KUALA LUMPUR: Para peserta Sukan SEA Hanoi 2021 mungkin perlu menunggu sehingga akhir April untuk mendapatkan garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19 yang muktamad, berdasarkan kepada situasi semasa menjelang temasya Sukan itu.
Memandangkan virus itu terus 'berkembang dan melonjak pantas', penganjur dijangka mengeluarkan SOP muktamad serta langkah-langkah pencegahan hanya tiga minggu sebelum bermula Sukan itu, yang dijadualkan 12-23 Mei, dengan lebih banyak maklumat akan disediakan.
Dengan kira-kira 10,000 atlet dan pegawai dijangka bertanding dalam 40 sukan yang terdiri daripada 526 acara dalam Sukan dwitahunan yang tertunda lebih setahun akibat pandemik COVID-19 itu; penganjur kini menetapkan pertandingan akan diteruskan walaupun terdapat kes yang disahkan dan lonjakan bilangan kes harian baru-baru ini.
Naib pengerusi Jawatankuasa Kecil Perubatan dan Anti-Doping Sukan SEA ke-31 Nguyen Van Phu berkata berdasarkan cadangan semasa Kementerian Kesihatan Vietnam (MOH), tiada kuarantin diperlukan semasa ketibaan untuk peserta, namun mereka perlu mematuhi peraturan 'gelembung sukan'.
"Semua orang mesti diuji negatif sebelum ketibaan dan selepas tiba di Vietnam. Jadi sama ada kumpulan kecil atau besar, ia adalah kumpulan negatif (COVID-19). Mereka perlu mengikut pengangkutan yang disediakan untuk perjalanan, yang dikhususkan hanya antara penginapan ke tempat latihan dan pertandingan.
"Bagi kes-kes positif, mereka akan diasingkan dan dikehendaki melakukan ujian susulan sehingga diuji negatif semula, manakala kontak rapat akan dipantau dan diuji secara berterusan," katanya semasa sidang media antarabangsa pertama Sukan SEA Vietnam di Hanoi secara fizikal dan maya semalam.
Nguyen berkata jawatankuasa penganjur telah meminta semua wilayah dan hotel terlibat dengan temasya itu, menyediakan bilik tambahan untuk tujuan pengasingan, dan pertandingan mungkin diadakan dengan jumlah penonton yang terhad atau tanpa penonton, berdasarkan situasi COVID-19.
Sementara itu Timbalan Ketua Jawatankuasa Kecil Penerangan dan Komunikasi Le Thi Hoang Yen berkata semua temu bual media fizikal dibenarkan buat masa ini selaras dengan keperluan persekutuan sukan, namun sekiranya situasi COVID-19 bertambah buruk semasa temasya itu, ia akan dijalankan secara dalam talian.
"Kami juga tidak mengehadkan bilangan wartawan asing di sini, kami mahu lebih ramai orang mengetahui tentang temasya itu, tetapi perlu mendapatkan kelulusan yang diperlukan (seperti visa untuk negara bukan ASEAN) dan semua peserta akan mempunyai lorong khusus di lapangan terbang," katanya. .
Beliau berkata penganjur akan memberikan butiran lanjut mengenai isu asas berkaitan penginapan, pengangkutan dan perubatan selepas dimuktamadkan semasa mesyuarat Chef-de Mission (CDM) kedua pada 18 Mac, yang diadakan bersama-sama dengan pelancaran majlis kiraan detik dan larian obor.
Majlis perasmian dijadualkan pada pukul 8 malam (9 malam waktu Malaysia) pada 12 Mei di Stadium Nasional My Dinh, manakala majlis penutup di Istana Olahraga Hanoi pada masa yang sama pada 23 Mei.
Menurut laman web Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Vietnam telah merekodkan 69,128 kes COVID-19 dalam tempoh 24 jam yang lepas dan dengan lebih tiga juta kes kumulatif.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 28 2022
Bercakap pada sidang media antarabangsa pertama Sukan SEA Vietnam di Hanoi, Nguyen berkata, berdasarkan cadangan MOH Vietnam, tiada kuarantin diperlukan semasa ketibaan tetapi peserta perlu patuh peraturan gelembung sukan. Foto tdtt.gov.vn/sea-games
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
Sukan SEA: Tiada kuarantin, namun keputusan muktamad April
Penganjur dijangka mengeluarkan SOP muktamad serta langkah-langkah pencegahan hanya tiga minggu sebelum bermula sukan itu.