Dengan 402 pingat emas ditawarkan dalam 39 acara sukan, kontinjen Malaysia terdiri daripada 909 atlet dan pegawai menggalas tugas berat untuk mencapai sasaran khas meraih 56 peratus pingat pada temasya dwitahunan itu.
Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA Singapura diketuai oleh Ketua Kontinjen Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria.
Pada temasya kali ini, atlet negara bakal menyertai acara memanah, akuatik (renang, renang seirama, terjun dan polo air), olahraga, badminton, bola keranjang, tenpin boling, tinju, kenu, snuker dan biliard, berbasikal, ekuestrian, bola sepak, lawan pedang, floorball, golf, gimnastik, hoki, judo, bola jaring, petanque, mendayung, ragbi, pelayaran, sepak takraw, menembak, silat, sofbol, skuasy, ping pong, taekwondo, tenis, triathlon, bola tampar, ski air dan wushu.
Walaupun temasya sukan itu akan dibuka secara rasmi pada Jumaat, Malaysia sudah memenangi satu pingat perak dan dua gangsa menerusi acara renang seirama, ping pong dan lawan pedang.
Pingat perak diraih pasukan renang seirama dalam acara berpasukan rutin bebas, manakala pingat gangsa oleh Ho Ying-Lee Rou You dalam acara ping pong (beregu wanita) dan Yu Peng Kean dalam lawan pedang (sabre individu lelaki).
Pada Sukan SEA 2013 di Myanmar, Malaysia memenangi 43 pingat emas, 38 perak dan 77 gangsa untuk menduduki tempat kelima keseluruhan.
Skuad bola sepak Harimau Muda A (Bawah 23 Tahun), bagaimanapun mempunyai misi khas pada temasya kali ini.
Harapan menggunung peminat bola sepak tanah air terhadap anak buah Datuk Ong Kim Swee adalah merampas kembali 'ibu segala pingat' pada temasya itu dalam acara bola sepak.
Malaysia meraih pingat emas berturut-turut dalam acara bola sepak pada temasya dwitahunan itu di Laos (2009) dan Jakarta (2011), namun gagal membawa pulang sebarang pingat pada temasya di Myanmar selepas tumpas 1-2 kepada Singapura pada aksi penentuan tempat ketiga dan keempat.
Pada temasya kali ini, Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama juara bertahan Thailand, Vietnam, Timor Leste, Laos dan Brunei.
Skuad B-23 kebangsaan itu berdepan tugas sukar di Singapura apabila pemain tengah Muhamad Nazmi Faiz Mansor dikenakan penggantungan enam perlawanan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) akibat kesalahan meludah pemain Timor Leste pada aksi pembukaan Kumpulan B di Stadium Bishan, Singapura, Sabtu lepas.
Keputusan penggantungan enam perlawanan terhadap Nazmi itu diputuskan oleh Jawatankuasa Disiplin AFC.
Berikutan penggantungan itu, khidmat pemain dari Selangor itu pada temasya di Singapura sudah berakhir.
Skuad Harimau Muda kini berada di tempat keempat dalam Kumpulan B dengan tiga mata selepas kemenangan 1-0 ke atas Timor Leste sebelum diaibkan 1-5 oleh Vietnam pada perlawanan kedua. Mereka akan berdepan Thailand pada perlawanan ketiga kumpulan, petang ini.
Mengikut format, hanya dua pasukan terbaik daripada setiap kumpulan mara ke separuh akhir.
Bagi tuan rumah Singapura, mereka menyasarkan 50 pingat emas pada temasya itu bersempena dengan Ulang Tahun ke-50 kemerdekaan negara berkenaan dan jika memenangi lebih daripada sasaran itu akan menjadi bonus kepada mereka.
Singapura meraikan Hari Kemerdekaan pada 9 Ogos.
Sukan SEA kembali diadakan di Singapura pada 2015, iaitu selepas 22 tahun negara berkenaan menjadi tuan rumah temasya tersebut.
Singapura pernah menjadi tuan rumah Sukan SEA pada 1973, 1983 dan 1993.
Menjadi tuan rumah temasya itu memberi peluang terbaik kepada Singapura untuk memperkukuhkan lagi keamanan dan persahabatan dalam kalangan negara-negara jiran di rantau ini.
Dengan tema 'Meraikan Kelainan', temasya di Singapura itu memberi peluang kepada setiap individu atau atlet untuk mengejar impian masing-masing untuk bergelar yang terbaik.
Astro Arena
Fri Jun 05 2015

Malaysia sudah memenangi satu pingat perak dan dua gangsa menerusi acara renang seirama, ping pong dan lawan pedang. - Gambar Fail

Usaha beri penekanan pelajar asrama penuh sertai STEM penting untuk capai sasaran 60,000 jurutera
Usaha memberikan penekanan supaya 70 peratus pelajar di sekolah berasrama penuh memilih aliran STEM adalah penting untuk mencapai sasaran 60,000 jurutera diperlukan.
Ekonomi: Kabinet UK gesa Reeves fikir semula pemotongan perbelanjaan
Dengan latar belakang pertumbuhan yang tidak stabil, Reeves cuba untuk memastikan perbelanjaan kerajaan tidak melebihi pendapatan bagi memenuhi peraturan bahawa perbelanjaan semasa mesti dibayar daripada resit cukai.
Tenaga kerja: Hakim arah Trump kembalikan semula ribuan pekerja yang dipecat
Keputusan itu merupakan tamparan paling hebat terhadap usaha Trump dan penasihat tertinggi, Elon Musk untuk mengecilkan birokrasi persekutuan secara drastik.

Warga emas ditemukan maut, dipercayai dibunuh
Mayat warga emas dipercayai dibunuh ditemukan di sebuah rumah di Kampung Baru Puchong, Selangor, semalam.
Ekonomi Singapura: Kadar pasaran wang merosot di sebalik peralihan dasar
Purata Kadar Semalaman Singapura (SORA), standard de facto untuk produk pinjaman negara itu, jatuh kepada 2.08% minggu ini, terendah sejak 2022.
Pasaran global: Rakuten Trade kekalkan sasaran FBM KLCI pada 1,730
Ia susulan penjajaran semula pasaran global memandangkan pelabur menyesuai dengan penyederhanaan berterusan di Wall Street.
Pantau Agenda Reformasi: Mampukah aura Faisal Halim naikkan semangat Harimau Malaya
Bersama Mohd Sadek Mustaffa, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM membincangkan tentang, mampukah aura Faisal Halim naikkan semangat Harimau Malaya.

Putin sokong gencatan senjata 30 hari
Presiden Rusia Vladimir Putin pada Khamis berkata beliau menyokong gencatan senjata selama 30 hari dalam konflik Ukraine yang dicadangkan oleh Amerika Syarikat (AS).
Pengerusi Matrade: Khidmat Reezal Merican disambung 2 tahun lagi
MATRADE berkata pelanjutan tempoh perkhidmatan itu berdasarkan kejayaan cemerlang yang telah dicapai di bawah kepimpinan Reezal Merican sejak kali pertama dilantik sebagai pengerusi pada April 2023.
Prospek sektor utiliti kekal cerah
Ini kerana permintaan elektrik oleh pusat data diperlukan untuk menyokong peningkatan berterusan dalam infrastruktur penghantaran dan pengedarannya.

Sukan SEA: Atlet Malaysia galas misi khas
Kontinjen Malaysia ke Singapura mempunyai misi khas untuk disempurnakan pada Sukan SEA ke-28 yang akan membuka tirai secara rasmi esok.