SELANGOR LION Lion lulus ujian pertama Sooka Super Series Volleyball Malaysia 2022 walaupun berdepan kejutan dalam set pertama ketika bertemu Amelia Indonesia, malam tadi.
Sebaik kerancakan upacara pembukaan kejohanan bola tampar yang menampilkan persembahan penyanyi dari Sabah, Zizi Kirana, selain persembahan daripada kumpulan penari dan paluan alat muzik di Dewan Besar Tanjung MBSA, Shah Alam itu, menyaksikan Selangor Lion selaku juara kebangsaan musim ini dikejutkan dengan kekalahan set pertama dengan keputusan 23-25.
Tetapi selepas itu, pemain import dari Sri Lanka, Gonara Gamage Lasindu Methmal Wasanthapriya, menghadiahkan 14 'spike' termasuk satu servis 'ace' di samping prestasi memberansangkan rakan senegaranya, Vidura Prabath Perera, buat tuan rumah.
Corak permainan longgar pencabar undangan dari Indonesia itu juga memberi kelebihan kepada Selangor Lion yang dibimbing Hanif Basree Abd Rahman tersebut untuk meniti kemenangan 25-13, 25-10, 25-15.
Upacara pembukaan malam tadi dirasmikan oleh Penolong Bendahari Majlis Olimpik Malaysia (MOM) merangkap chief-de-mission (CDM) Malaysia ke Sukan SEA Kemboja 2023, Datuk Mohd Nasir Ali, dan diserikan lagi dengan kehadiran Timbalan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Mohd Rashidi Ruslan, Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor, Mohamad Nizam Marjugi, Ketua Perancangan Sooka, Emarina Kamal, serta Presiden dan Timbalan Presiden Persatuan Bola Tampar Malaysia, (MAVA) Hean Boon Yeow, dan Hanif Basree.
Selain Selangor Lion dan Amelia Indonesia enam lagi pasukan iaitu ATM Gladiator, Kuala Lumpur Shark, Johor Tiger, Sarawak Hornbill, Melaka Mousedeer, Selangor Lion, Sabah Rhino akan saling memberi cabaran dalam edisi kali ini.
Astro Arena
Fri Oct 14 2022

Corak permainan longgar pencabar undangan dari Indonesia memberi kelebihan kepada Selangor Lion untuk meniti kemenangan 25-13, 25-10, 25-15. - Astro ARENA
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

23 individu termasuk 7 anggota polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, malam tadi.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.

Sooka Super Series Volleyball: Selangor Lion meniti rentak kemenangan
Corak permainan longgar pencabar undangan dari Indonesia memberi kelebihan kepada Selangor Lion untuk meniti kemenangan 25-13, 25-10, 25-15.