Acara memanah recurve yang akan membuka tirainya pada Ahad ini berpotensi untuk menyumbangkan dua lagi pingat emas Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017) buat negara.
Keyakinan itu dikongsi Presiden Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM), Datuk Seri Johari Baharom.
"Berdasar kepada semangat dan kerjasama berpasukan yang ditonjolkan oleh pasukan negara yang sangat baik, kami yakin skuad memanah recurve mampu hadiahkan dua pingat emas untuk negara," katanya yang juga Timbalan Menteri Pertahanan.
Lima pingat emas menjadi taruhan dalam acara recurve iaitu acara individu lelaki dan wanita, berpasukan lelaki dan wanita serta berpasukan campuran.
Malaysia diwakili empat pemanah lelaki iaitu Haziq Kamaruddin, Khairul Anuar Mohamad, Muhamad Zarif Syahir Zolkepeli dan Muhammad Akmal Nor Hasrin serta empat pemanah wanita iaitu Nuramalia Haneesha Mazlan, Nur Aliya Ghapar, Nur Afisa Abdul Halil dan Loke Shin Hui.
Haziq ketika ditemui Bernama berkata beliau mahu beraksi sebaik mungkin tanpa meletakkan sebarang sasaran yang boleh mengganggu fokusnya.
"Memang persatuan letak sasaran tapi saya tidak mahu memikirkannya. Saya hanya mahu buat yang terbaik untuk diri saya dan negara," katanya yang percaya telah berada pada tahap prestasi terbaik untuk bersaing dalam temasya kali ini.
Pada edisi Sukan SEA Singapura 2015, skuad memanah recurve meraih satu pingat emas melalui acara recurve berpasukan lelaki, gandingan Haziq, Khairul Anuar dan Muhamad Ikram Joni; dua pingat perak dan satu pingat gangsa.
Haziq berkata walaupun tanpa kehadiran Muhamad Ikram yang digugurkan dari skuad Sukan SEA berikutan prestasi yang tidak konsisten; aksi mereka tidak terganggu untuk terus mempertahankan pingat emas acara berpasukan.
"Dalam pasukan ada lapan orang, kami semua berlatih sekali. Walaupun tukar orang memang tak terasa sangat. Cuma harapan saya agar semua pemanah buat yang terbaik," katanya.
Pingat acara recurve akan berlangsung pada 20 hingga 22 Ogos di padang sintetik, Bandar Sukan Kuala Lumpur.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 19 2017
Pemanah negara (dari kiri) Khairul Anuar Mohamad, Muhammad Akmal Nor Hasrin dan Haziq Kamaruddin pada temasya Sukan Olimpik Rio 2016 yang lalu. -- fotoBERNAMA / fail
[TERKINI] Titah Adendum: Undang undang dan perlembagaan
Mahkamah Rayuan di Putrajaya ketika ini sedang mendengar rayuan Datuk Seri Najib Razak berhubung penolakan permohonannya untuk menjalani baki hukuman penjara enam tahun di bawah tahanan rumah, berdasarkan dakwaannya mengenai kewujudan Titah Adendum menyokong permohonan tersebut.
[TERKINI] PM Anwar lancar kempen Visit Malaysia 2026 (VM2026)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan kempen Visit Malaysia 2026 (VM2026) dengan pengenalan logo, maskot, lagu tema dan reka bentuk pesawat khas VM2026
BioProtein Powder juara minggu keenam. Ubah bio protein ke serbuk, panjangkan hayat simpanan
BioProtein Powder telah diumumkan sebagai pemenang pada minggu keenam program INNOVATHON 2 yang disiarkan pada malam Sabtu lalu.
Menerusi pembentangan, Prof. Dr. Azizi Ayob telah menjelaskan mengenai proses formulasi teknologi baru yang mampu menukarkan bentuk asal cecair bioprotein kepada bentuk serbuk yang lebih secara kimia, fizikal dan tempoh jangka hayat bertambah dari 6 bulan kepada 18 bulan.
Sebelum ini bioprotein yang dalam bentuk cecair boleh disimpan 6 bulan sahaja kerana tarikh luput yang singkat. Malah ia juga sangat kerana cecair ada sel.
Namun hasil, Bioprotein powder yang diinovasikan ini mampu memanjangkan tempoh simpanan selama 18 bulan dengan kegunaan yang sama iaitu merawat luka kronik, trauma dan ulser.
Inovasi ini juga sudah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dalam perancangan mendaftar bagi Assessment Quality, Safety & Effectiveness.
Sekadar info mengenai latar belakang, Prof. Dr. Azizi Ayob merupakan Pengasas dan Pengarah ABA Healthcare Business & Consultancy Sdn. Bhd dan juga Profesor KHAIR/ Pharmacology di University College of MAIWP International (UCMI).

