MELAKA: Keputusan 40-1 yang diraih juara dunia empat kali Siti Rahmah Mohamed Nasir ketika menundukkan pesilat India yang sekali gus melayakkannya ke separuh akhir Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022 petang ini membuktikan pesilat wanita itu sukar ditandingi.
Pada aksi pembuka tirai kategori Tanding Wanita pada Jumaat, atlet kelahiran Terengganu berusia 35 tahun itu mudah 'menumbangkan' lawannya Sudha Chauhan dalam aksi Kelas F kategori itu.
Meskipun aksinya itu boleh dianggap 'terlalu mudah' malah mendahului 29-0 pada pusingan pertama, Siti Rahimah bagaimanapun kekal dengan rentak persembahan berhati-hati dan penuh disiplin.
Lebih menarik, Siti Rahimah 'bertempur' hanya dalam dua pusingan sebelum Sudha menarik diri sebaik tamat pusingan kedua, sekali gus memudahkan kemaraan pesilat negara itu ke pusingan separuh akhir.
Bagi aksi separuh akhir hari ini, Siti Rahmah akan bertemu pesilat Singapura Nur Shaqira Sheik Alaudin yang sebelum itu mendapat bye.
Turut mengiring juara bertahan itu adalah Mohd Fauzi Khalid dalam Kategori Tanding yang menewaskan peserta Amerika Syarikat dengan keputusan 47- (-) 3 yang beraksi dalam Kelas G.
Pemenang pingat emas Sukan SEA 2017 itu bakal berdepan wakil Thailand Suthat Bunchit yang sebelum itu menewaskan Joash M. Cantoria dari Filipina dengan keputusan 62-14.
Begitupun, aksi petang ini tercalit sedikit kontroversi membabitkan perlawanan seorang lagi pesilat negara, Zulfazly Zulfakar yang tewas 19-23 kepada Abdul Raazaq Abdul Rashid dari Singapura yang beraksi dalam Kelas E.
Kontinjen silat negara mempertikaikan keputusan memberi kemenangan kepada atlet dari Singapura itu selepas mendakwa berlaku kesilapan sewaktu pemberian mata oleh wasit yang bertugas di sepanjang tiga pusingan perlawanan berlangsung.
Sehubungan itu, pengurus pasukan kebangsaan Datuk Mohd Arpan Shaari mengemukakan bantahan atas keputusan perlawanan tersebut dan setakat ini masih menunggu keputusan dari seketariat kejohanan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 29 2022

Aksi pesilat Malaysia Siti Rahmah Mohamed Nasir (kanan) ketika berdepan pesilat Vietnam Quang Thi Thu Nghia. - Foto BERNAMA

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

Siti Rahmah, Al Juffri tepati sasaran ke pentas akhir
Jaguh silat negara Siti Rahmah Mohamed Nasir dan Mohd Al Jufferi Jamari menepati ramalan, apabila mara ke pusingan akhir Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022.

Siti Rahmah menang mudah, tepati sasaran ke separuh akhir
Atlet kelahiran Terengganu berusia 35 tahun itu mudah 'menumbangkan' lawannya Sudha Chauhan dalam aksi Kelas F kategori itu.

Sukan SEA Hanoi: Dua pesilat wanita penyelamat suasana suram kem silat negara
Srikandi silat negara Siti Rahmah Mohamed Nasir dan Siti Shazwana Ajak berjaya mengesahkan tempat di pentas final.

Malaysia tambah dua emas hari terakhir kejuaraan silat dunia
Skuad silat negara menampilkan aksi cemerlang apabila menambah dua lagi pingat emas pada hari terakhir Kejuaraan Pencak Silat Dunia ke-18 di Arena OCBC, Singapura.

Abdul Latif, Siti Rahmah dinobat Olahragawan dan Olahragawati 2016
Atlet elit paralimpik negara, Abdul Latif Romly dan pesilat Siti Rahmah Mohamed Nasir masing-masing dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan.