HANOI: Gimnas artistik wanita negara, Rachel Yeoh Li Wen menampilkan aksi memukau untuk menghadiahkan Malaysia pingat emas dalam acara palang bertingkat (palang asimetrik) pada Sukan SEA ke-31 di sini hari ini.
Pencapaian cemerlang gimnas berusia 23 tahun di Pusat Gimnasium Quan Ngua itu, hadir selepas beliau menyumbangkan pingat pertama buat Malaysia dalam sukan gimnastik menerusi gangsa dalam acara all-around individu semalam.
Dalam saingan hari ini, Rachel mempamerkan gerakan konsisten untuk memikat juri sekali gus memperoleh 13.000 mata, mengatasi peserta tuan rumah Pham Nhu Phuong yang mengumpul 12.457 mata manakala pingat gangsa diraih atlet Singapura Nadine Joy Nathan (12.433 mata).
Sementara itu, dua gimnas lelaki negara Tan Fu Jie dan Muhammad Sharul Aimy masing-masing meraih pingat perak dan gangsa dalam acara kekuda berpelana setelah memperoleh 14.200 dan 12.500 mata.
Peserta tuan rumah Dang Ngoc Xuan Thien mendominasi acara berkenaan setelah mengutip 14.400 mata.
Ketika ditemui pemberita, Rachel menyifatkan kejayaan dicapainya itu berbaloi dengan segala pengorbanan dan usaha keras yang dilakukan dalam latihan sebelum ini.
"Banyak cabaran sebelum ini...akibat pandemik COVID-19 menyebabkan latihan tidak menentu, malah sebelum ini saya juga mengalami kecederaan.
"Sudah tentu saya sangat gembira dan berpuas hati dengan kejayaan ini kerana dapat membuktikan saya juga mampu memenangi pingat emas," kata Rachel yang meraih gangsa dalam acara itu pada edisi 2019 di Manila, Filipina.
Kejayaan Rachel di Hanoi itu sekali gus berjaya mempertahankan pingat emas yang dimenangi Malaysia dalam acara tersebut di Manila menerusi Farah Ann Abdul Hadi.
Sementara itu, empat lagi gimnas negara yang turun beraksi hari ini gagal menempatkan diri dalam kelompok tiga teratas dalam acara masing-masing.
Luqman Al-Hafiz Zulfa yang bersaing dalam acara senaman lantai dan gelung roman lelaki hanya menamatkan cabaran di kedudukan ketujuh dalam kedua-dua acara tersebut.
Ng Chun Chen yang turut beraksi dalam acara gelung roman lelaki berada di kedudukan keenam, dan manakala Geanie Ng Ee Ling di tempat kelapan dalam acara melombol wanita.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 15 2022

Atlet gimnastik negara Rachel Yeoh Li Wen ketika beraksi dalam acara akhir gimnastik artistik wanita kategori Palang Bertingkat (Uneven Bar) pada Sukan SEA ke-31 di Kompleks Sukan Quan Ngua hari ini. - Foto BERNAMA
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

Sukan SEA Hanoi: Rachel ceriakan kem gimnastik raih pingat emas
Rachel Yeoh Li Wen menampilkan aksi memukau untuk menghadiahkan Malaysia pingat emas dalam acara palang bertingkat (palang asimetrik) pada Sukan SEA ke-31.