Litar Antarabangsa Sepang (SIC) malam ini melancarkan kempen terbarunya bagi penganjuran kali terakhir Grand Prix Formula Satu (F1) Petronas Malaysia 2017 bertemakan 'F1NALE'.
Grand Prix F1 Malaysia 2017 akan berlangsung dari 29 Sept hingga 1 Okt, dan akan menampilkan pelbagai aktiviti dan produk menarik bagi meraikan 19 tahun penganjuran F1 di negara ini, termasuk semua harga tiket baharu yang tidak boleh dilepaskan.
"Daripada bersedih dengan penganjuran kali terakhir perlumbaan antarabangsa berprestij ini, SIC dan Petronas merancang menjadikan acara tahun ini menarik dan bersejarah untuk semua.
"F1 adalah acara yang berjaya dan telah memainkan peranan penting dalam pembangunan bukan hanya bagi Litar Sepang, tetapi juga kepada industri sukan permotoran dan sektor pelancongan sukan Malaysia.
"Impak perlumbaan itu telah dirasai dan ia akan terus kekal untuk tahun-tahun akan datang kerana telah menonjolkan Malaysia di peta dunia," kata Pengerusi SIC Tan Sri Azman Yahya dalam kenyataan di sini hari ini.
Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Kumpulan Petronas, Zahariah Abdul Rahman berkata Petronas turut berkembang baik menerusi kerjasama dengan pelbagai pasukan F1, dan terbaharu bersama juara dunia tiga kali, Mercedes AMG Petronas Motorsport.
"Petronas berbesar hati mendapat peluang menganjurkan Grand Prix Petronas Malaysia dan perkongsian yang berjaya dengan SIC. Bagi pihak Petronas, saya mengucapkan selamat maju jaya kepada SIC dalam mengorak langkah seterusnya untuk mencipta sejarah baharu untuk negara tercinta," katanya.
Grand Prix Malaysia yang kali pertama diadakan pada 1999, adalah sebahagian daripada sejarah SIC kerana Litar Sepang dibina khas untuk Malaysia menganjurkan
kejuaraan perdana dunia kenderaan empat roda itu.
Bersama penaja utama Petronas, SIC bukan sekadar menganjurkan perlumbaan di litar itu. Mereka juga mengasah bakat pelumba muda seperti Jazeman Jaafar dalam perlumbaan GT dan Nabil Jeffri pada Siri GP2.
Bagi meraikan 'F1NALE', peminat berpeluang bertemu pelumba F1 kegemaran mereka menerusi beberapa aktiviti termasuk forum khas kepada peminat di bandar raya ini sebelum perlumbaan pada hujung minggu.
Turut diadakan tiga jerayawara, bermula di KLCC dari 12 hingga 16 April. Sementara dua lagi akan diadakan di Pulau Pinang dan Johor Bahru, masing-masing pada Ogos dan September.
Bagi menarik lebih ramai peminat menyaksikan perlumbaan itu, SIC akan menjual tiket pada harga murah. Tiket untuk tiga hari perlumbaan dijual antara RM58.68 (Hillstand K2) dan RM613.68 (Grandstand Utama).
Berita baik untuk rakyat Malaysia pula ialah harga tiket bagi Grandstand Utama dijual pada harga RM336.18 manakala tiket Grandstand F1 dan Grandstand K1 dijual, masing-masing pada harga RM169.68 dan RM225.18.
Peminat boleh mendapatkan tiket secara dalam talian di laman web SIC atau membeli terus di Pusat Khidmat Pelanggan di SIC atau menghubungi tiket hotline SIC di 03-8778 2222.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 15 2017
SIC dan Petronas merancang menjadikan acara tahun ini menarik dan bersejarah untuk semua. - Gambar fail
Anwar bertemu pemimpin perniagaan terkemuka Korea Selatan hari ini
Perbincangan berkenaan selaras dengan strategi Malaysia untuk mendapatkan pelaburan 'bernilai tinggi, pertumbuhan tinggi' daripada Republik Korea.
