KUALA LUMPUR: Skuad hoki lelaki kebangsaan perlu kekal dalam program Road To Gold (RTG) kerana masih berada di landasan memburu slot ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Pengurus pasukan Datuk Mirnawan Nawawi berkata keputusan di Sukan Asia Hangzhou 2022 tidak sepatutnya dijadikan penilaian mutlak, sebaliknya perlu mengambil kira pencapaian cemerlang Speedy Tigers yang merangkul Piala Sultan Azlan Shah 2022 serta layak ke final Piala Asia 2022 dan Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara (ACT) 2023.
"Pasukan hoki kita sebelum ini berada dalam kelompok ke-10 terbaik dunia sebab itu dimasukkan dalam RTG untuk diberikan bantuan selayaknya.
"Selepas Sukan Asia ini pun peluang untuk ke Sukan Olimpik belum terkubur. Jadi saya memang harap hoki masih dalam RTG," katanya kepada pemberita pada sidang media pasca-Sukan Asia Hangzhou 2022 bersama skuad hoki lelaki kebangsaan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada Isnin.
Sementara itu, pengendali Speedy Tigers A. Arul Selvaraj menafikan sekeras-kerasnya tohmahan segelintir pihak yang mengatakan mereka hadir di bumi Hangzhou bermain tanpa niat untuk merangkul kejayaan.
Beliau berkata terlampau banyak pengorbanan yang dilakukan anak buahnya yang kini berada di ranking ke-12 dunia itu, dan tidak pernah ragu dengan kemampuan skuad kendaliannya yang sentiasa berjuang bermati-matian untuk mencipta kemenangan.
"Saya yakin ada hikmah dengan kekalahan ini namun kami perlu bekerja keras dan perasaan kecewa ini tidak akan lama. Kami akan kembali untuk tampilkan prestasi sebenar lagipun kami sudah bermain dengan hebat di Piala Sultan Azlan Shah dan beberapa kejohanan lain.
".. jadi kenapa kita tidak bermain dengan baik (di Hangzhou)? Kita perlu cari punca dan harap dapat bangkit untuk ke perlawanan kelayakan. Saya yakin tidak pernah sekalipun pemain datang tanpa niat untuk menang," katanya.
Mengenai persediaan sebelum kelayakan Olimpik Paris 2024 pada Januari tahun depan, Arul berkata skuad negara akan 'berkampung' di New Zealand pada Disember ini bagi menjalani sekurang-kurangnya enam perlawanan persahabatan.
Menurut Arul Selvaraj, tiada rombakan besar-besaran perlu dibuat sebaliknya memperbaiki kesilapan-kesilapan mudah yang sering dilakukan ketika perlawanan terutama pukulan sudut penalti.
"Kami juga akan terbang ke New Zealand pada 6 atau 7 Dis ini untuk pertajamkan lagi aksi.
"Lagipun kami juga tidak tahu akan bermain aksi kelayakan itu di Oman atau Sepanyol sebab kena tunggu kejohanan di Afrika dan Pan Amerika habis akhir bulan ini. Selepas itu baru kami tahu akan bermain di dalam kumpulan kelayakan yang mana," katanya.
Impian skuad hoki lelaki negara untuk meraih pingat emas sulung Sukan Asia berkecai apabila gagal melayakkan diri ke separuh akhir setelah terikat 4-4 menentang tuan rumah, China di Stadium Gongshu Canal Sports Park.
Lebih mengecewakan, Speedy Tigers mengakhiri saingan Sukan Asia Hangzhou 2022 di tempat keenam selepas tewas 2-5 kepada Pakistan dalam penentuan tempat kelima dan keenam.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 09 2023

Mirnawan berkata, perlu diambil kira pencapaian cemerlang Speedy Tigers merangkul Piala Sultan Azlan Shah 2022 serta layak ke final Piala Asia 2022 dan Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara 2023. - Gambar fail/Bernama
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Jerman adakan pilihan raya awal Ahad ini
Jerman akan mengadakan pilihan raya awal pada Ahad bagi memilih 630 ahli Bundestag.

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Sze Fei-Nur Izzuddin dipertimbang sertai RTG - Hannah
Ia dibuat selepas beregu lelaki berkenaan berjaya menampilkan aksi cemerlang pada beberapa kejohanan sebelum ini.

Pangsapuri mewah bernilai RM1 juta menanti pemenang emas Olimpik
Hannah Yeoh berkata Jawatankuasa RTG telah menerima tawaran daripada pemaju hartanah, Top Residency, yang berminat untuk menghadiahkan pemenang pingat emas pertama.

KBS penuhi permintaan pemain skuasy program Fast Track LA28
Permintaan itu termasuk bantuan kejurulatihan khusus, peralatan latihan dan pemulihan selain perkhidmatan sokongan perubatan dan sains sukan.

Lima kejohanan penentu nasib Andre Anura ke Paris 2024
Atlet lompat kijang negara, Andre Anura Anuar perlu memburu lompatan terbaik dalam lima kejohanan disertai bagi menghidupkan ke Sukan Olimpik 2024 Paris.

Skuad terjun negara tiada pelapis yang ampuh - Penganalisis sukan
Kegagalan skuad terjun kebangsaan menambah jumlah atlet ke Sukan Olimpik Paris 2024 menerusi Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar menunjukkan ketiadaan pelapis yang 'ampuh' bagi sukan itu.

Aniq Kasdan diterima masuk program Road To Gold
Aniq masuk, hoki serta Kian Men-Pei Jing, Soon Huat-Shevon Lai dikeluarkan daripada program Road To Gold.

Hamidin mahu 'tegur' Zii Jia
Datuk Hamidin Mohd Amin mahu mengadakan pertemuan empat mata dengan Lee Zii Jia bagi membincangkan keputusan perseorangan lelaki negara itu untuk tidak menyertai program Road To Gold (RTG).

Chong Wei sudah jangka Zii Jia tolak RTG
Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei sudah dapat menjangka pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia tidak berminat menyertai program Road To Gold (RTG).

RTG: Hoki, badminton beregu campuran, digugurkan
Program Road to Gold (RTG) hari ini mengumumkan pengguguran atlet daripada program itu, termasuk pasukan hoki lelaki kebangsaan.

Nasib atlet RTG Selasa ini - Hannah
Persoalan mengenai nasib atlet yang tersenarai dalam program Road To Gold (RTG) bakal terjawab dalam mesyuarat jawatankuasa penilaian program tersebut Selasa ini.