KUALA TERENGGANU: Atlet berbasikal lebuh raya Terengganu, Siti Nur Alia Mansor mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pelumba wanita pertama negara dan Asia Tenggara terpilih menyertai pasukan berbasikal jelajah dunia, Canyon-SRAM Racing Team yang berpangkalan di Sepanyol.
Siti Nur Alia, 21, berkata tawaran kontrak selama setahun daripada pasukan yang berada di kedudukan kelima dunia itu bagaikan mimpi jadi nyata dan telah lama diidamkannya.
"Jun lepas saya telah dihubungi oleh Adam Szabo, bekas jurulatih Terengganu Cycling Team (TSG) yang kini melatih pasukan Canyon-SRAM Racing Team. Beliau menyatakan minat untuk mengetengahkan bakat saya bersama pasukan mereka.
"Saya mengambil masa sebulan untuk bersetuju selepas memikirkan masa depan dan perkembangan kerjaya dalam arena berbasikal," katanya pada majlis meraikan kejayaan beliau ke pasukan profesional Canyon-SRAM Racing Team di Wisma Darul Iman di sini hari ini.
Pada majlis itu, Siti Nur Alia yang juga atlet Sukan Malaysia (Sukma) Terengganu turut menerima sumbangan wang saku RM3,000 daripada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri Wan Sukairi Wan Abdullah.
Di sebalik keterujaan untuk mengembangkan karier di luar negara, Siti Nur Alia yang meraih pingat perak dan gangsa dalam acara pecut dan 500 meter ujian masa pada kejohanan Sukma Perak 2018 tetap berasa gugup dan gementar kerana akan beraksi bersama rakan sepasukan yang berpengalaman luas dan mantap dari seluruh dunia.
"Ini adalah batu loncatan atau permulaan untuk saya mengejar impian yang lebih besar iaitu beraksi di pentas sukan terbesar, Olimpik.
"Saya akan membalas pengorbanan dan jasa semua pihak termasuk keluarga, jurulatih dan keluarga besar basikal Terengganu dengan mengharumkan nama Terengganu dan Malaysia di pentas dunia suatu hari nanti," katanya yang akan berlepas ke Jerman pada 13 Jan sebelum ke Sepanyol.
Sementara itu, Wan Sukairi berkata kerajaan negeri melalui Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) akan meneruskan pemberian elaun bulanan RM1,500 selama setahun kepada Siti Nur Alia.
"Kita amat bersyukur kerana pasukan baharu Alia (Siti Nur Alia) sedia membenarkan beliau pulang April ini untuk menyertai Sukma.
"Jadi kita harap Alia akan gunakan pengalaman berharga di sana untuk mengharumkan nama negeri di Sukma 2020 yang dijangka berlangsung Jun depan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 04 2022

Siti Nur Alia berkata tawaran pasukan yang berada di kedudukan kelima dunia itu bagaikan mimpi jadi nyata. - Gambar/ Bernama
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Kayuhan pertama Siti Nur Alia di Sepanyol Mac ini
Siti Nur Alia memaklumkan beliau akan diperkenalkan sebagai pelumba baharu pada Sabtu ini.

Siti Nur Alia pelumba wanita negara pertama sertai pasukan berbasikal bertaraf dunia
Siti Nur Alia, 21, berkata tawaran kontrak selama setahun daripada pasukan yang berada di kedudukan kelima dunia itu bagaikan mimpi jadi nyata dan telah lama diidamkannya.