Menurut kenyataan rasmi laman Facebook, Johor Southern Tigers, Bojan mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Tunku Ismail atau TMJ, untuk projek Bandar Sukan JDT dan mengimbas kembali pengalamannya bersama skuad Harimau Selatan.
"Satu perkara yang saya boleh katakan tentang JDT adalah ia berada dalam kelas yang tersendiri.
"Mengapa? Kerana yang menjadi perancang utama di sebaliknya, adalah TMJ," kata Bojan.
Sementara itu, Bojan mengakui karakter TMJ adalah satu karakter yang tidak ditemui setiap hari sekali gus menggariskan visi dan semangat baginda berada di tahap yang lain daripada yang lain.
"Saya telah bertemu dengan ramai orang dalam bola sepak, sama ada yang muda mahupun yang berusia. Tetapi sepanjang kerjaya saya sebagai bekas pemain bola sepak dan jurulatih, visi dan semangatnya begitu sukar dipercayai.
"Perbezaan antara TMJ dan orang lain dalam bola sepak yang saya temui adalah pengetahuan dan sikapnya. Orang lain bercakap tentang memenangi perlawanan dan trofi. Beliau pula bercakap mengenai membina empayar bola sepak dan meninggalkan warisan," tambahnya.
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengurniakan tanah seluas 28 hektar pemberian kerajaan negeri untuk dijadikan Bandar Sukan Johor Darul Ta'zim.
Hala tuju Bojan Hodak masih menjadi tanda soal setelah dicalonkan dalam senarai pendek Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi menjawat kerusi panas Harimau Malaya. Namun jawatan itu akhirnya menjadi milik Datuk Ong Kim Swee baru-baru ini.
Hala tuju Bojan Hodak masih menjadi tanda soal setelah dicalonkan dalam senarai pendek Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi menjawat kerusi panas Harimau Malaya. Namun jawatan itu akhirnya menjadi milik Datuk Ong Kim Swee baru-baru ini.