Skuad bola sepak wanita negara tewas 2-0 kepada India dalam aksi persahabatan di Stadium Selayang, malam tadi.
Kedua-dua pasukan mempamerkan permainan seimbang pada separuh masa pertama walapun skuad pelawat menguji gawang Malaysia dengan lima percubaan tepat.
India beraksi lebih kemas selepas rehat sehingga berjaya mencetak gol pembukaan pada minit ke-77 hasil rembatan leret penyerangnya, Pyari Xaxa.
Skuad negara yang dibimbing Mohd Aysraaf Abdullah cuba mencari gol penyamaan tetapi setiap gerakan dilancarkan mudah dipatahkan India.
Sembilan minit selepas gol pertama, Xaxa sekali lagi muncul penjaring buat skuad Maymol Rocky apabila tandukannya gagal diselamatkan penjaga gol tuan rumah, Nurul Azurin Mazlan, sekaligus melengkapkan kemenangan 2-0 India.
Skuad negara gagal mengulangi persembahan cemerlang ketika menewaskan Nepal 4-1, Mei lalu.
Perlawanan menentang India merupakan aksi antarabangsa terakhir buat skuad negara sebelum mengharungi saingan Sukan SEA bulan depan.
"Kedua-dua pasukan bermain dengan baik tetapi kami berjaya meraih kemenangan dalam perlawanan ini," kata Maymol.
"Saya melihat penjaga gol dan kapten pasukan, Masturah Majid, merupakan antara pemain yang menonjol dalam perlawanan ini buat Malaysia. Mereka menurunkan barisan pemain yang muda dan memiliki masa depan yang cerah.
"Saya percaya Malaysia mampu menghasilkan kejayaan dalam Sukan SEA selepas mengharungi beberapa aksi persahabatan antarabangsa."
Sementara itu, Asyraaf menerima keputusan perlawanan ini secara positif dan melihatnya sebagai satu pengalaman yang baik buat Malaysia untuk menghadapai saingan Sukan SEA nanti.
"Kami mengambil positif perlawanan ini. Saya melihat mereka berjaya mengadaptasi taktikal yang telah diterapkan. India merupakan pasukan yang berkualiti dan ia membantu Malaysia meraih satu pengalaman yang sangat baik," katanya.
"Walaupun di usia 17 tahun, dia memiliki kualiti untuk menjadi penjaga gol yang cemerlang di masa akan datang.
Astro Arena
Mon Jul 31 2017
![Skuad bola sepak wanita negara tumpas di tangan India Skuad bola sepak wanita negara tumpas di tangan India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-08/61501519867_MalaysiaIndia.jpg)
Pemain India Pyari melepaskan rembatan ketika menentang Malaysia pada perlawanan persahabatan antarabangsa bola sepak wanita di Stadium Selayang malam tadi. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Liga Super: Rembatan Harith Haiqal julang Selangor FC di Likas Liga Super: Rembatan Harith Haiqal julang Selangor FC di Likas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723582269_LigaSuper.jpg)
Liga Super: Rembatan Harith Haiqal julang Selangor FC di Likas
Kedua-dua pasukan bermula agak perlahan dengan tiada serangan berbahaya yang dihadapi kedua-dua penjaga gol.
![Video tular gaduh: Tiga pemain bola sepak remaja sudah dikenakan tindakan tegas Video tular gaduh: Tiga pemain bola sepak remaja sudah dikenakan tindakan tegas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723435650_Videotulargaduh.jpg)
Video tular gaduh: Tiga pemain bola sepak remaja sudah dikenakan tindakan tegas
Tiga pemain bola sepak yang terlibat dalam pergaduhan ketika kejohanan bola sepak peringkat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri Johor 2024, sudah diambil tindakan tegas oleh pengadil perlawanan.
![Timbalan Pesuruhjaya III Pas Melaka meninggal dunia Timbalan Pesuruhjaya III Pas Melaka meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723382190_belasungkawa.jpg)
Timbalan Pesuruhjaya III Pas Melaka meninggal dunia
Timbalan Pesuruhjaya III Pas Melaka Muhamat Puhat Bedol meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung.
![Olimpik Paris 2024: Sepanyol tumbangkan Perancis 5-3, akhiri penantian 32 tahun Olimpik Paris 2024: Sepanyol tumbangkan Perancis 5-3, akhiri penantian 32 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723255738_Spain.jpg)
Olimpik Paris 2024: Sepanyol tumbangkan Perancis 5-3, akhiri penantian 32 tahun
Kemenangan ini menambah kejayaan Sepanyol yang baru sahaja memenangi kejuaraan Eropah.
![Bintang Portugal, Pepe umum bersara daripada bola sepak Bintang Portugal, Pepe umum bersara daripada bola sepak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723155529_PemainpertahananPo.jpg)
Bintang Portugal, Pepe umum bersara daripada bola sepak
Selepas 23 cemerlang sebagai pemain bola sepak, kini tiba masanya untuk Pepe tinggalkan gelanggang.
![Nik Nazmi tawar diri bertanding jawatan Presiden KLFA Nik Nazmi tawar diri bertanding jawatan Presiden KLFA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721294828_MenteriSumberAsli.jpg)
Nik Nazmi tawar diri bertanding jawatan Presiden KLFA
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad akhirnya mengesahkan menawarkan diri bertanding bagi jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA).
![Olimpik Paris 2024: Brazil mara ke final bola sepak wanita Olimpik Paris 2024: Brazil mara ke final bola sepak wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81722996002_Priscila.jpg)
Olimpik Paris 2024: Brazil mara ke final bola sepak wanita
Brazil mengejutkan juara Piala Dunia Sepanyol dengan kemenangan 4-2 untuk memastikan tempat dalam perlawanan akhir bola sepak wanita.
![Piala FA: Hatrik Safuwan bantu Selangor singkir Terengganu untuk hampiri kejuaraan Piala FA: Hatrik Safuwan bantu Selangor singkir Terengganu untuk hampiri kejuaraan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81722700181_TBPIALA.jpg)
Piala FA: Hatrik Safuwan bantu Selangor singkir Terengganu untuk hampiri kejuaraan
Muhammad Safuwan muncul wira pasukan dengan jaringan hatriknya untuk memastikan Gergasi Merah menyingkirkan Terengganu menerusi agregat 6-4.
![Paris 2024: Perancis benam Argentina, lolos ke separuh akhir Paris 2024: Perancis benam Argentina, lolos ke separuh akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41722649422_tbJeanPhilippeMate.jpg)
Paris 2024: Perancis benam Argentina, lolos ke separuh akhir
Jean-Philippe Mateta menanduk masuk hantaran silang bekas rakan sepasukan, Michael Olise, dalam tempoh lima minit pertama permainan.
![Kursus Kod Sukan Selamat jadi komponen Skim Pelesenan, Pensijilan Jurulatih ISN Kursus Kod Sukan Selamat jadi komponen Skim Pelesenan, Pensijilan Jurulatih ISN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722324186_TBHannah.jpg)
Kursus Kod Sukan Selamat jadi komponen Skim Pelesenan, Pensijilan Jurulatih ISN
Modul Kursus Kod Sukan Selamat akan dimasukkan sebagai satu daripada komponen dalam Skim Pelesenan Kejurulatihan Kebangsaan dan Skim Pensijilan Kejurulatihan Kebangsaan kendalian ISN.