Malaysia akhirnya berjaya meraih kilauan emas pada Sukan Para Asia 2018, menggondol tujuh emas hari ini untuk menduduki tangga ketujuh dalam senarai kedudukan pingat setakat hari keempat temasya sukan itu.
Atlet Siti Noor Lasah meraih pingat emas pertama negara menerusi acara 400m T20, sebelum Nasharuddin Mohamed turut meraih emas bagi acara sama untuk kategori lelaki.
Bagai mendapat suntikan semangat daripada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang sempat menjenguk para atlet di Kompleks Sukan Gelora Bung Karno sekalipun padat dengan jadual dalam rangka kerja seharinya ke Jakarta, kontinjen Malaysia kemudiannya meraih lima lagi emas dalam acara basikal, atletik dan tenpin boling.
Pelumba basikal para negara, Nur Azlia Mohd Zaid meraih emas bagi acara lebuh raya kategori B, manakala Zuhairie Ahmad Tarmizi meraih emas untuk acara perlumbaan lebuh raya kategori C5 Lelaki yang berlangsung di Sentul, Bogor.
Malaysia turut meraih emas menerusi Abu Bakar Nyat bagi acara Perseorangan Campuran TPB9 tenpin boling dan menerusi jaguh paralimpik Rio 2016, Mohamad Ridzuan Mohamad Fuzi meraih emas bagi acara lari 100m T36 serta jaguh paralimpik, Mohd Latif Romly dalam acara lompat jauh kategori T20.
Wan Azizah ketika berucap ringkas dalam menyemarakkan semangat Malaysia Boleh! kepada atlet Malaysia berharap mereka terus berusaha kuat bagi mencapai sasaran 15 pingat, jumlah sama yang dimenangi Malaysia pada Sukan Para Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan.
Hari keempat Sukan Para Asia 2018 itu hari ini, Malaysia turut meraih dua lagi pingat perak dan lapan gangsa, dan kini memungut 7 emas, 8 perak dan 12 gangsa, dengan China terus mengungguli di kedudukan pertama dengan 77 emas, 33 perak dan 29 gangsa.
Sukan Para Asia yang dirasmikan Presiden Indonesia Joko Widodo pada 6 Okt, berlangsung sehingga 13 Okt ini disertai 43 negara.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 09 2018
![Sukan Para Asia: Malaysia raih tujuh emas Sukan Para Asia: Malaysia raih tujuh emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/41539096082_PARAGAMES.jpg)
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bergambar bersama atlet negara ketika hadir bagi melawat kontinjen negara sempena Temasya Sukan Para Asia 2018 di Gelora Bung Karno Istora hari. - Foto BERNAMA
![Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720353476_ZaidiAttan.jpg)
Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival
Persembahan Teater Hikayat Hang Tuah di Encore Melaka antara tarikan Melaka Heritage Festival 2024 yang dijadual diadakan di sekitar Banda Hilir pada 12 hingga 14 Julai ini.
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Lebih 842,000 kenderaan dijangka keluar dari metro Jakarta sempena Aidiladha Lebih 842,000 kenderaan dijangka keluar dari metro Jakarta sempena Aidiladha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718345868_JAKARTA.jpg)
Lebih 842,000 kenderaan dijangka keluar dari metro Jakarta sempena Aidiladha
Peningkatan aliran keluar trafik dijangka 25.53 peratus berbanding trafik biasa, mencapai jumlah keseluruhan 670,913 kenderaan.
![Demonstrasi di depan kedutaan AS di Jakarta nyatakan sokongan untuk Palestin Demonstrasi di depan kedutaan AS di Jakarta nyatakan sokongan untuk Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717235966_solidarity.jpg)
Demonstrasi di depan kedutaan AS di Jakarta nyatakan sokongan untuk Palestin
Ribuan individu berkumpul di luar Kedutaan Amerika Syarikat di Jakarta Pusat menuntut keadilan dan tindakan sokongan untuk Palestin.
![Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712819824_GempaBumiGeneric.jpg)
Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
![Lelaki tunggang basikal 700km untuk 'mudik' beraya di kampung Lelaki tunggang basikal 700km untuk 'mudik' beraya di kampung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713156605_basikal.jpg)
Lelaki tunggang basikal 700km untuk 'mudik' beraya di kampung
Seorang lelaki boleh dianggap 'kurang waras' apabila mengayuh basikal untuk balik kampung sejauh hampir 700 kilometer demi menyambut Aidilfitri.
![Aidilfitri di Indonesia disambut meriah, turut dirasai warga Malaysia Aidilfitri di Indonesia disambut meriah, turut dirasai warga Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712741434_TBIndonesia.jpg)
Aidilfitri di Indonesia disambut meriah, turut dirasai warga Malaysia
Umat Islam di Indonesia hari ini bergembira meraikan Hari Raya Aidilfitri yang mempertemukan keluarga dan sahabat handai dalam semangat kemesraan, kemaafan dan kebersamaan.
![Jutaan penduduk Jakarta mula mudik ke kampung halaman untuk Aidilfitri Jutaan penduduk Jakarta mula mudik ke kampung halaman untuk Aidilfitri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712632703_EidalFitrjakarta.jpg)
Jutaan penduduk Jakarta mula mudik ke kampung halaman untuk Aidilfitri
Dianggarkan sekitar 193 juta penduduk bergerak menuju ke destinasi masing-masing susulan cuti perayaan yang panjang tahun ini.
![Aidilfitri: Perantau Jakarta ditawar mudik naik kapal perang Aidilfitri: Perantau Jakarta ditawar mudik naik kapal perang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711378873_TBTNI.jpg)
Aidilfitri: Perantau Jakarta ditawar "mudik" naik kapal perang
Perantau di ibu kota Jakarta berpeluang 'mudik' atau balik kampung di wilayah Pulau Jawa sempena Aidilfitri tahun ini menaiki kapal perang secara percuma.
![3,929 anggota keselamatan ditugaskan lindungi keselamatan di lokasi demonstrasi Jakarta 3,929 anggota keselamatan ditugaskan lindungi keselamatan di lokasi demonstrasi Jakarta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709637487_TBanggotakeselamata.jpg)
3,929 anggota keselamatan ditugaskan lindungi keselamatan di lokasi demonstrasi Jakarta
Pihak berkuasa Jakarta menugaskan 3,929 anggota keselamatan untuk mengawasi demonstrasi berkaitan Pilihan Raya Umum 2024 di hadapan Kompleks Parlimen di Tanah Abang, Jakarta Pusat pada Selasa.
![Tunjuk perasaan di Jakarta bantah kemenangan awal Prabowo Tunjuk perasaan di Jakarta bantah kemenangan awal Prabowo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708042992_tbprotestindo.jpg)
Tunjuk perasaan di Jakarta bantah kemenangan awal Prabowo
Aktivis hak asasi manusia di Jakarta mengadakan tunjuk perasaan membantah kemenangan Prabowo Subianto dalam pilihan raya presiden pada Khamis.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702135893_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.