PETALING JAYA: Skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan semalam memulakan kem latihan pusat tanpa kelibat ketua jurulatih Brad Maloney dan lapan pemain termasuk Wan Ahmad Kuzri Wan Ahmad Kamal yang belum melapor diri.
Kem latihan pusat itu adalah persiapan pasukan dalam menghadapi kempen Kejuaraan B-23 Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022 di Phnom Penh, Kemboja, bulan depan.
Penolong ketua jurulatih Khan Hung Meng berkata Maloney sedang menjalani kuarantin dan dijangka mengambil alih sesi latihan selewat-lewatnya 3 Feb depan, sementara pasukan masih berunding mengenai Wan Kuzri susulan masalah peribadi dihadapi pemain berpangkalan di Amerika Syarikat itu.
Hung Meng berkata tujuh pemain yang tidak dapat melapor diri disebabkan menjalani tempoh latihan pramusim dan kelab-kelab memerlukan mereka dijangka menyertai pasukan 6 Feb depan.
"Buat masa sekarang 23 pemain melapor diri. Brad (Maloney) telah beri segala arahan berhubung latihan sepanjang ketiadaannya dan kita mengikut aturannya dan beliau konsisten dalam perbincangan menerusi Zoom," katanya ketika ditemui di Kompleks Sukan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di sini semalam.
Pengarah Teknikal baharu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Scott O'Donnell turut hadir memberikan kata-kata semangat kepada barisan pemain sebelum latihan bermula.
Selain Wan Kuzri, tujuh pemain yang belum melapor diri adalah empat dari Sabah FC iaitu Mohd Nureizkhan Isa Japar, Gerald Gadit, Abdul Hanafie Tokyo Abdul Hasim dan Azhar Harraz Arman serta tiga pemain Petaling Jaya (PJ) City FC terdiri daripada Zainal Abidin Jamil, A. Shivan Pillay dan V. Ruventhiran.
Seorang pemain dalam senarai simpanan iaitu K. Thivandaran dari Penang FC turut dipanggil sekali gus melengkapkan 23 pemain yang melapor diri pada hari pertama kem latihan itu.
Sementara itu, Hung Meng berkata skuad B-23 negara akan bermain tiga perlawanan persahabatan masing-masing menentang Sabah FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada 5 Feb, manakala aksi sama ada menentang Kedah Darul Aman FC atau Skuad Projek FAM-MSN (8 Feb) dan Kuala Lumpur City FC (10 Feb).
Skuad B-23 kebangsaan yang diundi dalam Kumpulan B dijadual berlepas ke Phnom Penh pada 12 Feb sebelum memulakan kempen menentang Myanmar dalam aksi pembukaan di Stadium Prince pada 15 Feb.
Anak buah Maloney kemudian akan berdepan Laos pada 18 Feb di venue sama dan bertemu Indonesia dalam aksi terakhir kumpulan di Stadium Nasional Morodok Techo pada 21 Feb.
Tiga juara kumpulan dan pasukan naib juara kumpulan terbaik akan mara ke peringkat separuh akhir pada 24 Feb manakala perlawanan akhir dijadual berlangsung pada 26 Feb.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 27 2022
Scott O'Donnell turut hadir memberikan kata-kata semangat kepada barisan pemain sebelum latihan bermula. - Facebook FAM
Saya individu tepat untuk Man United - Ruben Amorim
Ruben Amorim percaya dia adalah 'individu yang tepat pada masa yang tepat' untuk mengubah nasib Manchester United.
Madani tumpu cari persamaan, selesai pertelingkahan - TPM Fadillah
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata berkata tumpuan Kerajaan Madani untuk mencari persamaan dan menyelesaikan pertelingkahan dengan sentiasa berunding.
#AWANInews
#AWANInews
MTL: Sistem amaran awal kurangkan risiko - TPM Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sistem amaran awal dapat mengurangkan risiko bencana dengan memberitahu kumpulan berpotensi menghadapi banjir untuk berpindah lebih awal.
#AWANInews
#AWANInews
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual.
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant.
Keputusan ini dianggap sebagai satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman di Gaza.
Keputusan ini dianggap sebagai satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman di Gaza.
SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengesahkan penemuan bangkai ikan paus berhampiran Jambatan Triso.
Liputan 5G capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk mencapai 82.1 peratus setakat akhir Oktober lalu.
2TM: Liputan 5G di kawasan berpenduduk capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk negara kini mencapai 82.1 peratus setakat hujung Oktober lepas.
Polis tidak pernah henti siasat kes Faisal disimbah asid
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim di sebuah pusat belah belah di Kota Damansara, dekat sini Mei lalu.
Hanya berbaki 1,000 topi keledar di kaunter JPJ pada hari kedua 2TM
Hanya 1,000 unit topi keledar lagi yang berbaki untuk hari kedua Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM).
Skuad B-23: Pengajaran kekalahan 1-2 kepada China
Skuad B-23 negara tumpas 1-2 dalam perlawanan antarabangsa bertemu pasukan pelapis China.
Skuad B-23: Pengalaman luar negara Richard Chin jadi sandaran
Kelibat Richard Chin yang memasuki hari ketiga bersama skuad B-23 negara disambut baik walaupun mungkin ia masih di peringkat awal.
FAM nafi Honda kendali skuad B-23
FAM menafikan desas-desus mengatakan bekas bintang sensasi bola sepak Jepun, Keisuke Honda akan mengemudi skuad bola sepak bawah 23 tahun (B-23).
Piala Asia: Terlalu buka peluang kepada lawan punca skuad B-23 kalah - Maloney
Kekalahan skuad B-23 kepada Korea Selatan pada aksi pembukaan Kumpulan C, Piala Asia berpunca daripada sikap pemain yang terlalu membuka peluang.
Maloney umumkan skuad akhir B-23 Piala Asia esok
Senarai akhir 23 pemain skuad Bawah-23 (B-23) Kejohanan Piala Asia di Tashke, Uzbekistan hanya akan diumumkan selepas latihan terakhir mereka, esok.
Nik Akif, Umar Hakeem enggan 'mimpi ngeri' edisi 2019 berulang
Kegagalan edisi lepas perlu dijadikan pengajaran dalam usaha mencipta kejayaan membanggakan pada temasya Sukan SEA ke-31.
Maloney taruh keyakinan tinggi prestasi skuad B-23 negara
Maloney berkata kesemua pemain telah menunjukkan kualiti permainan yang baik.
Skuad B-23 kebangsaan berlepas ke Kemboja sehari awal
Skuad kendalian Ketua Jurulatih Brad Maloney itu sebelum ini dijadual berlepas ke Kemboja esok.
Lima lagi pemain dipanggil ke kem latihan skuad B-23 negara
Skuad B-23 kebangsaan dijadual berlepas ke Phnom Penh pada 12 Februari dan akan menentang Myanmar dalam aksi pembukaan Kumpulan B.
Juventus pertaruh Pirlo sebagai pengurus baru
Walaupun bekas pemain tengah Itali itu baru memegang jawatan sebagai pengurus skuad B-23 kelab itu sembilan hari yang lalu, kini diberi kepercayaan untuk menggantikan Maurizio Sarri.