KUALA LUMPUR: Kegagalan mempertahankan pingat emas pada Sukan SEA 2019 di Manila, Filipina masih menghantui jaguh lontar tukul besi negara, Jackie Wong Siew Cheer.
Walaupun sudah lebih dua tahun berlalu, Jackie yang kecewa dengan keputusan ketika itu, kini tekad untuk melakukan yang terbaik bagi merampas kembali emas di Sukan SEA Hanoi, Vietnam pada 12 hingga 23 Mei ini.
"Semestinya saya memang kecewa namun, saya harap dapat ambil balik emas," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Jackie, 29, yang merangkul emas pada Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur terpaksa berpuas hati dengan pingat perak di Filipina sekali gus menyaksikan atlet Thailand, Kittipong Boonmawan muncul juara acara itu.
Selain Sukan SEA, pemegang rekod kebangsaan dengan catatan 67.01 meter (m) yang dilakukan semasa Kejohanan Olahraga Asia 2019 di Qatar juga berharap dapat melayakkan diri ke Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China pada 10 hingga 25 September depan.
Atlet dari Sarawak itu membuat penampilan sulung di Sukan Asia pada edisi 2018 di Indonesia yang menyaksikannya menamatkan cabaran di tangga ketujuh kesuluruhan.
Selain itu, Jackie mengakui situasi pandemik COVID-19 yang belum reda sedikit sebanyak menjejaskan prestasinya susulan tiada aksi antarabangsa disertai selepas kali terakhir beraksi di Sukan SEA 2019.
"Namun, saya masih yakin kepada diri saya untuk melakukan yang terbaik di Hanoi nanti," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 01 2022

Jackie kini tekad untuk melakukan yang terbaik bagi merampas kembali emas di Sukan SEA Hanoi, Vietnam pada 12 hingga 23 Mei ini. - Bernama

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Kejohanan Olahraga Asia: Terlalu teruja punca tiga balingan Jackie Wong terbatal
Bagaimanapun, Jackie menganggapnya sebagai satu pencapaian yang lebih baik berbanding sewaktu menduduki tempat kelapan dalam edisi 2019.

Jackie telah terima pingat, Malaysia reda keputusan juri - CDM
Jackie telah pun menerima pingat sekali gus menyaksikan dia terlepas peluang mempertahankan emas dimenangi pada edisi 2021.

Sukan SEA: Jackie Wong enggan kecewa lagi
Jackie kini tekad untuk melakukan yang terbaik bagi merampas kembali emas di Sukan SEA Hanoi, Vietnam pada 12 hingga 23 Mei ini.

COVID-19: Jackie Wong akhirnya dibenarkan keluar hospital
Jaguh baling tukul besi negara, Jackie Wong akhirnya dibenarkan pulang ke rumah pada Rabu selepas disahkan positif COVID-19 sebelum ini.

COVID-19: Keputusan ujian terbaharu jaguh baling tukul besi negara, Jackie Wong positif
Jaguh baling tukul besi negara, Jackie Wong disahkan masih menghidap jangkitan COVID-19 selepas hampir sebulan menjalani tempoh pengasingan dan rawatan di Hospital Sibu, Sarawak sejak 16 Mac lepas.

COVID-19: Saya berada dalam keadaan yang stabil dan sihat - Jackie Wong
Atlet baling tukul besi negara, Jackie Wong yang sebelum ini disahkan positif virus COVID-19 berada dalam keadaan sihat dan stabil.

Olahraga: Jackie pecah rekod Sukan SEA
Jackie melakar catatan 65.90 meter dalam percubaan keempat selepas mempamerkan balingan konsisten daripada percubaan pertama.