JAKARTA: Ribuan individu yang mengenakan pakaian putih dan hitam sebagai simbol solidariti, berkumpul di luar Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Jakarta Pusat pada Sabtu, menuntut keadilan dan tindakan sokongan untuk Palestin.


Ringkasan AI
  • Ribuan orang berkumpul di luar Kedutaan Amerika Syarikat di Jakarta Pusat, menuntut keadilan dan sokongan untuk Palestin.
  • Demonstrasi ini dianjurkan oleh Koalisi Indonesia Bela Baitulmuqaddis (KIBBM) dengan tema Seluruh Mata Tertumpu pada Rafah.
  • Ketua KIBBM, Bachtiar Nasir, menyeru campur tangan antarabangsa untuk kemerdekaan Palestin dan menggesa orang ramai menghidupkan semula boikot produk Israel yang dilihat berkurangan sejak akhir-akhir ini.


Demonstrasi yang dianjurkan oleh Koalisi Indonesia Bela Baitulmuqaddis (KIBBM) dengan tema, "Seluruh Mata Tertumpu pada Rafah", bermula pada pukul 6 pagi waktu tempatan.

Dalam ucapannya, Ketua KIBBM, Bachtiar Nasir, mengkritik Kerajaan Israel dan Amerika Syarikat atas serangan maut rejim Zionis di Rafah baru-baru ini.

Beliau menyeru campur tangan antarabangsa yang segera untuk kemerdekaan Palestin.

Bachtiar juga menggesa orang ramai untuk menghidupkan semula boikot produk Israel yang telah berkurangan sejak akhir ini.

Sekurang-kurangnya 1,120 anggota keselamatan dikerahkan untuk memastikan demonstrasi berjalan dengan aman, yang berakhir sekitar pukul 10 pagi.

Sementara itu, dalam satu majlis di Riau yang disiarkan secara langsung di platform media sosial, Presiden Joko Widodo menyentuh isu Palestin.

Beliau menegaskan komitmen Indonesia terhadap dasar berkecuali yang aktif dalam urusan antarabangsa dan sokongan untuk usaha kemerdekaan semua negara, termasuk Palestin, sambil berusaha untuk keamanan dunia.

-- BERNAMA