KETUA jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner, mengesahkan pasukannya kini dalam fasa rundingan akhir untuk mendapatkan bintang Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rasid, secara pinjaman musim depan.

Sebelum ini, wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, melaporkan pemain berusia 26 tahun itu akan kembali ke negeri kelahirannya secara pinjaman dan ia kini dikuatkan lagi apabila Steinbruckner mengakui proses rundingan berkenaan kini sudah hampir selesai.


*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro