KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak kebangsaan bimbingan Ketua Jurulatih Tan Cheng Hoe, boleh menarik nafas lega apabila sah akan menerima suntikan vaksin COVID-19 Isnin depan.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, 78 individu terdiri daripada pemain dan pegawai termasuk Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin, dijangka menerima suntikan dos pertama COVID-19 di Dewan Seri Seroja di Putrajaya.
"Berkat usaha berterusan, kita dimaklumkan mereka sejumlah 78 orang pemain, jurulatih dan pegawai termasuk presiden, akan divaksinkan pada tarikh lebih awal.
"Maknanya mereka dapat selesaikan (suntikan dos kedua) sebelum mereka berangkat ke Dubai," katanya pada sidang media majlis pelancaran Detik 100 Hari ke Tokyo 2020 di Majlis Sukan Negara (MSN) di sini, pada Rabu.
Sebelum itu, dikhabarkan tiada jaminan diberikan kepada skuad Harimau Malaya untuk menerima vaksin COVID-19 sebelum berlepas ke Emiriah Arab Bersatu (UAE), bagi melengkapkan baki saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada Jun depan, sekali gus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pemain dan barisan kejurulatihan pasukan.
Skuad kebangsaan yang dijadual kembali berkumpul pada 16 Mei, dijangka berlepas ke Timur Tengah untuk menjalani kem latihan intensif, selain mengadakan beberapa aksi persahabatan di sana sebelum memulakan saingan Kumpulan G pusingan Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023.
Malaysia akan berdepan tuan rumah UAE pada 3 Jun, sebelum menentang Vietnam (11 Jun) dan Thailand pada 15 Jun.
Dalam pada itu, Reezal Merican berkata pihaknya tidak menerima maklum balas negatif daripada kumpulan pertama 264 atlet, yang menerima suntikan dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang bermula Selasa.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 14 2021
Reezal Merican, yang menerima dos pada Selasa lalu berkata, pihaknya tidak menerima maklum balas negatif daripada kumpulan pertama 264 atlet yang menerima suntikan dos pertama di bawah PICK. --Gambar fail BERNAMA
10 Berita Pilihan - (17 September 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: PN tolak draf MoU kerana ada niat tersirat - Muhyiddin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ahmad Zahid gesa pemain industri TVET sokong ekosistem industri halal
Ahmad Zahid berkata kewujudan lebih ramai bakat dan pakar dalam sektor halal akan mengukuhkan lagi peranan Malaysia sebagai peneraju global dalam industri.
#AWANIRingkas 17 September 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 17 September 2024
1️⃣ PN tolak draf MoU kerana ada niat tersirat - Muhyiddin
2️⃣ Banjir: cuti anggota, pegawai bomba Kedah dibekukan
3️⃣ 'Abang bas' bebas selepas bayar ikat jamin RM40,000
#awaniringkas
1️⃣ PN tolak draf MoU kerana ada niat tersirat - Muhyiddin
2️⃣ Banjir: cuti anggota, pegawai bomba Kedah dibekukan
3️⃣ 'Abang bas' bebas selepas bayar ikat jamin RM40,000
#awaniringkas
Peruntukan pembangkang, pembangunan kawasan parlimen wajar diperundangkan - Pakar
Mantan Ahli Tetap Jawatankuasa Reformasi Pilihan Raya (ERC), Dr. G Manimaran berkata peruntukan kepada pembangkang dan dana pembangunan kawasan parlimen wajar untuk diperundangkan berbanding dibuat secara Perjanjian Persefahaman (MoU) semata-mata. Pada masa yang sama, beliau berpendapat sikap pembangkang terhadap MoU yang ditawarkan Kerajaan Perpaduan ketika ini bersifat politik semata-mata. #AgendaAWANI
MoU peruntukan pembangkang berat sebelah, sepatutnya digubal undang-undang khusus - Pakar
Timbalan Ketua (Strategi) Ibu Pejabat Asia UNSDSN, Universiti Sunway, Prof. Wong Chin Huat berkata Perjanjian Persefahaman (MoU) peruntukan pembangkang yang ada ketika ini disifatkan berat sebelah memandangkan hanya menyentuh mengenai pengisytiharan harta oleh pembangkang sahaja. Jelasnya, hal tersebut sepatutnya dilakukan secara saksama oleh semua ahli parlimen dan dilakukan berdasarkan satu Akta khusus berbanding sekadar dalam bentuk MoU. #AgendaAWANI
Negara luar minat labur di Malaysia mahu pengiktirafan JAKIM
Bagi menjayakan usaha ini, beliau telah membuat rancangan dengan kerajaan negeri untuk menyediakan tanah yang akan dibeli atau disewa bagi membolehkan kilang berkenaan didirikan.
Ribut tropika Pulasan mungkin hampiri barat daya Jepun - Agensi cuaca
Menurut agensi cuaca Jepun pada Selasa, ribut tropika besar yang semakin kuat mungkin menghampiri wilayah Okinawa dan kawasan Amami di wilayah Kagoshima di barat daya Jepun pada Rabu.
MP PN tolak draf MoU kerana ada niat tersirat - Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa MoU itu antaranya mengandungi satu bab khusus mengenai isu bangsa, agama dan Raja-Raja, di mana Ahli-ahli Parlimen PN dilarang untuk bersuara mengenainya kerana menyentuh isu itu dianggap sebagai menyebarkan kebencian.
24 mangsa, tiga kanak-kanak diselamatkan
Bomba menyelamatkan 24 mangsa termasuk tiga kanak-kanak yang terperangkap akibat di Kampung Kubang Kayu, Bukit Kayu Hitam.
Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.
Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.
Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.
Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.
Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.
Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.
'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.
Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.
Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.
Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.