Pengerusi Persekutuan Bola Sepak Australia, Frank Lowy berkata saingan untuk bidaan tuan rumah Piala Dunia 2022 adalah ‘tidak bersih’.
Dalam surat terbukanya pada Rabu, Frank menyatakan bahawa beliau tidak gentar untuk mengongsikan apa yang diketahuinya kepada pihak berkuasa.
“Kami membuat bidaan yang bersih, dan saya tahu bahawa yang lain tidak. Saya telah memaklumkan pihak berkuasa termasuklah Michael Garcia yang sedang dalam siasatan dua tahun terhadap proses bidaan Piala Dunia 2022,” ujarnya.
Australia sebelum ini bersaing dengan Qatar, Amerika Syarikat, Jepun dan Korea Selatan untuk menjadi tuan rumah kejohanan pada tahun 2022. Namun peluang itu diberikan kepada Qatar.
Meskipun melabur lebih daripada AUS40 juta (RM114.5 juta) semasa membida, Australia hanya memperoleh satu undian. Frank yang juga merupakan pengasas dan ketua empayar membeli-belah global, Westfield merasakan itu sebagai satu penghinaan.
“Sejak 2 Disember 2010, secara peribadinya saya telah merubati kedukaan apabila Australia hanya menerima satu undian dalam bidaan Piala Dunia,” jelasnya tanpa menerangkan apakah bukti yang dimiliki mengenai korupsi yang diperkata.
“Kami berbangga kerana membuat bidaan yang bersih namun ia bukanlah satu persaingan yang adil. Atas sebab itu, kami tidak menang. Saya akan sentiasa kecewa dengan keputusan itu, " tambahnya.
Komen beliau menjurus kepada dua siasatan berasingan oleh pihak berkuasa Amerika dan Switzerland ke atas dakwaan rasuah yang berleluasa dan sudah lama berlaku dalam dalam organisasi FIFA.
Minggu lalu, beberapa pegawai atasan FIFA ditahan dalam sebuah serbuan di Zurich. Mereka didakwa menerima rasuah bernilai puluhan juta dolar oleh para penyiasat dari Amerika Syarikat.
Berikutan itu, Sepp Blatter mengumumkan perletakkan jawatannya pada Selasa selang beberapa hari dilantik semula sebagai presiden FIFA buat kali kelima.
Pada masa yang sama, salah satu penyiasat sedang mengkaji penganugerahan tuan rumah Piala Dunia 2018 dan 2022 kepada Rusia dan Qatar.
Australia mengejutkan banyak pihak apabila bersama-sama Persekutuan Bola Sepak Asia pada minggu lalu mengundi menentang Sepp.
Walaupun sebelum ini Frank dan Sepp adalah rakan sekutu, namun hartawan itu menyentuh bahawa peristiwa baru-baru ini telah menjadi titik perubahan untuk badan dunia sukan.
“Peletakan jawatan Sepp Blatter seharusnya membuka lembaran baru bagi pembaharuan yang besar, " katanya.
AFP
Wed Jun 03 2015
![Skandal FIFA: Ketua bola sepak Australia berkata bidaan Piala Dunia 2022 'tidak bersih' Skandal FIFA: Ketua bola sepak Australia berkata bidaan Piala Dunia 2022 'tidak bersih'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-11/61415969606_295x200.jpg)
Pengerusi Persekutuan Bola Sepak Australia, Frank Lowy dalam surat terbukanya menyatakan bahawa saingan untuk bidaan Piala Dunia 2022 adalah tidak bersih.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
Polis tunggu laporan makmal tentukan punca kematian Nur Farah Kartini
Polis sedang menunggu laporan makmal bagi menentukan punca kematian berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nur Farah Kartini Abdullah.
![Harimau Malaya daki tiga anak tangga, Thailand cecah 100 terbaik dunia Harimau Malaya daki tiga anak tangga, Thailand cecah 100 terbaik dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718885691_HarimauMalaya.jpg)
Harimau Malaya daki tiga anak tangga, Thailand cecah 100 terbaik dunia
Skuad Harimau Malaya melonjak tiga anak tangga untuk menduduki tempat ke-135 dunia berdasarkan kemas kini terbaharu ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) hari ini.
