Pendahulu, T-Team gagal mengambil kesempatan ke atas 10 pemain Pulau Pinang berikutan seri 1-1 dan memberi ruang kepada Kedah untuk merapatkan kedudukan di persada liga setelah meraih kemenangan 3-2 lawan Kuantan FA di Stadium Darul Aman.

Skuad The Titans mensasar untuk melebarkan jurang mata ke atas pihak lawan dan diberi peluang keemasan apabila pertahanan Penang, Farid Ramli diperintahkan keluar padang pada minit ke-21 setelah mengasari pemain Croatia, Josip Milardovic.

Malangnya, Pulau Pinang berjaya memecah kebuntuan hanya dua minit kemudian menerusi penyerang Hilton Moreira sebelum penyerang Farhod Tadjiev menyempurnakan penalti untuk menyamakan kedudukan perlawanan pada minit ke-31.

Setelah mengharungi 14 perlawanan, T-Team (33 mata) dan Kedah (31 mata) hanya dipisahkan oleh dua mata.

Manakala, Kedah hampir cicir tiga mata penuh setelah mempamerkan corak permainan yang baik untuk mendahului perlawanan 2-0 pada babak pertama menerusi hasil kerja keras Muhd Syafiq Ahmad.

Pada babak kedua, Liridon Krasniqi meledakkan gol ketiga buat tuan rumah. Namun, The Seagull kembali mengaum menerusi jaringan penalti Mohd Zamri pada minit ke-73 dan penyudahan Fabrice Noel pad minit ke-80 tetapi gagal dalam pencarian gol penyamaan.


Keputusan aksi perlawanan lain:

DRB-Hicom 2-1 Sabah

Johor Darul Takzim 1-0 SPA FC

UiTM 2-2 NS Matrix