Atlet berbasikal BMX negara, Noor Quraataina Mamat, 21, mengharap tuah basikal dihadiahi ibunya untuk meraih pingat buat negara pada Sukan SEA 2017.
Anak jati Dungun, Terengganu ini memilih untuk menggunakan basikal jenama Delay pemberian ibunya, Kamariah Muda, 43, pada penyertaan sulung dalam acara lumba basikal BMX kategori wanita bagi menyemarakkan semangatnya beraksi pada temasya sukan terbesar di Asia Tenggara itu.
Beliau berkata basikal yang mencecah harga ribuan ringgit itu dibeli ibunya pada April lalu kerana terharu melihat kesungguhan dirinya menjalani latihan selepas mengambil keputusan berhenti daripada pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada sukan BMX.
"Pada mulanya ibu marah, tidak menyokong saya bermain basikal malah kecewa dengan tindakan saya tidak meneruskan pengajian diploma dalam jurusan Sains Sukan di UiTM Jengka, Pahang walaupun mencatat keputusan peperiksaan cemerlang pada semester pertama.
"Bagaimanapun, melihat keazaman saya, ibu mula menyokong sepenuhnya minat saya dalam sukan ini seterusnya menghadiahkan basikal yang dibeli daripada hasil perniagaan diusahakan ibu dan ayah di Kampung Sura Tengah, Dungun," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Velodrom Nasional Malaysia di sini.
Noor Quraataina berkata kelebihan selaku penunggang tuan rumah diyakini mampu memberi kelebihan kepada beliau dan rakan pelumba lain dalam skuad BMX kebangsaan kerana sudah lama berlatih di trek yang sama akan digunakan untuk pertandingan nanti.
"Kami mula berlatih di sini sejak Mei lalu di bawah kendalian jurulatih kebangsaan Mohd Arif Syukri Ahmad Sabti dan kini gigih melakukan persiapan terakhir terutama cuba memperkemas pecutan ketika pagar perlumbaan dibuka," katanya.
Seorang lagi pelumba wanita skuad BMX negara, Ariana Nurminda Ariffin, 20, pula meletakkan sasaran peribadi untuk sekurang-kurangnya berada dalam senarai lima pelumba terbaik pada Sukan SEA nanti.
"Saya harus akui pelumba dari Filipina, Indonesia dan Thailand bukan sahaja sangat laju malah mempunyai kemahiran yang cukup tinggi dan ia semestinya satu cabaran untuk saya bersaing bersama mereka.
"Apa pun saya berjanji akan melakukan yang terbaik demi negara dan berharap keadaan cuaca menyebelahi kami, tidak hujan dan tidak berangin pada hari perlumbaan nanti," kata atlet berasal daripada Sarawak itu.
Perlumbaan BMX pada Sukan SEA kali ini mempertandingkan kategori 'super cross' bagi lelaki dan wanita dan dijadual berlangsung pada 26 Ogos di Arena BMX Nasional di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 19 2017
Noor Quraatina (empat kiri) bersama pelumba basikal BMX negara lain dan jurulatih Mohd Arif Syukri Ahmad Sabti (dua, kanan) ketika menjalani latihan di Velodrom Nasional, Nilai pada Julai. --fotoBERNAMA / Fail
Leading the Way: Malaysia's data centre rise & global impact
Malaysia has been ranked first among regional peers in Southeast Asia in Knight Frank’s SEA-5 Data Centre Opportunity Index for the second consecutive year with an annual take-up of 429 megawatts (MW). In its Data Centre Research Report 2024, the global property consultancy said growth is driven by strategic investments from tech giants like Microsoft, Amazon Web Services (AWS), Google, and Oracle, totalling 23.3 billion USD.
Spekulasi tinggalkan Old Trafford: Amorim salahkan penasihat Rashford
Rashford dalam satu temu bual seakan mahukan 'cabaran baru' selepas diketepikan daripada perlawanan awal bulan ini.
SIRIM: 50 tahun terajui transformasi teknologi dan inovasi
SIRIM, sejak penubuhannya pada 1975, telah menjadi peneraju dalam pembangunan teknologi dan penetapan piawaian. Temu bual ekslusif bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, SIRIM, Datuk Indera Ir. Dr Ahmad Sabirin Arshad, FASc berkongsi tentang pencapaian dan rancangan masa depan SIRIM dalam mengukuhkan ekosistem teknologi dan inovasi negara.