Titah Adendum wujud atau tidak wujud, tidak boleh bohong - Shahidan Kassim
Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim menegaskan bahawa sekiranya Titah Adendum berkaitan Datuk Seri Najib wujud, ia mestilah dilaksanakan.
"Kalau ada Adendum, kita laksanakan. Ini bukan permohonan keampunan," jelas Shahidan.
"Kalau ada Adendum, kita laksanakan. Ini bukan permohonan keampunan," jelas Shahidan.
Titah Adendum: Kerajaan perlu mohon maaf kepada rakyat Malaysia - AJK Pas Pusat
Khairil Nizam Khirudin berkata, Kerajaan, khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, perlu mengambil tanggungjawab itu dan meletakkan jawatan.
Usaha promosikan Malaysia wajib memenuhi aspirasi negara - PM
Usaha mempromosikan pelancongan Malaysia melangkaui semuanya termasuk memacu Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang lebih mampan serta menekankan kebajikan ekonomi awam.
'Kaduk sudah naik junjung' - Fadhli Shaari
Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari berharap keadilan dapat diberikan kepada Datuk Seri Najib dan perlembagaan dapat ditegakkan.
"Sampah sudah banyak di halaman, kita perlu mengikat lidi (penyapu) dengan baik. Kejutkan semua orang, kawan-kawan dan sanak saudara kerana kaduk sudah naik junjung," katanya.
"Sampah sudah banyak di halaman, kita perlu mengikat lidi (penyapu) dengan baik. Kejutkan semua orang, kawan-kawan dan sanak saudara kerana kaduk sudah naik junjung," katanya.
LaLiga: 'Bukan mudah Vinicius Junior tanggung penderaan perkauman'
Ancelotti optimis pemainnya akan terlepas daripada penggantungan minimum dua perlawanan.
Titah Adendum: Ratusan penyokong Najib memenuhi kawasan Kuil Murugan
Kehadiran mereka sebagai tanda solidariti terhadap Najib berhubung prosiding di Mahkamah Rayuan berkait Titah Adendum.
BioProtein Powder muncul juara minggu keenam INNOVATHON 2
Azizi memperkenalkan teknologi baharu yang mampu menukarkan bioprotein cecair kepada bentuk serbuk yang lebih stabil secara kimia dan fizikal.
Trio recurve lelaki negara terkilan tidak dapat tunai impian arwah Haziq
Allahyarham Haziq memasang impian untuk membuat penampilan ketiganya pada temasya di Tokyo bulan depan.
Kematian Haziq akibat komplikasi salur darah jantung tersumbat - Pakar forensik
Hasil bedah siasat menunjukkan kepada kematian akibat komplikasi salur darah jantung tersumbat akibat daripada perubahan arterosklerosis (coronary artery atherosclerosis).
Keluarga reda pemergian mengejut atlet memanah negara
Bapa Allahyarham, Kamaruddin Yusof, 59, mengakui terkejut dengan pemergian anak keduanya memandangkan dia tidak menunjukkan sebarang tanda tidak sihat atau mengadu sakit kepada sesiapa.
Perginya 'Robin Hood' negara
Tragedi itu menjadi satu tamparan terhadap skuad kebangsaan memandangkan mereka berada di fasa akhir menjelang kejohanan kelayakan Sukan Olimpik di Paris, Perancis, bulan depan.
Haziq pernah luah hasrat raih pingat di Tokyo - Jurulatih
Haziq bersungguh-sungguh untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik dan membawa pulang pingat pada kali ini selepas dua kali tidak berjaya menaiki podium.
Jenazah atlet memanah Haziq Kamaruddin selamat dikebumi
Jenazah Allahyarham dikebumikan pada jam 1.40 pagi tadi di Tanah Perkuburan Taman Koperasi, Serkam, Melaka berhampiran kediaman keluarga isterinya.
Pemanah negara Haziq Kamaruddin meninggal dunia
Perkara itu disahkan rakan sepasukannya Zulfadhli Ruslan menerusi akaun Facebook miliknya sebentar tadi.
Memanah: Akmal idam tanggungjawab lebih besar
Atlet memanah recurve negara, Akmal Nor Hasrin, bertekad meningkatkan prestasinya bagi memperoleh kejayaan peringkat individu menjelang cabaran musim 2018.
Skuad memanah recurve mampu raih dua pingat emas
Keyakinan itu dikongsi Presiden Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM), Datuk Seri Johari Baharom.
Sukan SEA: Memanah sumbang emas ke-39
Pasukan memanah lelaki menjadikan pungutan pingat emas kontijen negara di Sukan SEA Singapura kepada 39 pingat emas setakat ini.