PHNOM PENH: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menyifatkan pencapaian kontinjen negara merangkul dua emas pada Sukan SEA 2023, sehari selepas temasya itu dibuka secara rasmi semalam, sebagai permulaan yang cemerlang.
Hannah berkata beliau gembira dengan kejayaan atlet yang tidak dijangka merangkul pingat terutama atlet karate, S Prem Kumar yang memenangi emas acara kumite lelaki bawah 55 kilogram (kg).
"Syabas dan tahniah kepada atlet serta ketua kontinjen (CDM) ke Sukan SEA 2023 Datuk Mohd Nasir Ali. Saya harapkan atlet terus kerja keras lagi dan rakyat Malaysia pula terus berikan sokongan selain doa untuk atlet di Kemboja," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan acara karate di Pusat Konvensyen Chroy Changvar, di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Mohd Nasir lega dengan pencapaian dua emas atlet negara setakat ini, khususnya kejayaan karate yang berjaya menampung kehilangan emas daripada sukan jujitsu.
Beliau juga yakin atlet karate akan mampu meneruskan momentum kecemerlangan untuk setidak-tidaknya mencapai sasaran tiga emas ditetapkan Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) di Kemboja.
Terdahulu, Adam Akasyah, yang dicanang sebagai prospek emas jujitsu bagi acara lelaki NE-Waza-Gi bawah 69 kg sekadar meraih gangsa dengan menumpaskan wakil Filipina Michael Bryan Tiu 4-2 dalam perlawanan penentuan tempat ketiga.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 06 2023

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh (tengah) bersama pemenang pingat emas karate lelaki negara S Prem Kumar (kanan) dan pemenang pingat emas wanita negara C Shamalaran (kiri) pada Sukan SEA 2023 Phnom Penh. - Foto BERNAMA

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

KBS optimis prestasi di Kemboja boleh diperbaiki menerusi pencapaian Sukan Asia
Hannah Yeoh berkata harapan itu, berdasarkan kepada post mortem yang telah dilaksanakan selain kerjasama erat dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Prestasi di Kemboja tidak pengaruhi Sukan Asia - MSN
Katanya, acara dipertandingkan di kedua-dua temasya sukan berkenaan tidak sama selain mempunyai senario berbeza.

Saravanan yakin skuad Harimau Muda akan bingkas bangkit
Biarpun skuad kendalian E. Elavarasan turun dengan taktikal terbaik serta semangat juang yang tinggi, nasib tidak menyebelahi mereka untuk memenuhi sasaran.

Sukan SEA: Hadkan atlet naturalisasi - CDM
Mohd Nasir cadangkan penggunaan atlet naturalisasi dihadkan kepada 10 atau 20 peratus daripada keseluruhan pemain dalam sesebuah pasukan.

Kontinjen negara lesu pada hari kelapan Sukan SEA 2023
Hari kelapan temasya Sukan SEA 2023 yang berlangsung pada Sabtu menyaksikan suasana suram buat kontinjen negara tanpa kutipan pingat emas.

Kerisauan kriket Malaysia terhadap Sukan SEA ada asasnya - Hannah
Kemboja turunkan 13 pemain asing daripada keseluruhan 15 pemain yang didakwa warganegara secara naturalisasi.

Jangan bandingkan kami dengan Muhammad Azeem - Muhammad Haiqal
Setiap manusia ada kelebihan masing-masing, kata Muhammad Haiqal.

Sukan SEA: Skuad taekwondo negara butir dua pingat emas
Perkhabaran pingat emas buat kontinjen negara hadir menerusi kejayaan skuad taekwondo negara menghadiahkan dua pingat emas dalam acara poomsae di Sukan SEA Kemboja, sebentar tadi.

Sukan SEA: Malaysia pertahan emas berbasikal lebuh raya
Pelumba negara Nur Amirull Fakhruddin Mazuki meneruskan rentak cemerlang apabila merangkul pingat emas acara lepas beramai-ramai elit lelaki pada Sukan SEA 2023.

Sukan SEA: Andre tetap pertahan emas biarpun baru pulih kecederaan
Andre berjaya melakukan catatan sejauh 16.06 meter (m) pada percubaan kelima, sekali gus mengesahkan emas kedua berturut-turutnya dalam acara berkenaan.