Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) akan terus meningkatkan usaha melahirkan lebih ramai 'Nicol David' pada masa depan.
Presidennya, Huang Ying How berkata SRAM bersama Kementerian Pendidikan dan Yayasan CIMB telah mewujudkan program bukan hanya setakat di peringkat sekolah malah juga daerah.
"Kerajaan telah membina gelanggang skuasy di lapan sekolah dan kemudahan ini dikenali sebagai Pusat Latihan Daerah.
"Ini adalah langkah besar untuk SRAM...berbekal pengalaman luas SRAM, kami mampu mengadakan program pembangunan kelas satu untuk daerah. Kami percaya ada bakat besar mampu dikesan," katanya.
Bagaimanapun, Huang tidak mendedahkan nama lapan daerah yang terpilih untuk program itu tetapi menjelaskan ia akan dilancarkan bulan ini.
Menurut Huang, di bawah program itu, SRAM akan menyediakan kepakaran untuk melatih guru menjadi jurulatih.
Terdahulu, Huang dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan CIMB, Datuk Hamidah Naziadin melancarkan Program Pembangunan Skuasy Remaja CIMB 2017.
"Program Pembangunan Skuasy Remaja CIMB menjadi asas kepada aktiviti skuasy negara sejak hampir sedekad lalu.
"Kami bangga untuk meneruskan kecemerlangan program ini. Kebanyakan daripada pemain dari sini mewakili negara dalam pelbagai kejohanan, sekali gus menunjukkan komitmen kami menjadikan mereka pemain berkelas dunia," kata Hamidah.
Sejak diperkenalkan pada 2006, program ini telah melatih lebih daripada 4,000 pemain remaja.
Pada majlis sama, pemenang kategori perempuan Kejohanan Remaja Asia di Hong Kong baru-baru ini - S.Sivasangari, Andrea Lee Jia Qi, Zoe Foo Yuk Han dan Aifa Azman - menerima ganjaran RM10,000 daripada Yayasan CIMB.
Sementara itu, pasukan remaja lelaki yang terdiri daripada Darren Rahul Pragasam, Wong Sai Hung, Mohd Farez Izwan Mohd Mukhtar dan Mohd Hafiz Zhafri Abdul Harif, yang muncul naib juara kategori lelaki menerima RM5,000. -- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 08 2017

Huang berkata kerajaan telah membina gelanggang skuasy di lapan sekolah dan kemudahan ini dikenali sebagai Pusat Latihan Daerah. Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Dua pingat gangsa ceriakan kontinjen negara
Amy Kwan merangkul gangsa dalam acara gimrama individu keseluruhan dengan mengumpul 51.500 mata manakala Muhamad Afiq mencipta rekod kebangsaan dalam acara 100m TT12 dengan catatan 11.28 saat.

CDM negara belum panik beberapa sukan tersasar
Kontinjen negara diletakkan sasaran untuk muncul antara 10 negara terbaik dalam temasya Gold Coast 2018 selain mengatasi pencapaian enam emas di Glasgow, empat tahun lalu.

Atlet ke Sukan Komanwel tidak terlepas saringan doping
Huang Ying How berkata ujian ke atas alet berkenaan adalah penting bagi memastikan mereka bersih daripada penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang.

SRAM terus usaha lahir lebih ramai 'Nicol David'
SRAM bersama Kementerian Pendidikan dan Yayasan CIMB telah mewujudkan program bukan hanya setakat di peringkat sekolah malah juga daerah.