Sempena tahun baru 2013, para pemain Terengganu dan T-Team menyimpan azam membantu pasukan untuk mencipta kejayaan.

Bagi mereka, meskipun saingan musim ini sengit ia tidak akan melunturkan semangat bagi memburu kejuaraan.

Sementara itu, kehadiran beberapa muka baru turut menimbulkan suasana yang lebih bersemangat.

Satu lagi pasukan, T-Team turut menyasarkan untuk mencapai keputusan terbaik pada saingan 2013.

Tambah mereka, tiada apa yang mustahil mampu dicapai pasukan itu jika setiap individu sama ada pengurusan dan pemain memberikan komitmen sepenuhnya.