KUALA LUMPUR: Skuad muda boling negara melakar kejayaan membanggakan apabila meraih dua pingat perak dan satu gangsa pada Kejohanan Dunia Bawah-21 Persekutuan Boling Antarabangsa (IBF) Helsingborg, Sweden, pada Rabu.
Pada kejohanan berlangsung di Olympia Bowling itu, Ahmad Azriq Izamudin meraih perak acara individu lelaki selepas mencatat keseluruhan 666 jatuhan pin setelah tewas kepada pemain tuan rumah Carl Eklund yang melakukan 730 jatuhan pin dalam aksi final.
Bagi aksi individu wanita, Alya Addini Zulamri terpaksa berpuas hati dengan pingat perak apabila tumpas di tangan pemain Singapura, Colleen Pee
Alya Addini tewas pada permainan pertama dengan membuat 190 jatuhan pin manakala Pee membuat 213 jatuhan pin.
Kedua-dua pemain kemudian terikat dengan masing-masing melakukan 212 jatuhan pin di permainan kedua sebelum Pee memastikan kemenangan dalam permainan penentuan dengan catatan 60-40 jatuhan pin.
Sementara itu, gandingan Airel Amri Suhaimi-Megat Zaqrul Haiqal Megat Zairudin meraih gangsa selepas tewas kepada gandingan tuan rumah Carl Eklund-Robin Ilhammar bagi acara beregu lelaki di peringkat separuh akhir.
Eklund-Ilhammar membuat keseluruhan 467 jatuhan pin manakala Airel Amri-Megat Zaqrul membuat 378 jatuhan pin dalam dua permainan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 29 2022

Ahmad Azriq and Alyaa Addini meraih pingat perak pada Kejohanan Dunia Bawah-21 Persekutuan Boling Antarabangsa (IBF) Helsingborg. - Foto Facebook/Bowling Malaysia

PRK DUN Ayer Kuning: UMNO Perak optimis, namun tidak pandang mudah pihak lawan
Tumpuan akan terarah untuk mendapatkan sokongan daripada pengundi-pengundi baharu di kawasan DUN berkenaan.

KKM teliti gabung fungsi penguatkuasaan kesihatan awam dan penjajaran jawatan PKP/PPKP
Cadangan itu telah dikemukakan oleh CUEPACS kepada Kementerian Kesihatan.

17 sekolah baharu dijangka mula operasi tahun ini - Fadhlina
Ia merangkumi lapan sekolah rendah dan sembilan sekolah menengah melibatkan Selangor, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Apple labur US$500 bilion di AS dalam tempoh empat tahun di sebalik ancaman tarif Trump
Rancangan ini merangkumi pembinaan kilang di Texas, menggandakan Dana Pembuatan Termaju AS, penubuhan akademi pembuatan, mempercepatkan pelaburan AI dan kejuruteraan silikon.

1MDB tarik balik saman terhadap Riza Shahriz dan dua pihak lain
Peguam yang mewakili 1MDB dan tiga anak syarikatnya memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi, beliau telah menerima arahan untuk menarik balik kes tersebut terhadap semua defendan.

Azerbaijan labur AS$2 bilion di Pakistan - Shehbaz
Presiden Azerbaijan dan PM Pakistan memuktamadkan portfolio pelaburan Azerbaijan bernilai AS$2 bilion dalam projek yang memberi manfaat bersama di Pakistan.

Remaja perempuan dua kali ganda berisiko murung - Noraini
Golongan remaja perempuan Malaysia berdepan dengan risiko menghidap masalah kesihatan berkaitan mental termasuk kemurungan, dua kali ganda lebih tinggi berbanding remaja lelaki.

Tenaga kerja: Kerjasama semua agensi tangani perubahan landskap pekerjaan
Zambry berkata, kerjasama semua pihak adalah penting untuk menangani landskap pekerjaan yang berubah dengan pantas.

Umat Islam harus bina kekuatan ekonomi, kuasai AI dan digital - PM Anwar
Dalam menghadapi persaingan dunia yang sengit dan mencabar, umat Islam perlu merangkul usaha untuk membina kekuatan ekonomi serta menguasai kecerdasan buatan (AI) dan teknologi digital.
Satu juta mahasiswa akan terima pelaburan awal percuma
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata seramai satu juta mahasiswa akan menerima pelaburan awal percuma RM50 menerusi program Celik MADANI.

Skuad boling raih dua perak, satu gangsa di Sweden
Skuad muda boling negara melakar kejayaan membanggakan apabila meraih dua pingat perak dan satu gangsa pada Kejohanan Dunia Bawah-21 Persekutuan Boling Antarabangsa (IBF) Helsingborg, Sweden.