Skuad hoki negara sekadar berpuas hati dengan keputusan seri 3-3 dengan Pakistan sekalipun pada satu ketika mendahului 2-1 pada perlawanan Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia di Stadium Hoki Al Rayyan, Doha, Qatar yang berlangsung lewat hari Ahad.
Anak didik Paul Revington itu sebelum ini meraih dua kemenangan selepas membenam Jepun dan Oman dengan keputusan 4-1 masing-masing.
Mohd Fitri Saari membuka jaringan Malaysia pada minit ke-20, menurut laman sesawang www.malaysianhockey.blogspot.com.
Beberapa minit kemudian Samir Al Shibi menyamakan kedudukan bagi Pakistan yang merupakan naib juara tahun lepas, sebelum Malaysia sekali lagi mendahului menerusi jaringan Mohd Faizal Saari pada minit ke-43.
Pakistan menyamakan kedudukan dengan pukulan sudut menerusi Rashid Mehmood sebelum jaringan Muhd Waqas Sharif meletakkan Pakistan di hadapan.
Malaysia berjaya mengikat kedudukan menerusi jaringan kedua Mohd Faisal, dua minit sebelum wisel tamat perlawanan ditiup, sekali gus menyaksikan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata masing-masing.
Malaysia akan bertemu China hari ini sebelum mengakhiri perlawanan menentang juara bertahan India pada Rabu.
Dalam perlawanan terdahulu India membelasah Oman 11-0, manakala China menundukkan Jepun 4-2.
Malaysia mengetepikan cabaran Jepun 1-0 untuk meraih gangsa pada edisi pertama di Ordos, China tahun lepas.
Bernama
Mon Dec 24 2012
Jalan berlubang bukan benam atau mendapan tanah tambak
Kejadian jalan berlubang yang berlaku di Jalan Syed Abdul Aziz, Melaka Raya, disahkan bukan akibat mendapan tanah tambak.
Perkasa tatakelola institusi infaq, jangan khianati amanah - Mohd Na'im
Sebarang bentuk ketidaktelusan dan penyelewengan akan menyebabkan orang ramai hilang kepercayaan terhadap institusi yang terlibat, sekali gus menyebabkan mereka tidak lagi berminat untuk bersedekah.
Tidak perlu guna MyDigital ID untuk MyJPJ bermula 10 Okt - Loke
Orang ramai tidak perlu menggunakan MyDigital ID untuk mendaftar masuk aplikasi MyJPJ bermula 10 Oktober ini, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
Pasukan petugas khas KKM siasat kematian pakar patologi
Kementerian Kesihatan menubuhkan satu pasukan petugas khas bagi menyiasat insiden kematian seorang pakar perubatan patologi di Lahad Datu, baru-baru ini.
PM Anwar tiba di Islamabad untuk Lawatan Negara, disambut Shehbaz Sharif
Pesawat khas yang membawa Anwar mendarat di Pangkalan Udara Nur Khan, Rawalpindi di sini, jam 7.55 malam waktu tempatan.
Pelajar tingkatan satu maut jatuh bangunan
Polis mengesahkan seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu maut selepas terjatuh dari bangunan di sebuah sekolah di Jalan Syed Putra pada Selasa.
Sepanyol evakuasi 350 warganya dari Lubnan susulan ketegangan
350 individu itu menyatakan hasrat untuk kembali ke Sepanyol berikutan situasi tegang di Asia Barat.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 2 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
10 Berita Pilihan - (02 Oktober 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Rundingan gencatan senjata Gaza berakhir dengan beberapa kemajuan
Menurut negara-negara perantara itu, "jurang yang masih ada" antara Israel dan Hamas Palestin akan ditutup dalam beberapa hari akan datang.
12 termasuk enam anak kapal Qatar Airways cedera selepas alami gelora udara
Kira-kira 12 termasuk enam anak kapal penerbangan Qatar Airways cedera selepas mengalami kejadian gelora udara dari Doha ke Ireland.
Ketiadaan pemain tonggak beri impak kepada persiapan skuad B-23 - Syahir
Pemain tengah skuad bola sepak Bawah 23 Tahun (B-23) negara Syahir Bashah menyifatkan ketiadaan beberapa tonggak utama memberi impak terhadap persiapan menjelang Piala Asia B-23 di Doha, Qatar.
Bryan perbaharui rekod kebangsaan 100m kuak kupu-kupu di Doha
Perenang negara Bryan Leong Xin Ren memperbaiki rekod kebangsaan acara 100 meter (m) kuak kupu-kupu lelaki di Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar.
Kejohanan Akuatik Dunia Doha: Hoe Yean gagal ke final
Hoe Yean menduduki tempat ke-21 daripada 56 perenang.
PM ucap selamat maju jaya untuk Harimau Malaya
Skuad Harimau Malaya akan bertemu Jordan dalam perlawanan pembukaan Kumpulan E kempen Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub, Doha.
Piala Asia: Qatar mula kempen pertahan trofi dengan meyakinkan
Qatar memulakan kempen mempertahankan trofi Piala Asia 2023 dengan kemenangan 3-0 ke atas Lubnan.
MS harap lima lagi penerjun layak ke Olimpik Paris
Persekutuan Renang Malaysia (MS) menyasarkan sekurang-kurangnya lima lagi atlet meraih tiket ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Piala Dunia Qatar: Presiden Perancis Emmanuel Macron, isteri kini di Doha
Menjelang Piala Dunia 2022, Presiden Perancis Emmanuel Macron dan isterinya Brigitte berada di Doha, Qatar untuk memberi sokongan kepada pasukan kebangsaan.
Demam Piala Dunia 2022 sudah mula, ribuan peminat berarak di Doha
Sembilan hari sebelum bermula kejohanan bola sepak dunia, ribuan ekspatriat terutama peminat dari India memakai jersi berwarna Argentina, Brazil dan England mula berhimpun sempena Piala Dunia di Doha.