Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Za'ba, Kuala Pilah akan dinaik taraf menjadi Akademi Bola Sepak, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) berkata akademi tersebut dijangka bakal melahirkan pemain tempatan yang bermutu seterusnya mampu mewakili pasukan ke peringkat lebih tinggi.
"Langkah tersebut adalah antara usaha kerajaan negeri bersama Jabatan Pendidikan untuk melahirkan pelajar yang bukan hanya cemerlang dari segi akademik, malah turut menyerlah dalam bidang kokurikulum," katanya pada Majlis Jasamu Dikenang bersama bekas pemain bola sepak Negeri Sembilan dari era 70-an hingga 90-an di sini, semalam.
Baru-baru ini, skuad bawah 14 tahun SMK Za'ba yang mewakili negara ke pertandingan bola sepak Piala Gothia di Sweden berjaya meraih tempat ketiga.
Sebanyak 214 pasukan dari 86 negara menyertai pertandingan bawah 14 tahun itu.
Sementara itu, katanya seramai lapan pemain Piala Presiden Negeri Sembilan dipilih untuk menyarung jersi skuad Hobin Jang Hobin musim hadapan setelah menunjukkan prestasi cemerlang.
Mohamad berharap pemain baharu itu dapat meningkatkan corak permainan pasukan sekali gus menamatkan kemarau untuk bermain dalam kancah Liga Super.
Mengenai majlis itu, beliau berkata ia bertujuan menghargai jasa mereka yang pernah melonjakkan nama Skuad Jang.
Katanya pemain dahulu bermain dengan bersungguh-sungguh demi pasukan
"Saya mahu pemain muda ikuti contoh pemain lama dulu, mereka bermain bersungguh-sungguh kerana mahu bermain bola, semangat untuk mewakili negeri, kelab dan negara, bukan kerana wang ringgit dan bukan kerana apa-apa," katanya.
Mohamad berkata semangat pemain sekarang tidak seperti wira bola sepak dahulu dan mereka lebih mementingkan soal bayaran gaji berbanding semangat bermain untuk pasukan.
PBNS dalam pada itu katanya akan membuat bank data untuk bekas pemain dan mereka akan dijemput ketika sesi memperkenalkan pemain yang bakal beraksi untuk skuad Hobin Jang Hobin tahun hadapan.
Antara bekas pemain yang hadir Yusuf Abdul Aziz, Othman Jamaludin dan Zaki Sheikh Ahmad.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 23 2017
Mohamad berharap pemain baharu itu dapat meningkatkan corak permainan pasukan sekali gus menamatkan kemarau untuk bermain dalam kancah Liga Super. - Gambar fail
AWANI Review: Power of Vulnerability - Why Openness Makes Better Leaders
Nick Jonsson, co-founder of Executives’ Global Network Malaysia and author of Executive Loneliness, explores the hidden struggles of leadership - loneliness and mental health. In conversation with Cynthia Ng, he reveals how embracing vulnerability and openness can transform leaders and organisations for the better.
2TM: Lebih 200,000 pengunjung direkodkan dalam dua hari
Lebih 200,000 pengunjung direkodkan menghadiri Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2024 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Johor negeri terbaru dilanda banjir
Sebuah PPS dibuka di Balai Raya Batu Badak, Segamat, 2 petang tadi, dengan menempatkan 11 orang daripada empat keluarga.
Polis tahan enam lelaki disyaki terbabit sindiket jual air ketum
Polis menahan enam lelaki tempatan di sebuah rumah di Taman Pakatan Jaya kerana disyaki terbabit sindiket penjualan air ketum.
KPDN Pahang serbu dua premis jadi stor simpanan barang kawalan bersubsidi
KPDN Pahang melakukan serbuan terhadap sebuah restoran dan rumah yang disyaki dijadikan lokasi penyimpanan barang kawalan bersubsidi di Triang, Bera pagi tadi.
Seorang lagi wartawan terkorban dalam serangan Israel di Gaza, angka korban meningkat kepada 189
Mangsa, Wael Ibrahim Abu Quffa merupakan seorang wartawan dan pensyarah di Jabatan Kewartawanan dan Media, Universiti Islam Gaza.
Pahang berjaya peroleh kutipan hasil RM1.144 bilion
Ia membuktikan prestasi kepimpinan kerajaan negeri ini sangat cemerlang untuk setanding dengan negeri maju lain seperti Selangor dan Johor.
10 Berita Pilihan - (23 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Pendidikan | Pencemaran | Ekonomi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Israel lakukan serangan udara di Beirut
Serangan udara itu menyasarkan sebuah bangunan kediaman di Jalan Fathallah, kawasan Basta Fawka yang padat penduduk.
Tiada keistimewaan buat Wan Kuzri - Fayhsal
Wan Kuzri perlu membuktikan kebolehannya bersaing dengan 34 pemain lain dalam kem latihan pusat di Wisma FAM.
Mawi, Piya bergabung tubuhkan akademi bola sepak anak yatim
Usaha murni Mawi dan Piya tercetus apabila mereka melihat nasib anak-anak yatim kurang diberi perhatian menerusi aktiviti sukan seperti bola sepak.
Jangan fikirlah tentang Piala Dunia, ia mustahil! - Santokh Singh
Peringkat Asia Tenggara pun kita tak mampu kuasai secara konsisten, inikan pula bermimpi tentang bersaing di temasya terhebat bola sepak dunia.