Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata sesuatu yang drastik perlu dilakukan terhadap skuad bola sepak negara bagi memulihkan sokongan peminat tempatan.
Menurut beliau jika itu tidak dilakukan pada kadar segera, peminat mungkin akan kembali meminggirkan Harimau Malaya ekoran prestasinya yang semakin hambar.
"Sekarang ini pun orang dah mula tak berapa nak tengok pasukan Malaysia bermain yang akhirnya dikhuatiri peminat untuk skuad bola sepak negara akan hilang," katanya kepada pemberita, di sini hari ini sebagai mengulas kekalahan skuad negara kepada Palestin dalam perlawanan persahabatan di Kuantan.
Ahmad Shabery berkata peminat sudah tidak mahu mendengar pelbagai alasan, sebaliknya ingin melihat pasukan negara menang atau mempamerkan kualiti permainan yang menarik.
"Alasan bila sekali dua kalah tidak mengapa, tetapi kalau sudah berkali-kali kalah, peminat sudah tidak boleh terima lagi alasan," katanya.
Terdahulu, beliau mewakili pasukan bola sepak kementeriannya menentang pasukan bola sepak Parlimen Paya Besar di sini, yang berkesudahan pasukannya menang 7-1.
Sementara itu bercakap kepada pemberita di Kemaman, Terengganu, Ahmad Shabery berkata beliau menyerahkan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menentukan nasib Datuk K. Rajagobal sebagai pengendali skuad kebangsaan.
Katanya FAM perlu membuat keputusan bijak demi masa depan skuad Harimau Malaya yang semakin lesu.
Mengenai isu Rajagobal melanggar Artikel 88 Statut FAM, Ahmad Shabery berkata beliau percaya perkara berkenaan akan dapat diselesaikan secara baik oleh FAM.
Media sebelum ini melaporkan Rajagobal berdepan dengan tindakan FAM susulan kenyataannya mengkritik dasar badan induk bola sepak itu membenarkan pemain import dalam Liga Malaysia yang dikatakan punca bola sepak negara kini ketandusan pemain penyerang berbisa.
Bernama
Sat Mar 30 2013
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Aksi membanggakan lawan Barca bukti kemampuan
Aksi membanggakan ketika berdepan Kelab La Liga, Barcelona membuktikan persiapan yang dihadapi Skuad Harimau Malaya bukanlah sesuatu yang merugikan
Rajagobal: Tingkatkan corak persembahan
Pengendali Harimau Malaya Datuk K. Rajagobal mahu anak buahnya tingkat corak persembahan menjelang pertemuan menentang Barcelona Ogos ini.
Rajagobal kunci mulut isu langgar Artikel 88 FAM
Ketua jurulatih skuad kebangsaan Datuk K. Rajagobal terus bersikap 'kunci mulut' terhadap isu pertuduhan melanggar Artikel 88 Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Rajagobal calon Anugerah Jurulatih Terbaik AFF
Pengendali skuad Harimau Malaya Datuk K. Rajagobal merupakan antara calon yang tersenarai untuk menerima anugerah Jurulatih Terbaik AFF.
Tiada konspirasi dalaman untuk singkir Rajagobal - FAM
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menolak andaian wujudnya konspirasi dalaman untuk menyingkirkan ketua jurulatih skuad kebangaan Datuk K. Rajagobal seperti yang dilaporkan media baru-baru ini.
Skuad bola sepak negara perlu berubah drastik - Ahmad Shabery
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata sesuatu yang drastik perlu dilakukan terhadap skuad bola sepak negara.
Kenal pasti pemain yang bakal digugurkan
Pengendali skuad bola sepak senior kebangsaan, Datuk K. Rajagobal mengakui persembahan Harimau Malaya kurang agresif semasa pertemuan dengan Palestin pada Selasa.
'Harap Rajagobal kota janji' - Tengku Abdullah
Ketua jurulatih Harimau Malaya Datuk K. Rajagobal diharap dapat mengotakan janji layak ke pusingan akhir Piala Asia 2015.
Rajagobal bangga dengan pasukan Harimau Malaya
Ketua jurulatih skuad senior kebangsaan, Datuk K. Rajagobal mengangkat tiga nama sebagai penyumbang utama kejayaan ke atas Yaman.
Rajagobal perlu tingkatkan permainan skuad negara
Datuk K. Rajagobal harus membuat sesuatu terutama dalam menghadapi Yemen pada saingan Kumpulan D kelayakan Piala Asia 2015 di Shah Alam.