SEPANG: Atlet terjun wanita negara Nur Dhabitah Sabri optimis mampu menggalas tugas beraksi dalam pelbagai acara bagi sukan terjun di kejohanan akan datang.
Atlet berusia 23 tahun itu berkata keyakinan itu diraih setelah beliau mampu membuat persiapan terbaik seterusnya membuktikan prestasi cemerlang di Sukan Komanwel Birmingham 2022 baru-baru ini.
Atlet berasal dari Kuala Lumpur itu memaklumkan beliau bersedia turun bersaing dalam apa jua acara yang dimahukan jurulatih sekali gus berusaha mengharumkan nama negara.
"Sebelum ini memang kami tak cukup penerjun nak menggantikan, tapi alhamdulillah dulu memang dah berlatih untuk dua acara iaitu platform dan papan dan sekarang saya hanya buat acara apa yang mereka beri pada saya.
"Bagi saya, saya hanya buat semua ini untuk negara, saya buat sementara saya masih muda, tapi untuk acara individu saya akan pertimbang, sebab kalau terlalu banyak acara saya rasa tak mampu buat," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.
Terdahulu Nur Dhabitah berjaya peroleh dua pingat perak menerusi acara 3 meter (m) papan anjal seirama wanita bersama pasangannya Wendy Ng Yan Yee dan individu 3m papan anjal wanita di temasya berprestij itu.
Beliau pada masa sama turut menghadiahkan pingat gangsa buat negara dalam acara 3m papan anjal seirama campuran bersama gandingannya Muhammad Syafiq Puteh pada Isnin lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 10 2022

Nur Dhabitah bersedia turun bersaing dalam apa jua acara yang dimahukan jurulatih sekali gus berusaha mengharumkan nama negara. - Gambar/ IG @dhabitah_sabri
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Wujud 'budaya toksik' di bawah Zhuliang, punca kontrak tidak dilanjutkan
Zhuliang membenarkan budaya dan persekitaran itu merebak sehingga mengundang kes rogol, gangguan seksual, keganasan, tindakan memukul, buli dan ugutan kepada atlet