Sukan SEA ke-30 di Filipina, November ini, akan menjadi salah satu asas penilaian untuk atlet negara membuktikan kemampuan mereka untuk terus kekal dalam Program Podium pada tahun depan.
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail, berkata, pihaknya bersama Institut Sukan Negara (ISN) telah membuat pemantauan fasa kedua bagi atlet program podium sejak Jun lepas, dan pemantauan berkenaan akan diteruskan sehingga Sukan SEA 2019.
"Kita telah buat penilaian untuk enam bulan pertama, dan penilaian enam bulan seterusnya sehingga Disember ini.
"Pencapaian sepanjang tahun ini akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Pemandu dan Kawalan Atlet Prestasi Tinggi yang dipengerusikan Menteri Belia dan Sukan (Syed Saddiq Syed Abu Bakar," katanya, pada sidang media di sini, pada Sabtu.
Sebanyak 526 atlet normal kebangsaan kini di bawah Program Podium yang dikelolakan oleh MSN.
Dalam pada itu, Ahmad Shapawi berkata jumlah saiz kontinjen negara ke Sukan SEA Filipina bukan menjadi pengukur untuk meramalkan jumlah pungutan pingat.
Malah, katanya, hampir 400 atlet yang layak di bawah kategori A, dengan perbelanjaan sepenuh ditanggung oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM), diharap menyumbang sekurang-kurangnya pingat gangsa manakala atlet kategori B yang tidak layak secara merit tetapi diberi peluang, perlu membuktikan bahawa pelaburan terhadap mereka berbaloi.
MOM dijangka menghantar kontinjen terbesar di luar Kuala Lumpur selepas Sukan SEA Korat 2007 dengan jangkaan 1,200 atlet dan pegawai.
Pada Sukan SEA Korat, Malaysia menyenaraikan 820 atlet dan 294 pegawai, sekali gus menjadi jumlah terbesar yang pernah dihantar di luar Malaysia.
Ahmad Shapawi menegaskan agak mustahil untuk Malaysia mempertahankan gelaran juara keseluruhan temasya Sukan SEA di Filipina memandangkan tuan rumah menggugurkan beberapa acara yang menjadi lubuk emas kepada kontinjen Malaysia sebelum ini.
Sementara itu, MSN telah menjalin kerjasama dengan syarikat pengeluar roti antarabangsa, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi program penyelidikan, pendidikan dan pemakanan atlet.
Ahmad Shapawi menandatangani perjanjian bagi pihak MSN manakala UKM dan GBKL, masing-masing diwakili oleh Dekan Fakulti Kesihatan Sains UKM, Prof Dr Suzana Shahar dan Pengurus Besar (Pemasaran dan Perhubungan Awam GBKL, Hazlinah Harun.
Sukan gimnastik menjadi atlet perintis kepada program kerjasama berkenaan dan ia dijangka diperluaskan kepada sukan lain sekiranya ia memberi kesan efektif kepada atlet gimnastik negara.
Sukan SEA 2019 akan berlangsung dari 30 Nov hingga 11 Dis ini dengan melibatkan 56 acara di tiga kluster, iaitu Manila, Clark dan Subic.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 28 2019
![Sukan SEA 2019 salah satu asas penilaian atlet Program Podium Sukan SEA 2019 salah satu asas penilaian atlet Program Podium](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/51561570799_TbMSN.jpg)
AHMAD SHAPAWI: Jumlah saiz kontinjen negara ke Sukan SEA Filipina bukan menjadi pengukur untuk meramalkan jumlah pungutan pingat. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Pembangunan sukan lebih penting berbanding jadi hos sukan Komanwel 2026 Pembangunan sukan lebih penting berbanding jadi hos sukan Komanwel 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41692863343_ShapawiIsmail.jpg)
Pembangunan sukan lebih penting berbanding jadi hos sukan Komanwel 2026
Shapawi mengalu-alukan hasrat kerajaan untuk beri tumpuan kepada pembangunan sukan selepas menolak menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026.
