Stadium baharu skuad Liga Super Johor Darul Ta'zim (JDT) yang dilaporkan bakal dibina di Nusajaya, Johor dijangka dapat disiapkan dalam tempoh setahun setengah.
Pemilik kelab JDT Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah, baginda dimaklumkan mengenai perkara itu oleh sebuah syarikat terkemuka yang bakal membina stadium berkenaan.
Baginda menerusi entri terbaharu dalam laman Facebook rasmi JDT, The Southern Tigers, turut menyatakan majlis pecah tanah stadium baharu itu akan diadakan pada 30 Januari ini bersama penyokong skuad Harimau Selatan yang disifatkan baginda sebahagian daripada kunci kejayaan kelab berkenaan selama ini.
"Alhamdulillah, JDT kini berada di kelasnya tersendiri dan saya amat bersyukur atas rezeki yang diberikan kepada kami. Allah Peliharakan Sultan, Kepada Allah Kami Berserah," titah baginda.
Dalam pada itu, Tunku Ismail turut berterima kasih kepada ayahanda baginda, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang berkenan mengurniakan tanah bagi mewujudkan Bandar Sukan JDT, selain turut memberi sejumlah dana kepada skuad Harimau Selatan untuk pembinaan stadium baharu.
Semalam, Sultan Ibrahim dilaporkan berkenan mengurniakan tanah seluas 28 hektar pemberian kerajaan negeri untuk pembinaan Bandar Sukan JDT yang bakal menempatkan pelbagai jenis sukan di bawah nama JDT, selain beberapa kemudahan lain seperti hotel, apartment dan pusat membeli-belah.
Baginda turut berkenan memberi sejumlah dana kepada pasukan JDT untuk membiayai pembinaan stadium baharu JDT.
Pada 10 Januari lepas, Sultan Ibrahim dilaporkan berkenan memberi dana RM50 juta kepada JDT kerana gembira melihat sukan bola sepak memainkan peranan penting menyatupadukan Bangsa Johor serta mengharumkan nama Johor di persada dunia.
Bernama
Sun Jan 24 2016
![Stadium baharu JDT dijangka siap dalam tempoh setahun setengah Stadium baharu JDT dijangka siap dalam tempoh setahun setengah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/51441344776_TunkuIsmail.jpg)
TUNKU ISMAIL: Alhamdulillah, JDT kini berada di kelasnya tersendiri dan saya amat bersyukur atas rezeki yang diberikan kepada kami.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Wilayah Ehime, 'syurga' buat komuniti sukan Wilayah Ehime, 'syurga' buat komuniti sukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/41572793280_SukanEhime.jpg)
Wilayah Ehime, 'syurga' buat komuniti sukan
Semangat atau kesungguhan mengamalkan budaya hidup sihat adalah sesuatu yang menarik perhatian orang luar dan telah dipupuk sejak dahulu lagi.
![Sultan Johor kurnia tanah untuk bangun Bandar Sukan JDT Sultan Johor kurnia tanah untuk bangun Bandar Sukan JDT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/41453091486_SultanIbrahim.jpg)
Sultan Johor kurnia tanah untuk bangun Bandar Sukan JDT
Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengurniakan tanah seluas 28 hektar pemberian kerajaan negeri untuk dijadikan Bandar Sukan Johor Darul Ta'zim.