KUALA LUMPUR: Skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan bakal melalui perubahan dalam usaha memperkukuhkan pasukan negara kendalian Ketua Jurulatih Kim Pan Gon.
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin berkata perubahan itu untuk memastikan pasukan muda negara bergerak selari dengan hala tuju skuad senior dan perkara tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat yang dijadual bulan depan.
"Kalau kita tak boleh ubah secara terus ekosistem bola sepak Malaysia, kita kena ubah daripada skuad B-23 dan saya ingin nyatakan skuad B-23 akan ada perubahan," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Hamidin berkata perbelanjaan juga diperlukan untuk melakukan perubahan tersebut antaranya dari aspek kepakaran barisan teknikal dan kejurulatihan.
Sebelum ini, timbul khabar angin mengaitkan penolong kepada Pan Gon, Pau Marti Vicente yang merupakan bekas penolong jurulatih kelab gergasi Eropah, FC Barcelona dengan jawatan Ketua Jurulatih skuad B-23 yang kini disandang Brad Maloney.
Selepas cemerlang dalam kempen Kelayakan Piala Asia B-23 tahun lepas, skuad kendalian Maloney menunjukkan prestasi kurang memberangsangkan dalam tiga pertandingan disertai tahun ini bermula di Kejohanan AFF B-23 di Kemboja pada Februari lepas.
Pada Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam bulan lepas, skuad B-23 pulang dengan tangan kosong selepas tewas dalam aksi penentuan pingat gangsa kepada Indonesia.
Baru-baru ini, skuad Harimau Muda itu gagal meraih sebarang kemenangan dalam saingan Kumpulan C kempen Piala Asia B-23 di Tashkent, Uzbekistan selepas tewas kepada Korea Selatan 1-4, Thailand (0-3) dan Vietnam 0-2.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 16 2022
Datuk Hamidin Mohd Amin berkata perubahan itu untuk memastikan pasukan muda negara bergerak selari dengan hala tuju skuad senior dan perkara tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat yang dijadual bulan depan. - Gambar fail/BERNAMA
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Lupakan insiden 2018, fokus aksi Selasa - Cheng Hoe
Pengendali berusia 51 tahun itu mahu pemain-pemain skuad negara turun ke padang dengan yakin dan semangat juang yang tinggi.