KUALA LUMPUR: Ketua kontinjen negara ke Sukan SEA 2021 Datuk Hamidin Mohd Amin mahu persiapan pasukan karate dan silat diberi keutamaan untuk temasya dwitahunan di Hanoi, Vietnam yang akan membuka tirai pada 21 Nov hingga 3 Dis ini.
Beliau berkata ini kerana kedua-dua jenis sukan itu tidak pernah gagal menyumbang pingat emas untuk kontinjen Malaysia di Sukan SEA sebelum ini.
Pada temasya di Manila, Filipina dua tahun lepas, pasukan silat meraih dua pingat emas dan dua gangsa manakala karate membawa pulang empat emas dan empat perak.
Hamidin berkata beliau mengadakan perbincangan dengan tiga presiden dan dua setiausaha persatuan sukan negara untuk persiapan Sukan SEA 2021, semalam.
Mesyuarat itu dihadiri oleh Presiden Persekutuan Snuker dan Billiard Malaysia (MSBF) Melvin Chia See Oon, Presiden Persekutuan Petanque Malaysia (PPM) Datuk Radzi Mansor, Presiden Persekutuan Lawan Pedang Malaysia (MFF) Rusni Abu Hassan, Setiausaha Agung Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) Datuk Nur Azmi Ahmad dan Setiausaha Agung Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) Datuk Megat Zulkarnain Omardin.
"Oleh kerana kedua-dua sukan snuker dan billiard, dan lawan pedang tidak berada di bawah program pembangunan Majlis Sukan Negara, kami akan membantu MSBF dan MFF untuk mandapatkan pusat latihan dan jurulatih dalam persiapan akhir mereka menjelang Temasya Sukan SEA ke-31 di Vietnam," katanya dalam hantaran menerusi Facebook Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pada Jumaat.
Hamidin juga berharap MOM dapat memainkan peranan dalam menyelesaikan isu antara PPM dengan badan induknya di Asia (Asian Boules Sports Confederation) dan antarabangsa (World Federation of Petanque).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 26 2021
Atlet Silat Negara Muhammad Faizul Nasir ketika beraksi menentang Atlet Silat Filipina Dines Dumaan pada perlawanan Silat Tanding Kelas B sempena Sukan Sea Filipina 2019. - Foto BERNAMA
Ahmad Nawab legenda tiada galang ganti - PM Anwar
Pemergian Seniman Negara Tan Sri Ahmad Khan Nawab Khan atau Ahmad Nawab adalah satu kehilangan buat industri muzik negara dan Allahyarham akan dikenang sebagai legenda yang tiada galang ganti.
Pasangan kekasih ditahan cuba seludup lapan warga Myanmar
Sepasang kekasih ditahan ketika dipercayai cuba menyeludup lapan warga Myanmar dengan menggunakan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di KM 5.2 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Bukit Kayu Hitam pada Ahad
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 24 November 2024.
Kemasukan pelajar ke IPTA berdasarkan merit, tiada diskriminasi - Zambry
Kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah berdasarkan merit, terutama melibatkan kursus yang mendapat permintaan tinggi.
Khadijah Ibrahim akan terus nyanyikan lagu Ahmad Nawab
Penyanyi yang mesra dengan panggilan Ibu Kathy itu akan meneruskan perjuangan Allahyarham dengan terus menyanyikan lagu beliau. Beliau juga menyifatkan Ahmad Nawab sebagai mentor dan guru yang terbaik buatnya.
Pasukan Remaja, Senior bersinar di ICU Cheerleading World Cup
Pasukan Malaysia meraih pencapaian luar biasa dalam kejohanan ICU Cheerleading World Cup di Korea Selatan apabila Pasukan Remaja negara merangkul tempat pertama dalam pertandingan tersebut.
Guru dikhuatiri lemas ketika memancing
Seorang guru lelaki berusia 53 tahun dikhuatiri lemas ketika memancing di Sungai Pahang, berhampiran jeti Chenor, Maran petang tadi.
Calon utama Pilihan Raya Presiden Romania buang undi
Calon Utama pilihan raya presiden Romania, Marcel Ciolacu membuang mengundi di Bucharest dalam pusingan pertama pengundian untuk ketua negara seterusnya pada Ahad.
Laluan masuk Islamabad ditutup, sekatan keselamatan dipertingkat
Ibu Negara Pakistan, Islamabad diletakkan di bawah sekatan keselamatan pada Ahad menjelang protes oleh penyokong bekas Perdana Menteri Imran Khan yang menggesa beliau dibebaskan.
2TM: Rakyat semakin memahami aspirasi Kerajaan MADANI - KSN
Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 meraih sambutan memberangsangkan dengan kehadiran pengunjung melebihi sasaran.
Tan Sri Ibrahim Saad banyak jasa dalam pembangunan bola sepak - Presiden FAM
Hamidin menambah Allahyarham juga banyak memberikan pendapat kepada rakan-rakan setugas demi pembangunan bola sepak tanah air.
'Sebelum ini mustahil, tapi saya mula yakin wakili Harimau Malaya' - Mats Deijl
Pemain pertahanan kelab Liga Eredivise, Go Ahead Eagles, Mats Deijl teruja mahu menyertai Harimau Malaya.
Presiden FAM terima Darjah Kebesaran, kini bergelar Tan Sri Hamidin
Presiden FAM Tan Sri Hamidin Mohd Amin hari ini dianugerahkan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri.
FAM akan bentang struktur organisasi Harimau Malaya kepada Perdana Menteri - Hamidin
FAM berjanji untuk membentangkan struktur organisasi pengurusan skuad Harimau Malaya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ejen Park Hang-seo sudah adakan perbincangan dengan FAM
Ejen kepada bekas jurulatih skuad kebangsaan Vietnam, Park Hang-seo, dilaporkan sudah memulakan perbincangan dengan Presiden FAM.
Faisal Halim terharu keprihatinan Hamidin, FAM
Faisal Halim meluahkan rasa terharu di atas kepekaan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjaga kebajikan pemain skuad kebangsaan.
Park Hang-seo calon kemudi Harimau Malaya - Hamidin
ASEAN Football menyatakan bekas ketua jurulatih Vietnam, Hang-seo, merupakan salah seorang calon untuk mengambil alih skuad Malaysia.
Wan Kuzain sarung jersi Harimau Malaya
Hamidin berkata, sepatutnya Wan Kuzain menyertai pasukan pada Pestabola Merdeka kali ini, namun tidak bernasib baik kerana mengalami kecederaan.
Kim Pan-gon tidak profesional, FAM jadi mangsa - Hamidin
Datuk Hamidin Amin, menyifatkan Kim Pan-gon, sebagai tidak profesional susulan tindakan pengendali dari Korea Selatan itu meninggalkan Malaysia.
Sudah tiba masanya Azizulhasni jadi jurulatih
Hamidin berkata, pengalaman dimiliki Azizulhasni amat bernilai kepada atlet pelapis trek berbasikal negara.