![FIFA lakukan penilaian penambahbaikan stadium di Indonesia FIFA lakukan penilaian penambahbaikan stadium di Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71680125057_FIFAslogo.jpg)
FIFA lakukan penilaian penambahbaikan stadium di Indonesia
Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) baru-baru ini telah selesai melakukan penilaian ke atas lapan stadium di seluruh Indonesia untuk meningkatkan langkah keselamatannya.
![FIFA, AFC akan bantu Palestin - Hamidin FIFA, AFC akan bantu Palestin - Hamidin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715946460_TBFAMFIFABANGKOK.jpg)
FIFA, AFC akan bantu Palestin - Hamidin
FIFA dan AFC akan memberi bantuan yang diperlukan oleh Persatuan Bola Sepak Palestin (PFA) susulan konflik Palestin dan Israel.
![AFC sokong saranan gantung Israel AFC sokong saranan gantung Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715917060_afc.jpg)
AFC sokong saranan gantung Israel
Presiden AFC suarakan sokongan terhadap usul Persatuan Bola Sepak Palestin agar Israel digantung daripada FIFA berikutan serangan tidak berpenghujung di Gaza.
![Thailand sambut lebih 3,000 perwakilan untuk Kongres FIFA ke-74 Thailand sambut lebih 3,000 perwakilan untuk Kongres FIFA ke-74](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715600014_TBFIFACongress.jpg)
Thailand sambut lebih 3,000 perwakilan untuk Kongres FIFA ke-74
Thailand pada Isnin menyambut lebih 3,000 perwakilan dari persatuan anggota Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk menghadiri Kongres FIFA ke-74 di Bangkok dari 13 hingga 17 Mei.
![Liga Malaysia: Stadium Likas, Sabah pertama bakal guna sistem VAR sendiri Liga Malaysia: Stadium Likas, Sabah pertama bakal guna sistem VAR sendiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709870504_TBStuartRamalingam.jpg)
Liga Malaysia: Stadium Likas, Sabah pertama bakal guna sistem VAR sendiri
Sabah bakal menjadi negeri pertama mengguna pakai sistem VAR sendiri jenis sistem Goal Sport VAR untuk perlawanan Liga Malaysia di Stadium Likas.
![FIFA lulus penggunaan VAR di Liga Malaysia - FAM FIFA lulus penggunaan VAR di Liga Malaysia - FAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81714643671_TBVARCAMBOLA.jpg)
FIFA lulus penggunaan VAR di Liga Malaysia - FAM
Penggunaan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) bermula musim 2024/2025 sudah mendapat pengiktirafan dan kelulusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
![SPRM sahkan tiada penyelewengan, rasuah dikesan dalam projek NTC setakat ini SPRM sahkan tiada penyelewengan, rasuah dikesan dalam projek NTC setakat ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714299467_SPRMLogoSPRM.jpg)
SPRM sahkan tiada penyelewengan, rasuah dikesan dalam projek NTC setakat ini
SPRM mengesahkan tidak menemui sebarang penyelewengan serta rasuah setakat ini berhubung cadangan projek pembinaan National Training Center (NTC) di Putrajaya yang dianggar bernilai RM25 juta.
![Ranking pasukan bola sepak Vietnam merudum selepas kekalahan dalam aksi kelayakan Ranking pasukan bola sepak Vietnam merudum selepas kekalahan dalam aksi kelayakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712358514_TBHarimauMalaya.jpg)
Ranking pasukan bola sepak Vietnam merudum selepas kekalahan dalam aksi kelayakan
Skuad itu kehilangan 30.04 mata selepas dua kekalahan berturut-turut kepada Indonesia pada Mac.
![Ranking Harimau Malaya jatuh ke-138 dunia Ranking Harimau Malaya jatuh ke-138 dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712224279_harimaumalaya.jpg)
Ranking Harimau Malaya jatuh ke-138 dunia
Skuad negara jatuh enam anak tangga daripada kedudukan ke-132 dunia kepada 138 dunia.