HANOI: Tanpa pengalaman luas, atlet menembak negara Nurul Syasya Nadiah Mohd Arifin mencipta kejutan memenangi pingat emas 10 meter (m) air pistol wanita pada penampilan sulungnya di Sukan SEA, hari ini.
Pada aksi final di Pusat Latihan Sukan Hanoi di sini, penembak berusia 20 tahun berasal dari Batu Pahat, Johor itu berjaya menampilkan konsistensi dalam setiap bidikan untuk mengumpul 239.3 mata sekali gus mengatasi pencabar lain.
Perak dimenangi penembak Thailand Tanyaporn Prucksakorn selepas mengumpul 238.7 mata sementara gangsa menjadi milik wakil tuan rumah Thu Vinh Trinh yang meraih 214.1 mata.
Ia adalah emas ke-35 kontinjen negara, berbaki tiga hari sebelum temasya sukan dwitahunan yang memasuki edisi ke-31 itu melabukan tirainya.
Kejayaan Syasya yang merupakan anak kedua daripada empat beradik itu adalah emas kedua disumbangkan skuad menembak kebangsaan selepas Johnathan Wong turut membutirkan emas dalam acara 10m air pistol lelaki, semalam.
Beliau yang mengakui sedikit gementar berterima kasih kepada jurulatihnya Mohamad Firdaus Abd Rahim apabila tidak putus-putus memberikan sokongan seawal pusingan kelayakan, yang menyaksikan beliau menamatkan saingan di tempat ketiga di belakang Vin Trinh dan penembak Singapura Xiu Hong Teh.
"Saya berterima kasih kepada jurulatih saya sebab bantu saya sejak awal sampai lah saya dapat pegang emas itu dengan tangan sendiri.
"Nak kata saya harap sangat pingat emas itu tidak, ia agak sukar sebab ramai atlet lain, jadi saya menangis (selepas menang) kerana saya dah buktikan kepada jurulatih saya dapat melakukannya," katanya kepada pemberita.
Sebagai rekod, Syasya merangkul pingat emas Sukan Malaysia (Sukma) 2018 ketika berusia 16 tahun selepas hanya setahun menceburkan diri secara aktif dalam sukan menembak.
Seperti atlet lain, kemajuan beliau turut terjejas akibat pandemik COVID-19 yang menyaksikan beliau hanya sempat merasai pengalaman pertama kali beraksi di pentas antarabangsa pada Grand Prix (GP) Indonesia di Jakarta Februari lepas sebelum bertanding di Sukan SEA.
Dalam pada itu, dua lagi wakil negara Bibiana Pei dan Mumtazah Syahiidah Shamsuri masing-masing terkandas di pusingan kelayakan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 20 2022
Nurul Syasya berjaya menampilkan konsistensi dalam setiap bidikan untuk mengumpul 239.3 mata sekali gus mengatasi pencabar lain. - Foto Astro Arena
Pengarah hospital Gaza ditahan Israel, kata pihak berkuasa Hamas
Pihak berkuasa kesihatan yang dikawal Hamas di Semenanjung Gaza menuduh tentera Israel menahan seorang pengarah hospital.
Persiapan sambutan ambang tahun baharu 2025 lancar
Beberapa laluan di sekitar Bandaraya Kuching akan ditutup sempena sambutan ambang tahun baharu 2025 akan ditutup bagi memastikan aliran trafik sentiasa terkawal sepanjang acara sambutan ambang tahun baharu 2025 lancar.
Papa Rock teruja beraksi di kaki Gunung Santubong
Penghibur legenda Datuk Ramli Sarip tersentuh apabila diberi peluang untuk menghiburkan peminat rock dalam edisi sulung Konsert Rock In The Jungle yang berlangsung di Kampung Budaya Sarawak.
Kemudahan perubatan utama terakhir di utara Gaza ditutup susulan serangan Israel - WHO
Kemudahan perubatan utama terakhir di utara Semenanjung Gaza, Hospital Kamal Adwan, telah menghentikan operasinya selepas serangan oleh Pasukan Pertahanan Israel (IDF).
Rumah perantaraan beri peluang banduan baiki kehidupan
Satu pejabat parol daerah atau rumah perantaraan diwujudkan di lahad datu bagi menambah kemudahan prospek untuk mengakses perkhidmatan pemulihan dan sokongan diperlukan secara langsung.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) bagi beberapa kawasan di Sabah sehingga 30 Disember 2024.
Ewon mahu terus laksana tugas, enggan layan pertikaian
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah Datuk Ewon Benedick enggan mengulas lanjut mengenai kenyataan pihak yang mempertikai pelantikannya sebagai Pengerusi PH Sabah.
Sabah komited kurangkan kada pengangguran
Inisiatif Kerajaan Sabah memperbanyakkan program pembangunan kemahiran dan latihan industri menampakkan hasil positif apabila kadar pengangguran di negeri itu pada suku ketiga 2024 mencatatkan penurunan.
SOGIP terima RM29.87 pelaburan, mula operasi 2026 dan 2027
Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) yang memperoleh pelaburan kira-kira RM29.87 bilion dijangka mula beroperasi pada 2026 dan 2027.
Thailand, Malaysia sasar perdagangan AS$30 bilion menjelang 2027
Malaysia dan Thailand mengukuhkan hubungan bilateral dengan rancangan bercita-cita tinggi untuk mencapai sasaran perdagangan dua hala sebanyak AS$30 bilion menjelang 2027.
Sukan SEA Hanoi: Nurul Syasya cipta kejutan, bidik emas pada penampilan sulung
Nurul Syasya mencipta kejutan memenangi pingat emas 10 meter (m) air pistol wanita pada penampilan sulungnya di Sukan SEA, hari ini.