
Mungkin sikap sebegini harus dipraktikkan oleh peminat tegar pasukan negara kita.
Azyyati Ahmad
Mon Jun 16 2014
Walaupun pasukan Jepun kalah di tangan Ivory Coast, peminat pasukan Jepun itu tetap bertindak membersihkan stadium.
Saham AS di tahap tertinggi, didorong ucapan Trump dalam forum Davos
Trump menyeru penurunan segera kadar faedah dan mendesak Arab Saudi mengurangkan harga minyak mentah.
Imigresen Terengganu tahan 14 pendatang tanpa izin
Tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Jersi baru Indonesia guna jenama tempatan curi tumpuan
Jersi pasukan di ranking ke-127 dunia itu bakal digunakan menjelang baki saingan pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.
AWANI Ringkas: Pertemuan MMA, Menteri Kesihatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
WEF 2025: Turunkan harga minyak, potong kadar faedah atau berdepan tarif - Trump
Trump turut memberi amaran untuk mengenakan tarif jika pemain industri bertindak menghasilkan produk di luar Amerika Syarikat.
#AWANIRingkas 24 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 Januari 2025
1️⃣ bincang isu WBB
2️⃣ 80 daripada 560 kanak-kanak belum dituntut
3️⃣ Mahu jumpa Putin, selesai perang di Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ bincang isu WBB
2️⃣ 80 daripada 560 kanak-kanak belum dituntut
3️⃣ Mahu jumpa Putin, selesai perang di Ukraine
#awaniringkas
UEL: Gol dramatik Bruno Fernandes pacu kemenangan Manchester United
Tuan rumah menguasai perlawanan dalam separuh masa pertama namun tidak berjaya menoktahkan beberapa peluang terhidang dengan jaringan.
PBB lapor peningkatan ketara dalam operasi di Gaza di tengah-tengah gencatan senjata
Bantuan, kargo dan petugas kemanusiaan kini dapat memasuki kawasan yang sebelum ini sukar diakses.
AWANI Pagi: Debat ukir nama uiam sebaris universiti ternama dunia
Ikuti diskusi pagi Jumaat bersama Prof Datuk Dr. Mohamad Fauzan Noordin, Timbalan Rektor (Pembangunan Pelajar dan Libatsama Komuniti), UIAM dan Anas Ahmad Zaharim, pendebat UIAM berkongsi kejayaan luar biasa di Kejohanan Debat Universiti Dunia 2025 di Panama, Amerika Tengah, sekali gus mengharumkan nama negara di peringkat global.
Imigresen tahan 38 warga asing di Kampung Baru
Op Sapu KL Strike Force itu dijalankan oleh 35 pegawai selepas risikan selama dua minggu di lokasi terbabit berikutan aduan penduduk setempat mengenai kebanjiran warga asing.
Tabiat pembersih penyokong Jepun terbawa-bawa ke Piala Dunia
Kebiasaannya, acara lepas geram atau mungkin vandalisme bakal berlaku sekiranya pasukan yang disokong kalah, namun tidak bagi peminat Jepun.