![Abdul Rashid dilantik Ketua Pengarah MSN baharu Abdul Rashid dilantik Ketua Pengarah MSN baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81698825844_AbdulRashid.jpg)
Abdul Rashid dilantik Ketua Pengarah MSN baharu
Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Majlis Sukan Negara (MSN) Abdul Rashid Yaakub dilantik sebagai Ketua Pengarah MSN yang baharu berkuat kuasa hari ini.
![Penganjur dedah punca insiden van bawa pelumba LTdL terbabas Penganjur dedah punca insiden van bawa pelumba LTdL terbabas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61695679477_LeTourdeLangkawi.jpg)
Penganjur dedah punca insiden van bawa pelumba LTdL terbabas
Kemalangan berlaku selepas pemandu hilang kawalan di satu selekoh selepas terlajak daripada starting line di UMK Jeli.
![MSN pertimbang Karnival Sukan Wanita sebagai acara tahunan MSN pertimbang Karnival Sukan Wanita sebagai acara tahunan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694037096_HannahYeoh.jpg)
MSN pertimbang Karnival Sukan Wanita sebagai acara tahunan
Pihak MSN terharu apabila karnival yang diadakan buat julung kalinya pada tahun ini mendapat sambutan menggalakkan, daripada semua negeri.
![MSN terima jaminan penajaan LTdL 2023 mencukupi - Ahmad Shapawi MSN terima jaminan penajaan LTdL 2023 mencukupi - Ahmad Shapawi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41692863343_ShapawiIsmail.jpg)
MSN terima jaminan penajaan LTdL 2023 mencukupi - Ahmad Shapawi
Majlis Sukan Negara (MSN) selaku penganjur Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 mengesahkan telah mendapatkan jaminan bahawa penajaan mencukupi untuk memastikan penganjuran perlumbaan itu.
![Atlet profesional turut layak dapat sokongan program Gold Paris - Shapawi Atlet profesional turut layak dapat sokongan program Gold Paris - Shapawi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41674139355_TbMSN.jpg)
Atlet profesional turut layak dapat sokongan program Gold Paris - Shapawi
Atlet bergerak secara profesional turut diberikan sokongan dan bantuan terbaik menerusi program Gold Paris dalam merealisasikan kilauan emas pertama negara di Sukan Olimpik Paris 2024.
![Bajet 2023: Balas kepercayaan dengan prestasi membanggakan - KP MSN Bajet 2023: Balas kepercayaan dengan prestasi membanggakan - KP MSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61662136928_TbMSN.jpg)
Bajet 2023: Balas kepercayaan dengan prestasi membanggakan - KP MSN
Majlis Sukan Negara (MSN) menuntut atlet negara membalas kepercayaan kerajaan yang menyediakan peruntukan RM154 juta bagi pembangunan sukan dengan mempamerkan prestasi dan disiplin yang baik.
![Malaysia belum bersedia wujud industri sukan negara - Persidangan Malaysia belum bersedia wujud industri sukan negara - Persidangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71665094861_SukandanSainspada.jpg)
Malaysia belum bersedia wujud industri sukan negara - Persidangan
Ahmad Shapawi berkata, mengasaskan industri sukan terlebih dahulu perlu kelengkapan ekosistem.
![Tidak timbul isu pemenang pingat Komanwel sertai Sukma - KP MSN Tidak timbul isu pemenang pingat Komanwel sertai Sukma - KP MSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61662136928_TbMSN.jpg)
Tidak timbul isu pemenang pingat Komanwel sertai Sukma - KP MSN
Tidak timbul sebarang isu di sebalik pemenang pingat di temasya sukan berprestij seperti Sukan Komanwel menyertai Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 yang akan membuka tirai Sabtu ini.
![Atlet paralimpik mampu hasilkan keputusan luar biasa di Paris Atlet paralimpik mampu hasilkan keputusan luar biasa di Paris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61663122612_DatukAhmadShapawi.jpg)
Atlet paralimpik mampu hasilkan keputusan luar biasa di Paris
Keyakinan itu hadir berdasarkan pencapaian dan prestasi kontinjen para negara dalam dua temasya di Rio 2016 dan Tokyo 2020 sebelum ini.