Pasukan hoki lelaki dan wanita negara berazam mahu mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang perlawanan Sukan SEA di Singapura bulan depan.
Biarpun kali ini skuad lelaki negara dibarisi pemain junior, namun jurulatih A. Arul Selvaraj yakin pasukan bimbingannya mampu mengulangi kejayaan sama yang pernah dilakar skuad senior dua tahun di Myanmar.
Pada Sukan SEA Myanmar, skuad lelaki dan wanita negara cemerlang dengan rekod tanpa kalah dalam semua peringkat perlawanan dan seterusnya meraih pingat emas.
Pasukan wanita pula cemerlang apabila mencipta rekod dunia dengan jaringan terbanyak 36-0 menewaskan Kemboja.
"Cabaran saya kali ini ialah persediaan mental pasukan negara. Dari segi kemahiran dan teknikal permainan, pasukan kita jauh berbeza dari pasukan lain.
"Saya hormat kepada pasukan lawan tetapi skuad negara perlu melakukan tugas mereka dengan betul. Saya pasti pasukan kita tidak berdepan masalah," katanya kepada pemberita di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.
Ketua Pegawai Eksekutif Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Logan Raj Kali Kavandan turut mengumumkan senarai pemain bagi pasukan lelaki dan wanita ke Sukan SEA Singapura.
Beliau berkata pasukan berada dalam keadaan bersedia dari aspek mental dan kecergasan fizikal pemain juga dalam keadaan baik.
"Pasukan kita mempunyai kekuatan dalam semua posisi. Saya tidak memikirkan pasukan lain kecuali Singapura kerana mereka tuan rumah dan saya pasti sokongan rakyat Singapura tinggi. Jadi pasukan negara perlu kuatkan mental," katanya.
Skuad lelaki negara akan memulakan kempen menentang Thailand pada 6 Jun sebelum bertemu Singapura pada 8 Jun dan Myanmar pada 10 Jun.
Sementara itu pengendali skuad wanita negara, Nasihin Nubli telah memanggil dua pemain baharu untuk menyertai skuad kebangsaan iaitu Noorain Mohd Arshad dan Wan Norfaeizah Md Saiuti.
Nasihin juga berkata beliau tidak dapat menggunakan pemain seperti Norazlin Sumantri dan Nadia Abdul Rahman.
"Sasaran kami ialah memenangi pingat emas dengan mudah di Singapura. Walaupun tiada Norazlin tetapi pasukan mempunyai Wan Norfaiezah dan Noorain yang yang mempunyai kemahiran yang bagus di bahagian serangan.
"Nadia pula tidak dapat turut serta kerana beliau sedang mengandung. Ketiadaan Nadia sedikit menjejaskan strategi permainan kerana beliau pakar di bahagian tengah dan Nadia juga merupakan ketua pasukan," kata Nasihin.
Skuad hoki wanita akan memulakan perlawanan bertemu pasukan tuan rumah, pada 6 Jun sebelum menentang Thailand pada keesokan hari dan menamatkan saingan pusingan awal dengan bertemu Indonesia pada 9 Jun.
Bernama
Thu May 28 2015
![Skuad hoki negara mahu kekal rekod tanpa kalah di Singapura Skuad hoki negara mahu kekal rekod tanpa kalah di Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-06/81371523690_295x200.jpg)
ARUL: Cabaran saya kali ini ialah persediaan mental pasukan negara. Dari segi kemahiran dan teknikal permainan, pasukan kita jauh berbeza dari pasukan lain.
![JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719746052_TBVapingjpg.jpg)
JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini
JKNT keluarkan 5,431 notis bernilai RM1.3 juta berkaitan pelbagai kesalahan hasil pemeriksaan ke atas 15,356 premis melalui 831 operasi penguatkuasaan di seluruh negeri Terengganu.
![Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723719935_tbPekSumberKebajik.jpg)
Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan
DVS bangunkan pek sumber kebajikan haiwan sebagai bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran di semua prasekolah di bawah KPM seluruh negara.
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Sarjit jurulatih baharu Speedy Tigers Sarjit jurulatih baharu Speedy Tigers](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709449801_SarjitSingh.jpg)
Sarjit jurulatih baharu Speedy Tigers
Sarjit yang merupakan jurulatih pasukan hoki Johor pernah mengendalikan skuad Speedy Tigers dari Januari 2007 hingga Disember 2008.