[Data & Statistik] Dividen Amanah Saham Bumiputera lebih tinggi?
Kadar dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 dijangka lebih tinggi. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad, Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, agihan dividen antara 5.1 dan 5.2 peratus bagi ASB dilihat agak munasabah berdasarkan iklim pelaburan semasa.
Suami tikam isteri marah tidak dapat pinjam duit
Kejadian tikaman berlaku semasa mangsa sedang memasak di dapur.
Tinjauan 2025: Keyakinan PMKS meningkat, landskap global jadi pemboleh ubah
Landskap geopolitik yang tidak menentu, cabaran harga bahan mentah dan pelbagai lagi menjadi cabaran utama kepada PMKS di negara ini. Bagaimana mereka harus mendepaninya? Ulasan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Usahawan Mikro, Abd Azharee Abdul Wahid.
Indeks Sentimen PKS meningkat, bukti keyakinan PMKS
Momentum positif yang direkodkan dalam kajian ini sekali lagi menekankan kedudukan PMKS sebagai segmen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang secara signifikan kepada trajektori pertumbuhan Malaysia.
Deretan gerai berhampiran Plaza TAR terbakar
Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian mendapati api sedang marak di deretan gerai berkenaan.
[Data & Statistik] Indeks Sentimen Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
Trend peningkatan Indeks Sentimen PKS mencerminkan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik, jangkaan jualan yang kukuh serta perancangan yang diperbaharui untuk pengembangan dan penciptaan peluang pekerjaan.
Strategi Malaysia mendepani dasar luar jangka era Trump
Rantau Asia terutama ASEAN dilihat berada pada kedudukan paling stabil terutama dari segi pertumbuhan ekonomi, geopolitik dan keselamatan pada ketika ini. Bagaimana Malaysia harus respond kepada perang dagang 2.0 antara AS-China yang mungkin memuncak?
UCI setuju Pusat Kecemerlangan BMX Asia di Malaysia, Johor jadi pilihan PKBM
Amarjit berkata, perancangan penubuhan pusat serantau itu di Johor sudah dibincangkan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif UCI dua minggu lepas.
Olimpik Paris 2024: Shah Firdaus mara ke suku akhir acara keirin
Shah Firdaus Sahrom, berjaya mara ke suku akhir acara keirin di Sukan Olimpik Paris 2024 dalam perlumbaan di Velodrom Nasional Perancis sebentar tadi.
Misi Haji 2024: Kayuhan suci ke Haramain dari Kuala Lumpur
Perjalanan 12,000 kilometer mereka melalui jalan darat memakan masa tujuh bulan merentasi tujuh negara.
Ramsay tunjuk lebam pada badan, ingatkan untuk pakai topi keledar ketika berbasikal
Jika tidak memakai topi keledar, Gordon Ramsay merasakan kemalangan itu mungkin meragut nyawanya.
Malaysia rangkul perak pecut berpasukan lelaki, wanita
Skuad negara merangkul perak acara pecut berpasukan lelaki dan wanita pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023 di New Delhi.
Anggota bomba, pengawal keselamatan maut nahas jalan raya
Kemalangan itu melibatkan motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang ditunggang anggota bomba terbabit dan basikal.
LTdL 2023: Skuad kebangsaan intai jersi putih
Skuad berbasikal kebangsaan menyasarkan untuk menyambar jersi putih (pelumba terbaik Asia) pada perlumbaan jelajah berbasikal berprestij di Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023, bermula Sabtu ini.
China ada 200 juta basikal untuk kegunaan setiap hari - Persatuan basikal
Penduduk bandar Cina menunggang basikal atau kenderaan dua roda berkuasa elektrik sekitar 30 daripada 100 kali perjalanan mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut dilanggar MPV
Ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa yang menaiki basikal dipercayai secara tiba-tiba melintas dari kiri ke kanan jalan.
Sukan SEA: Malaysia pertahan emas berbasikal lebuh raya
Pelumba negara Nur Amirull Fakhruddin Mazuki meneruskan rentak cemerlang apabila merangkul pingat emas acara lepas beramai-ramai elit lelaki pada Sukan SEA 2023.