PETALING JAYA: Pemain pertahanan negara, Muhammad Syahmi Safari merasakan sudah tiba masanya untuk beliau 'merampas' tempat dan mengukuhkan nama dalam kesebelasan utama skuad Harimau Malaya.
Menjelang aksi pertama Kumpulan D kempen pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 menentang Kyrgyzstan Khamis ini, Muhammad Syahmi atau lebih mesra disapa Syahmi Safari berkata beliau akan membalas kepercayaan dengan baik sekiranya diberikan peluang.
Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) berusia 25 tahun itu berkata setiap kali menyarung jersi skuad kebangsaan beliau akan memberikan komitmen sepenuhnya dalam membantu pasukan meraih kejayaan.
"Rasanya setiap pemain pun akan bagi 100 peratus terutama sekali bagi meningkatkan prestasi individu dan secara tak langsung (perkara itu) akan meningkatkan prestasi pasukan juga," katanya ketika ditemui pada sesi latihan skuad kebangsaan di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya di sini, hari ini.
Sebelum ini, Syahmi Safari yang merupakan bekas pemain Selangor FC antara pilihan utama di bahagian pertahanan, namun lebih kerap menjadi pilihan kedua ketua jurulatih Kim Pan Gon sejak pengendali dari Korea Selatan itu mengambil alih skuad kebangsaan.
Sementara itu, mengulas mengenai aksi menentang Kyrgyzstan, beliau berkata barisan pertahanan perlu berwaspada dengan kemampuan skuad bimbingan Stefan Tarkovic itu melakukan serangan pantas di bahagian sayap kanan dan kiri.
"Kami perlu lebih bersedia kerana pusingan kelayakan ini sangat penting terutama dari segi (menaikkan) ranking dan layak automatik ke Piala Asia," katanya.
Mengulas mengenai moral pasukan ketika ini, beliau berkata semua dalam keadaan baik dan para pemain menunjukkan komitmen tinggi dalam setiap sesi latihan.
Malaysia akan menentang Kyrgyzstan di Stadium Nasional di Bukit Jalil sebelum berkunjung ke Taiwan untuk aksi kedua Kumpulan D menentang tuan rumah pada 21 Nov ini.
Selepas dua perlawanan bulan ini, Malaysia dijadual bertemu Oman di tempat lawan dan sendiri tahun hadapan, masing-masing pada 21 dan 26 Mac, Kyrgyzstan di gelanggang lawan (6 Jun) dan bertemu Taiwan (11 Jun) di Bukit Jalil.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 14 2023
Syahmi berkata setiap kali menyarung jersi skuad kebangsaan beliau akan memberikan komitmen sepenuhnya dalam membantu pasukan meraih kejayaan. - Bernama
Elak penganjuran program cetus polemik, gugat Islam - Mohd Na'im
Sebarang acara atau program yang boleh mencetuskan polemik dan menggugat kedaulatan agama Islam perlu dielakkan sama sekali.
Konvoi motosikal untuk solidariti kepada Gaza
Langsung dari Rosco Cage, Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur di mana Wartawan Faida Rahim bersama tetamu, Muhammad Aiman Mohd Zain, MyCare Malaysia di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diganasi rejim Israel.
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berada pada tahap tertinggi.
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Seramai tiga orang subkontraktor terkandas di kren pengangkat (skylift) yang rosak ketika melakukan kerja pemasangan papan tanda kedai di Wisma Taiko, berhadapan Ipoh Padang, malam tadi.
Lempar bom petrol, polis buru tiga Ah Long
Polis sedang memburu tiga individu disyaki Ah Long yang melempar bom petrol ke sebuah rumah di Taman Bintang, Pantai Remis.
Penguasaan bahasa tidak harus bersifat ''zero-sum game'' - PM Anwar
Perdana Menteri mengingatkan penekanan terhadap sesuatu bahasa tidak seharusnya bersifat 'zero-sum game'', sehingga meminggirkan Bahasa Melayu.
Presiden Perancis seru penghantaran senjata ke Israel dihentikan
Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Sabtu menyeru agar penghantaran senjata ke Israel dihentikan.
AWANI Ringkas: 12 rakyat Malaysia tiba dari Lubnan hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bekas rakan sepasukan Cristiano Ronaldo teruja mulakan cabaran dengan JDT
Penyerang baharu Johor Darul Ta'zim (JDT), Jese Rodriguez, teruja untuk memulakan cabaran bersama kelab itu.
Menjelang setahun serangan Israel, Rosco anjur konvoi solidariti untuk Gaza
Rosco menganjurkan konvoi motorsikal jenis Cafe Racer di sekitar Lembah Klang sebagai tanda solidariti perjuangan rakyat Palestin.
Syahmi Safari sah milik JDT
Muhammad Syahmi mengakui sukar untuk mengatakan tidak mengenai lamaran daripada JDT yang disifatkannya kelab terbesar di Malaysia.
Harimau Malaya kena saingi kepantasan Garuda - Syahmi Safari
Skuad Garuda memiliki corak permainan pantas khasnya pada bahagian sayap yang boleh menyebabkan anak buah Tan Cheng Hoe berputih mata sekiranya mengambil mudah ancaman lawan.
FAM setuju hantar jaringan Goulon ke FIFA
FAM kemuka jaringan pertahanan Pahang, Herold Goulon kepada FIFA hari ini.
Play-off kelayakan Piala Dunia: Cheng Hoe lega ...
Menjelang aksi berdepan Timor Leste dalam pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 malam ini, pengendali Harimau Malaya, Tang Cheng Hoe, berasa lega apabila semua pemain.
#AFCB23: China nafi kemenangan Malaysia di Stadium Shah Alam
Malaysia di depan sebanyak dua kali namun China berjaya menyamakan kedudukan untuk keputusan tamat 2-2.
Sathianathan enggan lepas khidmat Syahmi
Syahmi adalah antara 26 nama yang tersenarai untuk menjalani latihan pusat kendalian Datuk Ong Kim Swee menjelang Kejohanan Piala AFF B-22 di Kemboja.
'Kami akan bermain mati-matian'
Adam Nor Azlin, Syahmi Safari dan jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe berterima kasih dan bertekad akan memberikan segalanya malam ini.