![Arul berdepan fasa sukar bersama skuad kebangsaan Arul berdepan fasa sukar bersama skuad kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699311886_ArulSelvaraj.jpg)
Arul berdepan fasa sukar bersama skuad kebangsaan
Situasi tersebut membuatkan Arul terpaksa fokus kepada latihan berskala kecil dengan hanya melibatkan 12 orang pemain.
![Sukan Asia Hangzhou: Skuad hoki lelaki ulangi pencapaian buruk Doha Sukan Asia Hangzhou: Skuad hoki lelaki ulangi pencapaian buruk Doha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51691921279_TBArulSelvaraj.jpg)
Sukan Asia Hangzhou: Skuad hoki lelaki ulangi pencapaian buruk Doha
Kekalahan terbaharu 2-5 The Speedy Tigers kepada Pakistan dalam penentuan tempat kelima dan keenam hari ini membangkitkan persoalan.
![Sukan Asia: Arul bangga Speedy Tigers dahagakan emas di China Sukan Asia: Arul bangga Speedy Tigers dahagakan emas di China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51691921279_TBArulSelvaraj.jpg)
Sukan Asia: Arul bangga Speedy Tigers dahagakan emas di China
Ketua jurulatih skuad hoki lelaki kebangsaan, Arul Selvaraj, bangga dengan semangat juang tinggi pemain untuk mencipta sejarah membawa pulang emas sulung Sukan Asia bagi edisi 2022 di Hangzhou, China.
![Hoki Piala Dunia: Speedy Tigers terlepas peluang tamatkan saingan kelompok sepuluh terbaik Hoki Piala Dunia: Speedy Tigers terlepas peluang tamatkan saingan kelompok sepuluh terbaik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81674730338_TBINDIAHOCKEY.jpg)
Hoki Piala Dunia: Speedy Tigers terlepas peluang tamatkan saingan kelompok sepuluh terbaik
Hasrat skuad Speedy Tigers untuk menamatkan saingan di tempat kesembilan saingan Kejohanan Hoki Piala Dunia 2023 lebur selepas tumpas kepada Afrika Selatan.
![Speedy Tigers usah terbuai kejayaan lalu - Arul Selvaraj Speedy Tigers usah terbuai kejayaan lalu - Arul Selvaraj](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51673992514_TBArulSelvaraj.jpg)
Speedy Tigers usah terbuai kejayaan lalu - Arul Selvaraj
Arul Selvaraj berkata apabila berentap di pentas Piala Dunia, cabaran yang akan dihadapi pastinya berbeza demi memburu kemenangan.
![Arul Selvaraj pertimbang bawa pemain simpanan beraksi Arul Selvaraj pertimbang bawa pemain simpanan beraksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51673992514_TBArulSelvaraj.jpg)
Arul Selvaraj pertimbang bawa pemain simpanan beraksi
Skuad negara sudah berlepas ke Bhubaneswar, India dari Rourkela, India semalam, bagi meneruskan perjuangan menentang New Zealand.
![Speedy Tigers dijinakkan Korea Selatan Speedy Tigers dijinakkan Korea Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81669673795_HOKI.jpg)
Speedy Tigers dijinakkan Korea Selatan
Para pemain negara akan kembali fokus perlawanan seterusnya dalam memberikan persembahan terbaik apabila berdepan Kanada.
![Arul Selvaraj gesa nasib ACT ditentukan segera Arul Selvaraj gesa nasib ACT ditentukan segera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/61611015919_ArulSelvaraj.jpg)
Arul Selvaraj gesa nasib ACT ditentukan segera
Setakat ini hanya tiga negara yang mampu mengesahkan penyertaan, sementara yang lain masih terikat dengan polisi pintu sempadan negara masing masing ekoran penularan mendadak COVID-19.
![Mirnawan Nawawi dilantik pengurus skuad hoki lelaki negara Mirnawan Nawawi dilantik pengurus skuad hoki lelaki negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/61601129286_TBMIRNAWANNAWAWIHO.jpg)
Mirnawan Nawawi dilantik pengurus skuad hoki lelaki negara
Ikon hoki negara Datuk Mirnawan Nawawi dilantik sebagai pengurus pasukan lelaki negara berkuat kuasa serta-merta bagi membantu ketua jurulatih Arul Selvaraj sehingga Sukan Olimpik Paris 2024.