BIRMINGHAM: Cuaca dingin serta keadaan angin di Stadium Alexander ternyata menjejaskan persembahan jaguh baling tukul besi negara, Jackie Wong Siew Cheer selepas menamatkan cabaran di tangga tercorot pada aksi final dalam Sukan Komanwel 2022 Birmingham di sini, pada Sabtu.
Jackie yang sekadar membuat balingan 61.40 meter (m), mengakui tidak biasa bertanding dalam situasi cuaca berkenaan sehingga menyaksikannya kurang menyerlah pada penampilan pertamanya di Sukan Komanwel kali ini.
"Saya sangat tak puas hati dengan catatan serta kedudukan hari ini namun pengalaman beraksi di sini sangat berharga apabila dapat bertanding bersama atlet hebat dari luar negara dalam acara baling tukul besi," katanya kepada Bernama.
Sehubungan itu, Jackie berkata beliau mahu melupakan episod kekecewaan di sini dengan memberi tumpuan terhadap Sukan SEA 2023 di Kemboja serta Sukan Asia di Hangzhou, China, pada tahun depan.
Balingan yang direkodkan Jackie semalam juga jauh daripada rekod kebangsaan dilakukannya iaitu 68.22m sewaktu Kejohanan Olahraga Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) pada Ogos 2019.
Sementara itu, wakil tuan rumah, Nick Miller mengungguli acara tersebut dengan catatan 76.43m manakala atlet Kanada iaitu Ethan Katzberg merangkul perak dengan 76.36m dan Alexandros Poursanidis dari Cyprus pula merekodkan 73.97m untuk meraih gangsa.
Sementara itu, atlet baling tukul besi wanita negara, Grace Wong Xiu Mei menamatkan saingan dalam aksi final selepas menduduki tempat ke-10 daripada 13 peserta.
Grace, yang merupakan pemegang rekod kebangsaan dengan balingan sejauh 62.48m, sekadar merekodkan 61.30m pada temasya sukan empat tahun sekali itu.
Wakil Kanada, Camryn Rogers meraih emas dengan balingan 74.08m sekali gus meninggalkan pencabar terdekatnya dari Australia, Julia Ratcliffe (69.63m) untuk perak dan seorang lagi atlet Kanada, Jillian Weir pula merangkul gangsa dengan jarak 67.35m.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 06 2022

Jackie berkata beliau mahu melupakan episod kekecewaan di sini dengan memberi tumpuan terhadap Sukan SEA 2023 di Kemboja serta Sukan Asia di Hangzhou, China, pada tahun depan. - Gambar fail
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Kedah beri ganjaran RM60,000 kepada 24 atlet
Seramai 24 atlet Kedah yang mewakili negara di Sukan Komanwel Birmingham 2022 dan Sukan SEA Kemboja 2023 menerima insentif keseluruhan berjumlah RM60,000 daripada kerajaan negeri Kedah.

Tiga badang negara mungkin tidak sertai Sukan SEA Kemboja
Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) Datuk Ayub Rahmat memberikan bayangan bahawa tiga badang negara, berkemungkinan tidak akan menyertai Sukan SEA Kemboja 2023.

Atlet Selangor cemerlang di Sukan SEA, Komanwel 2022 terima insentif
Insentif disampaikan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam satu majlis di Istana Alam Shah.

Joe Ee mahu fokus pada pelajaran, janji tampilkan aksi terbaik di Sukan Asia
Gimnas berusia 16 tahun itu berkata beliau tetap akan bekerja keras dan berlatih bersungguh-sungguh untuk Sukan Asia.

Biar Tze Yong berjaya dengan caranya sendiri - Choong Hann
Ada pihak mungkin berpendapat atlet itu sudah bersedia untuk 'mencabar' jaguh perseorangan Lee Zii Jia.

Senarai pemenang pingat Malaysia di Sukan Komanwel Birmingham 2022
Disenaraikan nama-nama pemenang pingat bagi kontinjen Malaysia di temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Selamat tinggal Birmingham, kita jumpa di Victoria
Dame Louise Marin menyifatkan Birmingham 2022 sebagai 'berani, menguja dan cemerlang' dan memberikan pujian kepada semua atlet.

Sukan Komanwel: Tidak mahu leka dengan kejayaan hari ini - Pearly
Mereka masih mempunyai ruang untuk diperbaiki walaupun berjaya menyumbang pingat emas ketujuh Malaysia.

Sukan Komanwel: Perjuangan membanggakan, Malaysia perbaiki kedudukan keseluruhan
Malaysia menamatkan saingan di kedudukan 10 sekali gus memperbaiki kedudukan di tempat ke-12 pada edisi 2018.

Beri peluang muka baharu, rombak program latihan - MOM
Kebergantungan kepada atlet sedia ada pada temasya sukan empat tahun sekali itu perlu diubah.