PENGURUS sementara Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer, berpendapat Paul Pogba berkemungkinan akan mengetuai pasukannya pada masa depan.
Pogba, 25, dilucutkan jawatan penolong kapten oleh bekas pengurus United, Jose Mourinho, pada September lalu ekoran hubungan tegang di antara kedua-dua individu berkenaan.
Bagaimanapun, Pogba semakin menyerlah sejak Mourinho dipecat bulan lalu -- bintang juara dunia Perancis itu telah menghasilkan lima gol dan empat bantuan jaringan sejak ketibaan Solskjaer.
Dan Solskjaer -- yang telah memperoleh tujuh kemenangan berturut-turut bersama United -- berkeyakinan Pogba mampu untuk memakai lilitan kapten di Old Trafford.
"Saya sudah mengenalinya sejak kecil lagi dan dia sememangnya seorang pemimpin.
"Dia mempunyai perwatakan, mampu memberikan pengaruh yang besar dan sewaktu berada dalam skuad kebangsaan Perancis, dia menunjukkan kesungguhan untuk berjaya.
"Dia sedar tidak dapat melakukannya seorang diri kerana bola sepak merupakan sukan berpasukan.
"Perwatakan yang dimilikinya banyak mendatangkan kebaikan apabila dia menikmati perlawanan dengan cara yang betul.
"Lihat saja perwatakan yang dimilikinya. Dia amat gembira untuk bermain bola sepak. Sukan ini merupakan sebahagian daripada hidupnya. Ia merupakan sebahagian daripada dirinya.
"Apabila dia menunjukkan prestasi yang baik, ia selari dengan sifat kepimpinan yang dipamerkannya. Itu yang dipamerkannya sewaktu membantu Perancis memenangi Piala Dunia. Bagi saya, dia memiliki sikap seorang kapten."
Solskjaer menambah: "Ashley (Young) pernah memakai lilitan kapten kerana Antonio (Valencia) cedera.
"Antonio masih lagi kapten pasukan walaupun Ashley lebih kerap diturunkan. Saya tidak gemar untuk menentukan 'anda adalah itu, anda adalah ini'.
"David (De Gea) juga pernah menyarung lilitan kapten ketika Ashley tidak beraksi. 11 pemain di atas padang adalah kapten.
"Saya tidak mengambil kisah tentang perkara itu. Saya pernah menjadi Kapten Norway dan adakalanya mengetuai United.
"Namun, saya tidak pernah bercerita kepada anak-anak saya yang saya adalah kapten Norway dan united -- walaupun ia pernah berlaku," katanya.
Astro Arena
Fri Jan 25 2019

Solskjaer (kiri) yang telah memperoleh tujuh kemenangan berturut-turut bersama United yakin Pogba (kanan) mampu untuk memakai lilitan kapten di Old Trafford.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang

Penyertaan bekas pemain dalam FAM mampu pacu pembaharuan - Jamal Nasir
Legenda bola sepak negara Datuk Jamal Nasir Ismail menyifatkan pemilihan dua bekas pemain kebangsaan dalam kepimpinan baharu FAM sebagai perkembangan positif kepada sukan itu.

Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.

KL City kutip tiga mata tewaskan TFC di laman sendiri
Kuala Lumpur City FC (KL City FC) berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam ini.

Perodua sedia jadi penaja acara sukan termasuk bola sepak
Asmat berkata ini sebahagian daripada usaha untuk penglibatan yang lebih meluas dalam dunia sukan.

FAM perhalusi idea TMJ tubuh badan bebas pengadil
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan meneliti idea penubuhan badan bebas pengadil untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) seperti dilontarkan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Mahkota Ismail.

Neymar sah kembali ke kelab pertama, Santos
Neymar menyatakan beliau telah lama mengimpikan langkah itu menjadi kenyataan.

Teruja kepulangan ke Santos FC, peminat Neymar ukir tatu di kaki
Kepulangan Neymar ke Santos FC mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat.