Setelah menjalani rawatan susulan hari ini, pemain boling tenpin wanita negara, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi, disahkan bebas daripada jangkitan pneumonia.
Atlet kelahiran Perak itu dilaporkan sudah kembali menjalani latihan dan bertekad untuk mengembalikan prestasi terbaiknya secepat mungkin.
Dalam satu temu bual bersama wakil Astro Arena, Irfan Ali, Syaidatul Afifah berkongsi mengenai kesukarannya sepanjang bertarung dengan penyakit itu.
"Sewaktu PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), selama lebih daripada tiga bulan, saya tetap berlatih bersendirian di rumah. Saya memang bersemangat untuk kembali meneruskan latihan.
"Tetapi selepas sudah boleh menjalani latihan, saya pula tidak sihat.
"Saya tidak menjangkakan situasi itu kerana walaupun atlet, kami juga manusia biasa.
"Mungkin ia adalah salah satu dugaan buat saya. Walaupun atlet, saya perlu terima.
"Daripada segi mental, saya masih mempunyai keluarga.
"Walaupun saya tidak sihat, saya ada keluarga untuk berkongsi dan meluahkan perasaan saya.
"Sudah pasti saya berasa kecewa sewaktu saya sakit kerana saya menghadapi banyak dugaan tahun ini, temasuk datuk saya yang meninggal dunia.
"Saya hampir berputus asa kerana saya tidak dapat mendorong diri saya dan tipulah jika perkara itu tidak mengganggu saya.
"Tetapi keluarga saya banyak memberikan nasihat yang positif, jadi saya dapat melaluinya," katanya.
Astro Arena
Thu Aug 06 2020

Syaidatul Afifah berkongsi mengenai kesukarannya sepanjang bertarung dengan penyakit itu. - Foto Astro ARENA
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Saree Up to Strike: Kejohanan boling pertama bertemakan sari sempena Hari Wanita Antarabangsa
Bersempena dengan Hari Wanita Antarabangsa, butik PAAVAI Looms Empire menganjurkan kejohanan boling dengan menggabungkan elemen budaya dan pemerkasaan wanita.

Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.

Kejayaan bersejarah rangkul Piala Dunia seperti mimpi - Natasha
Atlet berusia 28 tahun itu sangat gembira kerana kerja keras selama bertahun-tahun akhirnya berhasil.

Tiga pemain boling elit wanita negara mara ke pusingan kalah mati Piala Dunia
Mereka adalah Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, Natasha Roslan dan Sin Li Jane, yang akan disertai seorang lagi wakil negara Gillian Lim.

Piala Dunia: Juara boling Muhammad Rafiq buru kemenangan di Kowloon
Muhammad Rafiq mahu tebus kekalahan di peringkat suku akhir pada edisi sebelum ini, sekali gus bawa pulang pingat dalam acara berpasukan.

Bekas Presiden MTBC P S Nathan meninggal dunia
Berita duka itu diumumkan MTBC yang menyifatkan pemergian mendiang sebagai satu kehilangan besar buat seluruh komuniti boling.

Skuad boling remaja wanita negara sambar emas di kejohanan dunia IBF
Skuad boling remaja wanita negara meraih pingat emas dalam acara berpasukan wanita pada Kejohanan Remaja Dunia Persekutuan Boling Antarabangsa (IBF) di Stadium Fiesta Asiad Bowling Icheon.

Li Jane raih kejuaraan Terbuka AS
Pemain berusia 32 tahun itu mempamerkan aksi cemerlang menewaskan pemain dari Latvia Diana Zavjalova pada perlawanan akhir stepladder.

Skuad boling remaja tuai dua gangsa pada hari pertama kejohanan Asia
Kilauan gangsa itu disumbangkan Ethan Damian Goh dalam acara individu lelaki dan Qurratu'ain Izdihar Mohd Pozi bagi kategori individu wanita.

ANGKASA mahu media terus salur maklumat kebaikan berkoperasi - Abdul Fattah
Gerakan koperasi memainkan peranan penting kepada ekonomi rakyat dan pembangunan sosioekonomi negara, seiring dengan aspirasi Dasar Koperasi Malaysia (DAKOM) 2030.