Ketua jurulatih Harimau Malaya Datuk K. Rajagobal diharap dapat mengotakan janji layak ke pusingan akhir Piala Asia 2015.
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah badan induk itu sudah punyai rancangan jika Rajagobal gagal dalam misinya kali ini.
Sultan Ahmad Shah berkata, "Saya berharap dia mampu beri kejayaan. Fam sudah ada penilaian pelang untuk dia. Saya tidak berani untuk menyatakan siapa. Biar dia fokus untuk perjuangan ini."
Baginda bertitah demikian selepas mesyuarat Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) di Kuala Lumpur, pada Ahad.
Titah baginda lagi, ia juga penting buat Rajagobal untuk memastikan suasana kem negara berada dalam keadaan hormani bagi meneruskan perjuangan dalam kempen kelayakan Piala Asia kali ini.
Baginda turut mengingatkan agar pengendali berusia 57 tahun itu tidak terlalu cepat berpuas hati kerana perjalanan ke Australia masih terlalu jauh.
Lantas, baginda berharap Rajagobal mampu membawa skuad negara ke tahap yang lebih jauh dalam saingan tersebut.
Rajagobal sebelum ini menyatakan layak ke Piala Asia adalah sasaran utamanya selepas menjulang dua gelaran Sukan Sea 2009 dan Piala Suzuki AFF 2010.