KUALA LUMPUR: Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) bakal menganjurkan kejohanan dalaman pada awal bulan depan bagi memilih peserta negara ke Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam, November ini.
Presidennya Datuk Ayub Rahmat berkata, pihaknya telah menyenaraikan 38 atlet iaitu 11 daripada Program Podium, dua daripada skuad pelapis negara dan 25 daripada skuad negeri untuk bersaing dalam kejohanan tersebut bagi mendapatkan kedudukan terbaik supaya melayakkan diri ke dalam skuad negara.
Beliau menegaskan bahawa 13 atlet kebangsaan sedia ada turut tidak ketinggalan daripada ujian bagi menentukan mereka mampu mengekalkan kedudukan atau sebaliknya pada kejohanan itu.
"Melalui bimbingan daripada barisan jurulatih yang ada sekarang, saya mengharapkan atlet negara dapat melakukan yang terbaik dalam kejohanan tersebut," Bagaimanapun, barisan jurulatih negara telah menyiapkan perancangan bagi menghadapi Sukan SEA," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Dua pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2018, Muhammad Azroy Hazalwafie Izhar Ahmad bagi kategori 56 kilogram (kg) dan Muhamad Aznil Bidin (62kg), serta Muhammad Erry Hidayat (73kg) antara atlet kebangsaan yang disenaraikan.
Selepas Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF) melarang badang negara menyertai Sukan Olimpik Tokyo pada Julai ini kerana kesalahan doping masa lalu, Ayub berkata pihaknya sedang menyusun perancangan untuk membaiki prestasi atau sekurang-kurangnya mengekalkan dua emas pada Sukan Komanwel 2022 di Brimingham, England.
Sementara itu, Ayub berkata PABM juga telah menyalurkan sumbangan kecemasan kepada isteri bekas jaguh angkat berat negara, Muhamad Hidayat Hamidon bagi meringankan beban yang dihadapi keluarga beliau.
"PABM juga sedang meneliti dan akan membuat tindakan lanjut selepas menerima laporan kesihatan beliau dari pihak hospital. PABM sentiasa prihatin dan menjaga kebajikan bekas atlet negara dan pegawai teknikal.
"Bantuan akan diberikan kepada yang memerlukan bukan sahaja melalui kewangan, tetapi melalui kursus dan bengkel perniagaan dan keusahawanan bagi membantu mereka memperoleh pendapatan bulanan dengan sokongan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) dan badan korporat yang lain," jelasnya.
Hidayat, pemenang pingat emas Sukan Komanwel 1998 dan bekas jurulatih negara, dilaporkan dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) dua hari lalu akibat masalah jantung.
--BERNAMA
Bernama
Mon Mar 15 2021

13 atlet kebangsaan sedia ada turut tidak ketinggalan daripada ujian bagi menentukan mereka mampu mengekalkan kedudukan atau sebaliknya. - Gambar hiasan
Pengajian tinggi percuma diperluas kepada UiTM Sarawak
Tidak lagi terhad kepada institusi milik kerajaan Sarawak, inisiatif pendidikan tinggi percuma akan diperluaskan kepada warga Sarawak di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) lain di negeri itu.
2,000 anggota APM diatur gerak ke Sabah, Sarawak
Seramai 2,000 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di negeri Sabah dan Sarawak terlibat dalam kerja menyelamat dan membantu penduduk yang terjejas banjir.
LKIM digesa lebih proaktif bantu nelayan di Kalabakan
Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy menggesa Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) supaya lebih proaktif membantu nelayan, khususnya dalam memastikan mereka menerima bantuan yang disediakan oleh kerajaan.
Penolong pegawai perubatan bakal diberi kuasa keluar preskripsi ubat asas
Penolong Pegawai Perubatan akan diberi kuasa untuk mengeluarkan preskripsi bagi ubat-ubatan asas dalam rawatan penyakit ringan.
Jumlah PPS di Sabah meningkat, Tenom rekod peningkatan mangsa
Pertambahan jumlah mangsa banjir di negeri ini menjadikan jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 24 pusat.
NADMA diminta perkemas kekuatan, pastikan bantuan disalurkan
Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta NADMA memperkemas penyelarasan kekuatan jentera persekutuan dan negeri bagi memastikan bantuan dapat disalurkan secara berterusan.
Semua PPS ditutup, semua penduduk pulang
Banjir di utara Sarawak telah pulih sepenuhnya dengan keempat-empat PPS yang dibuka sebelum ini ditutup.

JIM Kuala Lumpur serbu dua klinik tawar pembedahan kosmetik dikendali warga asing
Serbuan itu turut disertai pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur.

Banjir: Pekan Beaufort terjejas teruk, penduduk sukar dapatkan barangan keperluan
Banjir berkenaan mengakibatkan jalan raya kini hanya boleh dilalui kenderaan berat dan perkhidmatan kereta api terputus.

774 Penolong Pegawai Perubatan bakal ditawar jawatan tetap seawal April 2025
Sebanyak 774 Penolong Pegawai Perubatan (PPP) lantikan kontrak fasa enam dan tujuh akan ditawarkan jawatan tetap seawal bulan hadapan.

PABM tidak puas hati pencapaian pelapis kebangsaan di SUKMA 2024
Sembilan rekod kebangsaan mungkin telah diperbaharui di pentas SUKMA 2024 yang berakhir semalam dan pencapaian ini sepatutnya menjadi khabar gembira buat PABM.

Program RTG: Status Aznil, Aniq masih jadi tanda tanya
Setakat ini ada maklum balas positif daripada pihak pengurusan Road to Gold dan berharap permohonan diluluskan secepat mungkin.

Dua pemenang pingat angkat berat Sukma ke-20 positif doping
Dua pemenang pingat acara angkat berat pada Sukan Malaysia (Sukma) 2022 disahkan positif bahan terlarang jenis 'anabolic androgenic steroid' oleh Agensi Anti-Dadah Malaysia (Adamas).

Masih ada peluang kedua buat badang negara 'sangkut' doping - PABM
Atlet berkenaan mesti membuktikan prestasi diri dan tahap disiplin mereka berada pada tahap cemerlang selepas bebas isu doping.

Sukma: Tindakan PABM harus dihormati - MOM
PABM mempunyai kuasa autonomi membuat ketetapan berhubung kesalahan berkaitan isu doping tersebut.

PABM mahu jumpa KBS, MSN
Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) bersedia untuk bersemuka dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN).

Angkat Berat Dunia: Aznil tempah tiket Sukan Komanwel Birmingham
Aznil beraksi dalam kategori 61 kg, Kejohanan Dunia di Uzbekistan untuk muncul sebagai atlet negara kedua meraih pingat emas.

Dua atlet angkat berat positif doping digantung serta-merta - PABM
PABM akan memberikan kerjasama penuh kepada panel pendengaran serta siasatan yang akan ditubuhkan dan dilaksanakan sepenuhnya oleh Adamas.

Selepas kisah Hidilyn: Potensi akademi angkat berat di Melaka semakin cerah
Berita gembira disampaikan oleh Tun Mohd Ali Mohd Rustam ketika meluangkan masa membuat kunjungan ke garaj terbukadi rumahnya hari ini.

Sukan SEA: Badang negara dipilih menerusi kejohanan dalaman April ini
13 atlet kebangsaan sedia ada turut tidak ketinggalan daripada ujian bagi menentukan mereka mampu mengekalkan kedudukan atau sebaliknya.