KUALA LUMPUR: Malaysia mencatat dua kemenangan berturut-turut menjelang kempen Kelayakan Piala Asia 2023 selepas mengatasi pasukan di ranking lebih tinggi, Hong Kong 2-0 pada perlawanan persahabatan antarbangsa Tier 1 di Stadium Nasional di Bukit Jalil di sini, malam ini.
Muhammad Safawi Rasid meletakkan skuad Harimau Malaya di depan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada babak pertama sebelum pemain gantian Safiq Rahim menjaringkan gol kedua pasukan negara menerusi sepakan percuma pada minit ke-90.
Kejayaan disaksikan kira-kira 19,075 penonton yang hadir ke stadium itu merupakan kemenangan pertama pasukan negara ke atas Hong Kong sejak 2012, selain ia kemenangan yang diperlukan skuad bimbingan Kim Pan Gon sebelum menghadapi saingan Kelayakan Piala Asia bermula minggu depan.
Segar dengan kemenangan 4-0 ke atas Brunei di sini Jumaat lepas, anak buah Pan Gon turun berkeyakinan tinggi dan berusaha mengekalkan dominasi permainan sepanjang babak pertama dengan dua pemain sayap Arif Aiman Mohd Hanapi dan Muhammad Akhyar Abdul Rashid beraksi cemerlang.
Keghairahan Malaysia memburu gol menyaksikan mereka dua peluang tercipta seawal 10 minit pertama, namun rembatan Muhamamd Safawi dihalang pertahanan lawan pada minit keenam sebelum La'vere Lawrence Corbin Ong gagal menyambar hantaran lintang rakan sepasukan pada minit kelapan.
Jaringan ditunggu-tunggu pasukan negara hadir pada minit ke-31 selepas Muhammad Akhyar dijatuhkan Fung Hing Wa dalam kotak penalti yang menyaksikan Muhamamd Safawi tenang melepaskan rembatan ke kiri gawang menewaskan penjaga gol Paulo Cesar Da Silva Argolo.
Menghampiri waktu rehat, Malaysia terlepas peluang keemasan untuk menggandakan jaringan selepas penyerang Darren Lok yang berjaya melepaskan diri dari kawalan pertahanan gagal menanduk kemas bola ke gawang.
Bersambung babak kedua, pasukan negara memulakan permainan dengan garang dan hampir meledak gol kedua, namun Darren sekali lagi kecewa selepas tampanannya gagal menewaskan Paulo Cesar pada minit ke-49.
Malaysia sekali lagi mensia-siakan peluang terhidang untuk menambah jaringan apabila Akhyar Rashid yang berjaya menggelecek penjaga gol gagal melepaskan rembatan tepat ke arah gol pada minit ke-53.
Di pertengahan babak kedua, Pan Gon membuat pertukaran dengan membawa masuk beberapa pemain antaranya Safiq, yang akhirnya berjaya membantu pasukan negara di ranking ke-154 meraih kemenangan selesa berdepan Hong Kong di ranking ke-147.
Sepakan percuma Safiq terkena benteng sekali gus menyaksikan Paulo Cesar gagal menyelamatkan gawangnya daripada dibolosi buat kali kedua.
Pelawanan persahabatan tersebut juga merupakan aksi pemanas badan terakhir sebelum skuad kebangsaan membuka tirai Kelayakan Piala Asia di Stadium Nasional menentang Turkmenistan, Bahrain (11 Jun) dan Bangladesh (14 Jun).
Sementara Hong Kong akan menghadapi saingan Kelayakan Piala Asia menentang tuan rumah India, Afghanistan dan Kemboja dalam saingan Kumpulan D bulan ini.
Sebagai rekod, Malaysia seri 1-1 dan tewas 0-2 dalam dua pertemuan terakhir berdepan Hong Kong pada pusingan kelayakan Piala Asia 2019 pada 2017 yang ketika itu Hong Kong dikendalikan Pan Gon.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 01 2022

Pemain Harimau Malaya Safiq Rahim (tengah) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan pada Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Malaysia menentang pasukan Hong Kong di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini. - Foto BERNAMA
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.

Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.

Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.

Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.

Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.

Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.

'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.

Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.

Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.

Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.