Ketua Jurulatih Kebangsaan, Tan Cheng Hoe tidak mahu insiden kekecohan melibatkan skuad Bawah-23 tahun (B-23) negara dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada tahun lalu, mengganggu fokus pemain, menjelang aksi pada Selasa ini.
Malah, pengendali berusia 51 tahun itu mahu pemain-pemain skuad negara, yang turut dibarisi beberapa pemain yang terlibat dalam aksi tahun lalu, turun ke padang dengan yakin dan semangat juang yang tinggi, untuk mencatatkan kemenangan kedua buat skuad Harimau Malaya dalam aksi Kumpulan G, pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 itu.
"Saya selalu ingatkan pemain kita tak mahu ada apa-apa berlaku, bagi saya setiap pemain kena fokus pada bola sepak sahaja, tak boleh ada faktor luaran yang mengganggu fikiran dan fokus, kerana ia menjejaskan prestasi juga.
"Kita tak boleh anggap pemain mereka akan balas dendam atau kita perlu balas dendam. Tapi kalau fokus pada aksi kita, kita akan beri persembahan yang terbaik," katanya ketika ditemui pemberita pada sesi latihan skuad Harimau Malaya di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di sini, pada Ahad.
Pada aksi persahabatan sebagai persiapan ke Sukan Asia 2018 di Stadium Shah Alam tahun lalu, skuad muda negara mendahului 2-0 menerusi jaringan Safawi Rasid pada minit ke-27 dan Akhyar Rashid pada minit ke-64, sebelum pemain kedua-dua pasukan bergaduh, berpunca daripada kekasaran daripada pemain UAE.
Cheng Hoe turut mengingatkan pemain supaya tidak mengambil mudah perlawanan di Stadium Nasional Selasa ini, kerana kemenangan ke atas pasukan bawah umur berbeza dengan skuad kebangsaan, yang akan menampilkan pendekatan berbeza.
Ia berikutan skuad Harimau Malaya di bawah kendalian Dollah Salleh pernah diaibkan dengan kekalahan 10-0 dalam kempen kelayakan sebelum ini pada 2015, iaitu kekalahan terbesar dalam sejarah pasukan negara.
Pengendali dari Kedah itu turut menjelaskan bahawa UAE berada dalam tahap yang lebih baik, berdasarkan ranking ke-65 dunia, selain mara sehingga ke pusingan separuh akhir Piala Asia 2019.
Cheng Hoe mengakui bahawa UAE mempunyai kelebihan, kerana mempunyai rehat pada Khamis lalu berbanding skuad negara yang terpaksa berjuang hingga ke minit terakhir, untuk mencatatkan kemenangan 3-2 ke atas Indonesia.
"Mereka juga ada kelebihan kerana telah melihat kita beraksi dan sudah pasti sudah ada statistik mengenai pasukan kita, jadi kita kena memperbaiki kelemahan kita. Keputusan perlawanan sebelum ini hanya diambil sebagai motivasi, tetapi sudah pasti kita mendapat momentum perlawanan," katanya.
Sementara itu, Safawi yakin bahawa tidak mustahil untuk skuad Harimau Malaya untuk mengatasi gergasi timur tengah itu, sekiranya semua rakan sepasukannya beraksi dengan baik dan yakin.
"Saya percaya dengan rakan sepasukan saya dan taktikal jurulatih untuk memerangkap UAE, bagi mendapatkan keputusan positif. Kita juga harus lupakan perkara lepas dan fokus pada perlawanan kali ini," katanya.
Sebagai rekod, kali terakhir Harimau Malaya menewaskan UAE adalah pada Pestabola Merdeka 1982, 2-1, dan satu lagi kemenangan 2-0 pada Piala Asia 1980. Selain daripada itu pasukan kebangsaan tewas, dalam sembilan pertemuan lain dan seri sekali.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 08 2019
Cheng Hoe tidak mahu insiden kekecohan melibatkan skuad Bawah-23 tahun (B-23) negara dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada tahun lalu mengganggu fokus pemain. -Gambar fail -Gambar fail
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Melaka mohon KPKT bina tapak pelupusan sisa pepejal sektor ICI
Sebanyak 30-40 peratus daripada keseluruhan sisa pepejal yang dibuang ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang adalah sisa ICI.
Agong berangkat ke majlis sambutan Hari Kebangsaan ke-52 UAE
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke majlis sambutan Hari Kebangsaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang ke-52.
PM Anwar sifatkan lawatan ke UAE berjaya
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan lawatan beliau ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebagai membuahkan hasil yang baik dengan berjaya menarik komitmen pelaburan berjumlah RM40.6 bilion.
Hubungan dua hala dan ekonomi antara Malaysia dengan UAE terus berkembang
Hubungan dua hala dan ekonomi yang kukuh antara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) terus berkembang dengan perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara semakin meningkat.
Kabinet setuju kaji semula Bandar Malaysia, UAE dipelawa sertai projek
Menurut Perdana Menteri, Kabinet bersetuju untuk mengkaji semula projek pembangunan itu supaya ia melibatkan lebih ramai pihak.
Malaysia, UAE kukuhkan hubungan dua hala khususnya dalam konteks pertahanan - Hishammuddin
Malaysia dan UAE senada prospek ini mesti diterokai sebaik mungkin demi memacu kerjasama pertahanan dua negara ke tahap yang lebih tinggi.
Malaysia-UAE perkukuh kerjasama dalam sekuriti makanan - MAFI
Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) sedia memperkukuhkan lagi kerjasama diplomasi sekuriti makanan antara kedua-dua negara, menurut Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) hari ini.
UAE hentikan eksport gandum dari India selama empat bulan
Kementerian Ekonomi memaklumkan keputusan dibuat susulan perkembangan antarabangsa yang telah menjejaskan aliran perdagangan.
Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohammed Zayed dilantik Presiden baharu UAE
Keputusan dicapai menerusi mesyuarat majlis tertinggi persekutuan oleh tujuh pemerintah UAE.
Pemimpin seluruh Asia Barat berkabung atas pemergian Presiden UAE
Pemimpin di seluruh Asia Barat menzahirkan kesedihan atas pemergian Presiden UAE Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan, yang meninggal dunia.
Agong zahir ucapan takziah kepada keluarga Presiden UAE
Seri Paduka turut menzahirkan rasa dukacita atas pemergian Almarhum dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Sheikh Khalifa sabar serta tabah menghadapi dugaan dan suasana sedih serta pilu itu.