NWICE 2024: Transformasi air menuju kemampanan sejagat
Bertemakan “Transformasi Air Menuju Kemampanan Sejagat”, Persidangan & Pameran Inovasi Air Kebangsaan 2024 (NWICE 2024) merupakan kesinambungan daripada pelan hala tuju AIR 2040 yang telah dilancarkan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air(PETRA) baru-baru ini dalam memastikan pengurusan sumber air yang mampan untuk generasi akan datang.
Hoki dalam dewan adakan aksi persahabatan menjelang Piala Dunia 2025
Skuad hoki dalam dewan negara akan mengadakan beberapa aksi persahabatan sebagai persiapan sebelum ke Piala Dunia.
[TERKINI] Suspek bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku didakwa
Seorang lelaki dipercayai menumbuk dada ibu kandungnya hingga maut dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya di Taman OUG, Kuala Lumpur Didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
Lawatan Rasmi PM: Lembaran baharu penerokaan peluang pelaburan
Anwar mengalu-alukan kehadiran lebih 200 peserta yang mewakili 147 syarikat Korea Selatan dari pelbagai sektor, termasuk semikonduktor, kenderaan elektrik, teknologi hijau dan kecerdasan buatan (AI).
AWANI Pagi: Inovasi Selangor Pemacu Modal Insan Berkemahiran
Saksikan wawancara eksklusif #AWANIPagi bersama Mohd Hidayat Mohd Sauffi, Ketua Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Selangor merangkap Ketua Sekretariat Selangor Education Summit 2024, yang akan membincangkan peranan inovasi dan teknologi dalam memacu pembangunan modal insan di Selangor.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Wealth-Tech: The evolution of wealth management in Malaysia
Over the past decade, the landscape of wealth management and investing has undergone significant transformation, driven by technological advancements and innovative solutions. From robo-advisers to low-cost investment platforms, Malaysians now have more tools than ever to manage their finances and build wealth.
Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh.
Wanita temui ajal buang bintik hitam, tanda lahir
Liu meninggal dunia akibat komplikasi yang berkaitan dengan tekanan intrakranial yang berlebihan.
F1: Lando Norris ancam kedudukan Verstappen selepas ungguli GP Singapura
Lando Norris sekali lagi mencipta sensasi untuk mengancam kedudukan pendahulu F1 ketika ini, Max Verstappen, di kejuaraan Grand Prix Singapura.
F1 GP Singapura: Sesi latihan tergendala, biawak masuk litar Marina Bay
Sesi latihan Grand Prix Formula One Singapura tergendala seketika susulan seekor biawak berada di landasan Litar Perlumbaan Marina Bay, hari ini.
F1 uji peranti penyejuk untuk pemandu
Gabungan cuaca panas, pemakaian topi keledar serta pakaian kalis api pada hari perlumbaan boleh menyebabkan pemandu kereta F1 tidak selesa.
F1: Hamilton menangis selepas menang GP Britain
Juara dunia tujuh kali itu menangis ketika bercakap melalui radio pasukan pada pusingan akhir.
Demam Formula 1 landa Monaco hujung minggu ini
Selepas sesi kelayakan pada Sabtu, pusingan kelapan di Monaco akan bermula pada 1300 GMT pada Ahad.
F1: Max Verstappen muncul juara GP China
Pelumba Red Bull, Max Verstappen, terus mempamerkan aksi cemerlang apabila muncul juara GP China dalam saingan Formula Satu di Shanghai.
F1: Lewis Hamilton akan 'berseronok' dari petak ke-18 di GP China
Pemandu Mercedes, Lewis Hamilton berkata dia berhasrat untuk "berseronok" dalam Grand Prix F1 China Ahad selepas berada di petak ke-18.
Verstappen ganti Hamilton musim depan?
Toto Wolff mendedahkan buat pertama kali bahawa dia berbesar hati untuk menerima kehadiran Max Verstappen menyertai pasukan Mercedes.
F1: Ketua pasukan Red Bull, Christian Horner bebas daripada dakwaan
Christian Horner akan meneruskan tanggungjawab sebagai ketua pasukan F1 Red Bull selepas dibebaskan daripada dakwaan salah laku.
F1 beri kata dua buat Red Bull Racing!
Pihak Formula 1 masuk campur dengan memberi tempoh buat RBR selesaikan kemelut melanda sebelum ia mengganggu persiapan menjelang GP Bahrain.