KOTA BHARU: Ketua Jurulatih Kelantan United FC (KUFC) Syamsul Saad melaungkan amaran bahawa sudah tiba masa pasukan bimbingannya kembali menjadi antara kuasa bola sepak tanah air dengan meraih banyak gelaran dalam saingan liga tempatan dan beraksi di pentas antarabangsa.
Jurulatih kelahiran Taiping, Perak itu berkata beliau mahu mencipta kejayaan itu dan misi utamanya ketika ini adalah membawa pasukan KUFC layak beraksi dalam kempen Liga Super musim depan.
"Sebagai jurulatih sudah tentu saya mahu mencipta sesuatu kejayaan apabila diberi kepercayaan untuk melatih pasukan KUFC.
"Saya mahu tiupkan semula semangat juang yang tinggi kepada pemain-pemain dan kembalikan zaman kegemilangan Kelantan seperti suatu ketika dahulu sehingga digeruni pasukan lawan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Mengulas lanjut, Syamsul berkata, beliau akan menggunakan taktikal bola sepak moden dalam memastikan sasaran berada dalam kedudukan empat teratas saingan Liga Premier musim ini dapat dicapai.
"Sasaran itu tidak memberi tekanan sebaliknya ia sebagai cabaran kepada saya walaupun kami pasukan yang memperuntukkan bajet kecil untuk persiapan pemain. Saya akan menggunakan sepenuhnya tenaga pemain muda untuk mencapai sasaran ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 18 2022
Syamsul mahu tiupkan semula semangat juang yang tinggi kepada pemain-pemain dan kembalikan zaman kegemilangan Kelantan seperti suatu ketika dahulu. - Sinar Harian
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Kelantan United tidak culas bayar gaji pemain
Usaha itu memperlihatkan komitmen pengurusan kelab dalam menyelesaikan masalah tersebut.
Padang becak bantu Negeri Sembilan benam Kelantan United 4-0
Perlawanan tersebut terpaksa ditangguhkan selama sejam setengah berikutan air bertakung di atas permukaan padang susulan hujan lebat.
Liga Super: Dua pasukan Kelantan dibelasah dalam satu malam
Kelantan FC tewas 1-6 kepada Kedah Darul Aman di Kota Bharu, manakala di Cheras, Kelantan United tumbang 0-3 kepada Kuala Lumpur City FC.
Jaringan tunggal Luka Milunovic tewaskan NSFC di laman sendiri
Babak pertama menyaksikan perlawanan seimbang apabila tuan rumah dan pelawat saling mengasak dalam usaha mencipta gol pendahuluan.
Liga Super: Kelantan United bangkit kecewakan Kuching City
Kelantan United menamatkan kemarau tujuh perlawanan tanpa kemenangan untuk kekal di tangga ke-12 liga dengan 11 mata selepas 21 perlawanan.
Liga Super: Sri Pahang berpesta gol belasah Kelantan United 5-1
Sri Pahang FC berpesta gol apabila membelasah Kelantan United FC (KUFC) 5-1 pada aksi Liga Super 2023 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di Kota Bharu, malam ini.
Rezal Zambery dilantik Pengarah Pembangunan Akar Umbi KUFC
Bekas pemain kebangsaan itu berpengalaman luas dalam memperbaiki dan meningkatkan program akar umbi serta pembangunan pemain muda KUFC.
Kelantan United tunggu tiga pemain baharu
Katanya, pemain-pemain ketika ini mengambil mudah sehingga tidak mencatat sebarang kemenangan termasuk perlawanan semalam.
Liga Super: Akinade, Shahril sah sertai KUFC
Kelantan United FC (KUFC) hari ini mengumumkan bekas penyerang import Kelantan FC, Ismaheel Akinade dan bekas penjaga gol Kedah Shahril Saa'ri menyertai pasukan itu untuk menghadapi baki saingan Liga
Liga Super: Kelantan United bergaya lakar kemenangan sulung 4-1
Peluang mencetak jaringan hadir pada minit ketiga, namun Fazrul Amir sekadar melepaskan rembatan lemah yang terus ke dakapan penjaga gol.