Jaguh berbasikal trek negara Azizulhasni Awang menegaskan dia tidak langsung terganggu dengan amaran daripada Persekutuan Sukan Komanwel CGF meskipun gagal ke separuh akhir pecut.

Bergelar “the pocket rocketman” jadi perbualan pelbagai pihak di Glasgow susulan dia memakai sarung tangan membawa sentimen keamanan di Gaza ketika saingan pusingan pertama acara pecut individu pada Khamis.

Azizul kemudian menerima amaran daripada CGF apabila hasrat baiknya disalah erti.


Dalam saingan suku akhir Azizul tewas dua perlumbaan berturut-turut kepada pelumba New Zealand Sam Webster sekaligus meranapkan impiannya untuk ke separuh akhir.

Azizul akur keadaan fizikal serta percaturan taktikal Webster yang lebih baik meyumbang kepada kekalahannya.