BIRMINGHAM: Hasrat untuk melihat kilauan pingat emas dijelmakan dalam acara beregu skuasy wanita pada Sukan Komanwel 2022 Birmingham tidak kesampaian apabila dua wakil negara terkandas di peringkat separuh akhir hari ini.
Beregu utama wanita negara Aifa Azman-Rachel Arnorld terpaksa akur kepada gandingan England Sarah-Jane Perry dan Alison Waters 1-2 di Pusat Skuasy dan Hoki, Universiti Birmingham di sini.
Pasangan negara bermula baik apabila mencatat kemenangan 11-8 pada set pertama namun gagal meneruskan momentum di set kedua sebelum tumpas 6-11 kepada gandingan tuan rumah itu.
Pada set penentuan, gandingan Malaysia berusaha memberi tentangan setelah ketinggalan di awal permainan namun usaha mereka tidak berhasil apabila kecundang 9-11.
Terdahulu, satu lagi pasangan negara Chan Yi Wei-Noor Ainaa Amani Ampandi gagal menyaingi juara bertahan Joelle King-Amanda Landers-Murphy dari New Zealand apabila tumpas 0-2 (9-11, 7-11).
Namun sedikit keceriaan bagi kem skuasy negara apabila satu gangsa sudah pasti selepas kedua-dua pasangan Malaysia itu akan bertarung dalam perlawanan penentuan tempat ketiga, esok.
Ketika ditemui pemberita, Aifa berkata walaupun gagal mara ke peringkat akhir, beliau tetap berpuas hati apabila berjaya melangkah ke separuh akhir dalam penampilan pertamanya di temasya sukan itu.
"Kita bermain seperti biasa (walaupun berdepan wakil tuan rumah), tiada tekanan... Walaupun pertarungan yang sukar, kita memberi tentangan kepada mereka sehingga ke akhir permainan," kata pemain berusia 20 tahun itu.
Rachel pula berkata walaupun baru digandingkan kira-kira empat minggu lepas, mereka mampu membentuk keserasian dalam tempoh singkat bagi menghadapi temasya kali ini.
Sebelum ini, Rachel sepatutnya bergandingan dengan S. Sivasangari namun pemain berasal dari Sungai Petani, Kedah itu terbabit dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Express Maju (MEX) pada Jun lepas.
Kemalangan itu menyaksikan Sivasangari perlu berehat sekurang-kurangnya tiga bulan untuk sembuh sepenuhnya sebelum dapat kembali ke gelanggang dan Aifa dipilih bergandingan dengan Rachel pada temasya kali ini.
Sementara itu, pasangan negara Ng Eain Yow-Ivan Yuen turut berdepan nasib sama apabila kecundang dalam saingan empat beregu lelaki terbaik.
Gandingan negara yang diletakkan sebagai pilihan kelima-kelapan gagal mencipta kejutan apabila tumpas 1-2 kepada pilihan utama James Willstrop-Declan James.
Pasangan Malaysia menampilkan aksi cemerlang pada set pembukaan dengan kemenangan 11-5 sebelum tumpas dengan mata yang sama kepada gandingan tuan rumah.
Di set ketiga dan penentuan, gandingan Malaysia itu gagal bangkit apabila tewas 8-11.
Pada aksi penentuan pingat gangsa esok, Eain Yow-Ivan akan berdepan Greg Lobban-Rory Stewart dari Scotland.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 07 2022

Beregu utama wanita negara Aifa Azman-Rachel Arnorld terpaksa akur kepada gandingan England Sarah-Jane Perry dan Alison Waters 1-2. - Gambar/ Bernama

Hati-hati! Scammer guna akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor
Royal Press Office menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

Seorang maut, 5 cedera dalam insiden tembakan di hospital Pennsylvania
Suspek bersenjatakan pistol ketika memasuki Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Memorial UPMC sebelum menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan.
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
Difahamkan penganjuran program selama dua hari pada 22 dan 23 Februari itu turut melibatkan beberapa peniaga yang turut diperdaya penganjur.

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya

Dhabitah optimis mampu beraksi pelbagai acara terjun
Atlet terjun wanita negara Nur Dhabitah Sabri optimis mampu menggalas tugas beraksi dalam pelbagai acara bagi sukan terjun di kejohanan akan datang.

Sukan Komanwel: Suasana meriah sambut kepulangan skuad gimrama negara
KLIA bergema dengan tepukan gemuruh peminat sukan apabila menerima ketibaan barisan atlet gimrama kebangsaan yang berjaya mengharumkan nama negara di Sukan Komanwel Birmingham.

Sukan Komanwel: Tiada kilauan emas acara beregu skuasy wanita
Hasrat untuk melihat kilauan pingat emas dijelmakan dalam acara beregu skuasy wanita pada Sukan Komanwel 2022 Birmingham tidak kesampaian.

Sukan Komanwel: Aaron-Wooi Yik kandas di separuh akhir
PASANGAN beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, gagal mengikut jejak rakan senegara ke final Sukan Komanwel Birmingham, sebentar tadi.

Kedah pertimbang angkat Muhamad Aznil jadi Ikon Kemerdekaan
Kerajaan Kedah akan mempertimbangkan untuk menobatkan atlet angkat berat kelahiran negeri itu, Muhamad Aznil Bidin sebagai Ikon Kemerdekaan Kedah sempena sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini.

Sukan Komanwel: Pearly Tan-M Thinaah melangkah ke final
Pearly Tan-M Thinaah, mara ke final apabila menundukkan wakil India, Treesa Jolly-Gayatri Gopichand Pullela, dalam saingan Sukan Komanwel Birmingham, sebentar tadi.

Sukan Komanwel: Tze Yong bangkit tumbangkan Kidambi untuk ke final
Ng Tze Yong, mara ke final Sukan Komanwel Birmingham 2022 selepas bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan jaguh India, Srikanth Kidambi, di Dewan NEC 5 sebentar tadi.

Sukan Komanwel: Kian Meng-Pei Jing kandas di separuh akhir
Beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, tewas kepada pasangan Singapura, Terry Hee-Jesicca Tan, dalam aksi separuh akhir Sukan Komanwel Birmingham.

Sukan Komanwel: Muhamad Aznil hadiahkan pingat emas untuk isteri, ahli keluarga
Atlet angkat berat negara, Muhamad Aznil Bidin menghadiahkan kemenangan berkenaan kepada isteri dan ahli keluarganya di Kedah.

Sukan Komanwel: Skuad skuasy teruskan aksi cemerlang
Skuad skuasy negara meneruskan aksi cemerlang di Sukan Komanwel 2022 Birmingham apabila pasangan Ng Eain Yow-Ivan Yuen Chee Wern menempah slot ke separuh akhir.